klik?

Wednesday, November 23, 2011

banjir datang lagi





salam. seminggu ni hujang semakin lebat kat tempat aku, nasib baikla jalan tempat aku selalu aku lalu tu dok dinaiki air, biasenye mmg mampos motor aku kalau lalu ikut situ bayangkan sampai masuk ekzos air tu. tapi lpas dorang wat longkang baru dh beres dah.. dok banjir doh hahaha.. sekarang ni dalm brita byk dah tempat kat tganu, kelantan johor dah start banjir dan berpindah, dah mmg musin dia kan hahaha

Monday, November 21, 2011

Rayuan Pertukaran Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia



hari khamis bebaru ni aku sampai kay JB dalam pukul 6 pagi naik bas Adik Beradik, istri aku datang amik kat shell Johor Jaya. dalam kul 7 aku bertolak ke putrajaya untuk buat rayuan pertukaran guru untuk istri aku sebab permohonan baru ini tidak berjaya. aku sampai dalam pukul 12 tghhari kat kompleks E mase tu aku tgok ramai bebenor laki bini datang ada yang bawak anak kecil n ramai2 semata-mata nak raih simpati pegawai supaya mereka buka mata yang kami datang untuk mohon bertukar buka atas sebab suka-suka tapi atas dasar tanggungjawab terhadap keluarga yang kini berjauhan. sama macam aku sedih melihat istri berjalan keletihan sambil membawa kandungan yang berusia 8 bulan menuju ke bangunan memohon pertukaran.
sampai diatas aku n istri tak masuk lagi sebab ade sorg cikgu ni baru nak masuk yang terkejutnya tak sampai 2 minit dia keluar katanya pegawai didalam hanya amil borang, tandakan apa yang patut dan diarah keluar tanpa mendengar sebarang alasan dan sebab ingin bertukar. masa isteri aku masuk mmg aku turut berdebar takut situasi tadi berlaku kat isteri aku. kat luar tu adela sorang abng ni dia nak tukarkan istri dia ikut dia sebab dia ni askar @pun polis.. tapi tk dapak jugak, mcm2 dia cerita pasal pegawai rayuan yang suka cakap membelit dan psiko. mmg tidak kasihan lagsung terhadap guru-guru yng datang dari jauh ni. katanya lagi mmg sebelum dia datang dia ade buat survey kat skolah2 tertentu dan mmg bayak kekosongan dan amat memerlukan guru tapi pengetua itu sendiri tidak tahu kenapa KPM jan JPN susah sangat nak bagi cikgu dengan alasan mereka PENUH, PENUH, PENUH. itu je alsan mereka tanpa ada usaha untuk membantu guru2 terlibat. mereka tidak mahu mendengar sebarang alasan ataui cadangan.
lepas setengah jam istri aku keluar, mmg bnyak benda yang istri aku tanya dorng tak dapat jawab dengan betul dan dorng hanya merepek dan membelit. nasib baikla istri aku tahu pasal benda2 tu. pasal GSTT yang semakin ramai, pertukaran kali ni ada guru DC41 dapat tukar ke terengganu, pasal kekurangan guru subjek lain. dan mereka hanya jawab penuh, penuh, penuh.. jika betul apa yang mereka katakan ini aku redha tapi jika kami ini di anayai hanya Allah sahaja mampu membalas perbuatan mereka. aminn...

sedih sebab mereka seperti tidak mempedulikan nasib kami yang tingal berjauhan anak dan isteri. mereka tidak mempedulikan rayuan kami. sedih dan kecewa.






Wednesday, November 16, 2011

kecewa.....





minggu lepas aku chek result pertukaran guru ke terengganu dengan harapan berjaya dan diluluskan demi menjaga anak yang bakal lahir ini bersama. tetapi hampa apabila keputusan tadak memihak kepada istri tercinta. sebak rasa dijiwa memikirkan tanggungjawab yang bakal di pikul ini alahai....
kadang2 tdk puas hati juga bila dapat tahu ada dikalangan cikgu dapat tukar walaupun opsyen penuh, blum sah jawatan, blum kawin, tak cukup tempoh tapi apa kan daya kita hanya hamba dan hanya berserah padaNya yang akan memakbulkan doa hambanya yang terus bersabar pada ujian dunia yang tidak seberapa menduga kesetian dan kesabaran hambanya.. moga dengan doa kalian semua dapat mendekatkan dan menguatkan lagi kasih sayang kami suami isteri... terima kasih...

Tuesday, November 1, 2011

Petua Buat Ibu Bapa Mendidik Anak




1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"