klik?

Monday, November 21, 2011

Home » Rayuan Pertukaran Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia

Rayuan Pertukaran Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia



hari khamis bebaru ni aku sampai kay JB dalam pukul 6 pagi naik bas Adik Beradik, istri aku datang amik kat shell Johor Jaya. dalam kul 7 aku bertolak ke putrajaya untuk buat rayuan pertukaran guru untuk istri aku sebab permohonan baru ini tidak berjaya. aku sampai dalam pukul 12 tghhari kat kompleks E mase tu aku tgok ramai bebenor laki bini datang ada yang bawak anak kecil n ramai2 semata-mata nak raih simpati pegawai supaya mereka buka mata yang kami datang untuk mohon bertukar buka atas sebab suka-suka tapi atas dasar tanggungjawab terhadap keluarga yang kini berjauhan. sama macam aku sedih melihat istri berjalan keletihan sambil membawa kandungan yang berusia 8 bulan menuju ke bangunan memohon pertukaran.
sampai diatas aku n istri tak masuk lagi sebab ade sorg cikgu ni baru nak masuk yang terkejutnya tak sampai 2 minit dia keluar katanya pegawai didalam hanya amil borang, tandakan apa yang patut dan diarah keluar tanpa mendengar sebarang alasan dan sebab ingin bertukar. masa isteri aku masuk mmg aku turut berdebar takut situasi tadi berlaku kat isteri aku. kat luar tu adela sorang abng ni dia nak tukarkan istri dia ikut dia sebab dia ni askar @pun polis.. tapi tk dapak jugak, mcm2 dia cerita pasal pegawai rayuan yang suka cakap membelit dan psiko. mmg tidak kasihan lagsung terhadap guru-guru yng datang dari jauh ni. katanya lagi mmg sebelum dia datang dia ade buat survey kat skolah2 tertentu dan mmg bayak kekosongan dan amat memerlukan guru tapi pengetua itu sendiri tidak tahu kenapa KPM jan JPN susah sangat nak bagi cikgu dengan alasan mereka PENUH, PENUH, PENUH. itu je alsan mereka tanpa ada usaha untuk membantu guru2 terlibat. mereka tidak mahu mendengar sebarang alasan ataui cadangan.
lepas setengah jam istri aku keluar, mmg bnyak benda yang istri aku tanya dorng tak dapat jawab dengan betul dan dorng hanya merepek dan membelit. nasib baikla istri aku tahu pasal benda2 tu. pasal GSTT yang semakin ramai, pertukaran kali ni ada guru DC41 dapat tukar ke terengganu, pasal kekurangan guru subjek lain. dan mereka hanya jawab penuh, penuh, penuh.. jika betul apa yang mereka katakan ini aku redha tapi jika kami ini di anayai hanya Allah sahaja mampu membalas perbuatan mereka. aminn...

sedih sebab mereka seperti tidak mempedulikan nasib kami yang tingal berjauhan anak dan isteri. mereka tidak mempedulikan rayuan kami. sedih dan kecewa.






2 comments:

bereh bohh! wi a komen se..