Warga Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri,
Warga Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah,
Warga Pengetua-Pengetua Sekolah,
Warga Kabel-Kabel,
Warga yang terlibat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Suami Guru yang berjauhan,
1 orang anak,
Kampung Kat Terengganu.
Tuan,
MOHON PERMUDAH DAN PERCEPATKAN PERTUKARAN ISTERI KE SISI SUAMI DAN ANAK.
Perkara diatas adalah dirujuk.
Saya memohon agar mempermudahkan pertukaran isteri saya dari Johor Bahru ke mana-mana daerah di Terengganu disebabkan saya tidak mampu untuk terus berjauhan dengan isteri saya seperti tuan. mungkin tuan memandang perkara ini adalah perkara kecil kerana anak dan isteri tuan sentiasa disisi tuan setiap hari dan jika Allah menguji tuan seperti kami saya yakin tuan tidak akan mampu untuk mengharungi ujian ini seperti kami.
antara sebab pertukaran ialah:
Dengan ini saya memohon pihak tuan membuka mata dan memandang serius serta mengambil cakna perkara ini disebabkan ketidakprofesionalan pihak tuan dalam menguruskan hal pertukaran guru-guru di Malaysia.
Yang mengharap
..laki guru..
Warga Kabel-Kabel,
Warga yang terlibat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Suami Guru yang berjauhan,
1 orang anak,
Kampung Kat Terengganu.
Tuan,
MOHON PERMUDAH DAN PERCEPATKAN PERTUKARAN ISTERI KE SISI SUAMI DAN ANAK.
Perkara diatas adalah dirujuk.
Saya memohon agar mempermudahkan pertukaran isteri saya dari Johor Bahru ke mana-mana daerah di Terengganu disebabkan saya tidak mampu untuk terus berjauhan dengan isteri saya seperti tuan. mungkin tuan memandang perkara ini adalah perkara kecil kerana anak dan isteri tuan sentiasa disisi tuan setiap hari dan jika Allah menguji tuan seperti kami saya yakin tuan tidak akan mampu untuk mengharungi ujian ini seperti kami.
antara sebab pertukaran ialah:
- Isteri telah berkhidmat lebih dari 4 tahun dan tahun ini masuk tahun ke 6 isteri mengajar di sana.(tak macam tuan berkhidmat bertahun-tahun pun bini duk depan mata)
- Mengikut suami yakni saya ke Terengganu disebabkan saya bekerja di Kuala Terengganu.(tak macam tuan kat mana tuan kije kat situ bini tuan ada)
- Mempunyai seorang cahaya mata yang comel dan dijaga oleh ibu isteri saya yang telah tua disebabkan isteri tidak mampu untuk menjaga anak di sana seorang diri.(tak macam tuan bini ada, mak ada, anak ada, bibik ada)
- Isteri terpaksa berulang alik dari johor ke Terengganu setiap minggu untuk melawat anak tanpa ambil cuti rehat kerana dilarang oleh pihak sekolah untuk cuti selain kes kematian sahaja.(tak macam tuan ulang alik time kije je tu pun amik cuti ha)
- Isteri juga terdedah kepada risiko kemalangan dijalan raya ketika menaiki bas setiap minggu apabila pernah melalui detik cemas dimana bas terlanggar lembu dan tayar pancit ditengah jalan.( tak macam tuan hari-hari naik kete je paling cemas pon masa nak langgar kucing melintas)
- Tekanan semakin bertambah dan tumpuan mengajar terganggu.(tak macam tuan mana ada tekanan..eleh)
- Ketika dalam tempoh mengandung isteri pernah mengalami pendarahan dimana ketika itu isteri berseorangan dan saya berada di Kuala Terengganu dan mengambil masa sehari untuk melawat isteri di Johor bahru.(tak macam tuan tak sampai 3 minit pon)
- Isteri bimbang untuk mengandung lagi jika terpaksa menanggung risiko yang sama.(tak macam tuan tambah 10 org ank lagi pon takpe)
- Isteri sentiasa berhadapan dengan risiko keselamatan diri dimana isteri sampai awal pagi dari Terengganu untuk balik kerumah sewa dan pernah isteri mengesyaki kehadiran orang yang tidak dikenali berhampiran rumah sewa dan laporan polis telah dibuat bagi mengelak perkara yang tidak dingini berlaku.(tak macam tuan istri tak kluar pon awal pagi..apa kejadah nak kluar pepagi klu tak gi kije)
- Isteri tinggal berseorangan dan tidak mempunyai saudara-mara terdekat di Johor Bahru.(tak macam tuan macam astro macam-macam ada)
- isteri merupakan guru opsyen matematik dan kimia tetapi sudah lima tahun mengajar matematik dan Bahasa Melayu.(tak macam tuan.. ngaja benda sama je kat anak)
- Suami yakni saya bekerja di Kuala Terengganu dan menjaga kedua ibubapa saya disebabkan adik beradik saya bekerja diluar Daerah dan negeri Terengganu dan tanggungjawab itu diberikan kepada saya.(tak macam tuan...emmm)
- Isteri tidak mampu untuk bertahan walaupun untuk setahun lagi bila terkenangkan nasib anak.
- Kami tidak mempunyai pertalian darah dengan pihak tuan mahupun kerani atau despach tuan.
- Kami tidak mempunyai kabel-kabel besar lengan untuk membantu kami bertukar.
- Kami tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi memproses borang kami.
- Kami tidak mampu lagi untuk membuat rayuan "sekadar penyedap hati" setiap tahun.
Dengan ini saya memohon pihak tuan membuka mata dan memandang serius serta mengambil cakna perkara ini disebabkan ketidakprofesionalan pihak tuan dalam menguruskan hal pertukaran guru-guru di Malaysia.
Yang mengharap
..laki guru..
Anta link ni kat KPM... Biar diorg tau susah senang bjauhan ni... Sy pn bjauhan ngn suami jg.. Ngaja kt n9.. Suami kijo kat kerteh...
ReplyDeletesama macam saya la ni... anak mak yang jaga. ulangalik KL-kelate. sy bkn stakat bleeding time prgnant...tp penah drive sdiri ke hospital time duk sakit kontraksi. pegi wad bsalin, nurse geleng kepala sbb tanpa waris. bln puasa time tu. dah...kawan2 nak tolong anta semua ada kelas....takleh buat relief. punya baiknya jaga kebajikan guru. walaupun 5minit sekali kontraksi tapi tak jadi bsalin sbb baru 34 minggu. . duduk di wad 1 malam, baru suami datang dari kelate. keluar wad dapat mc seminggu, suami bawa balik kg terus tak bg datang KL.hingga 4 bulan kemudian baru ke KL ngajar pulak.
ReplyDeletelepas tu pulak, mak jaga anak dekat setahun mak pulak pdarahan dlm kepala. amik cuti separuh gaji. wat rayuan pindah guna alasan tu still tak dapat juga.
sekian - aku yg tiada kabel besar
2la masaalahnya... sapa la yang nak layan rintihan kita ni kan.. menda ni kalau pakatan buat isu barula dorang akan terhegeh2...
ReplyDeletetolong la kami yang tertekan ni
ReplyDelete