klik?

Wednesday, March 28, 2012

Salam Perpisahan buat REKTOR UiTM TERENGGANU




assalamualaikum...
semalam adalah hari perasmian Surau DESTINI AL RAUDHAH dan dirasmikan oleh Ym. Prof madya Tengku Yusoff Tengku Mahmod selaku Rektor UiTM terengganu dan diadakan sedikit majlis perpisahan bagi mengenang jasa beliau selama 6 tahun menjadi Rektor..
dohla gitu awok pentadbiran siap mintak duit kumpul RM10 SEORNG, chehh pentadbiran... pah tu masa makan adela awok2 aku dop leh nak makn pasal kne duk kat luor Uitm so aku pon amik la untuk bahagian dorang simpan dalam kabin BPF sekali bayak pulang suara sumbang... cth: "woh siap simpan plok tu.." and "macam la dia bayar seratus" and "tadi makan bayak doh bahang plok ayam lima nam tokol"... tapi aku buat dekk je ala orang yang tak bayo pon dorg dop bising.. ni amik untuk orng yang geng aku bayor siap masuk opis aku kutip duit.. mungkin orang yang sound2 gitu lebih suka melihat makanan tu di baziiiirkan daripada bagi sdekah kat orng makan bukan makanan tak cukup tapi belambak lebih... niat jela sedekah takyah nak bising kalu setakat pensyarah macam korang bayar RM 10 baiii. gaji riban-riban nak bising org gaji tak sampai RM 900 pon tak ising macam korang alahai... manusia zaman sekarang.. betul la kate Ym. Prof madya Tengku Yusoff Tengku Mahmod "pensyarah sekarang lebih suka pikir nak beli speedbot daripada nak membantu pelajar" hehehehe....

Wednesday, March 21, 2012

POLITIK


Assalamualaikum sahabat semua..
(ini hanyalah sebuah luahan hati rakyat yang kerdil seperti aku)

....mmg pada mula-mula penciptaan Blog aku ini sudah diniatkan tidak mahu sebarang unsur politik menjengah laman blog ini kerna aku fikir aku tidak layak untuk bercakap atau membahas sesuatu yang aku tidak pernah mahu amik tahu, tetapi kebelakangan ini terlampau banyak persoalan yang menerjah minda sempit ini untuk berfikir. ketika melayari laman facebook untuk mengetahui khabar sahabat-sahabat seluruh malaysia kekadang terbaca status sahabat berkenaan situasi politik malaysia sekarang... ada yng menyokong dan membangkang... kadang2 buat orng yang buta politik macam aku mmg sesuai la sangat untuk menilai kedua-dua pihak sebagai org yang bertanggungjawab memilih pemimpin untuk memimpin negara yang tercinta ini untuk terus menjadi salah sebuah negara yang maju dan disegani.

....Orang-orang muda sekarang semakin matang dan advance dalam berfikir tidak lagi seperti dulu yang cuma pandai berfikir dan lulus belajar supaya mudah mendapat kerja. tetapi orang muda 'lenin' semakin hebat dalam mempertimbangkan sebuah keputusan memilih sesuatu bukan sekadar menerima sahaja tetapi menilai baik buruk sesuatu itu sebelum membuat apa-apa keputusan. walaupun begitu darah muda yang bergelora kenkadang hanya dapat menilai sesuatu yang tersurat dan bukan yang tersirat, hanya sebahagian sahaja bukan secara keseluruhannya. kebangkitan perjuangan anak muda sekarang amatlah ditakuti oleh setiap sesebuah negara kini. seperti kehebatan kebangkitan anak muda Mesir yang mampu menggulingkan president yang berkuasa selama 30 tahun... hebat orang muda kini...

....Orang-ornag MELAYU yang ramai semakin sedikit sekrg disebabkan dipisahkan menjadi beberapa group. kadang2 bila melihatkan sesama melayu kita bergadunh sesama sendiri, memburuk sesama sendiri, mengata sesama sendiri, mungkin kita masih tidak mampu untuk menyatukan bangsa melayu ini disebabkan sikap orang melayu yang sukar untuk di ubah tetapi aku percaya suatu hari nanti bagi menjaga maruah orang melayu ditanah airku ini.seperti sbuah rancangan realiti tv OIAM dimana ketika itu persembahan akhir adalah faizal tahir, alif satar dan suki.. andainya ada 1000 undi, 300 untuk faizal, 300 untuk alif dan 400 untuk suki jika walaupun undi melayu tinggi tapi tetap dimenangi oleh suki... begitula situasi kita melayu.. pasti ada pihak akan tersenyum melihat orng melayu kita berpecah.

....Pemimpin-pemimpin negara ku bertindak adillah kalian tidak kira lah dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyak, berhentilah dari terus menipu rakyak dengan agenda-agenda kalian kerana rakyak sudah semakin bijak.bagi pemimpin yang berkuasa janganlah suka menggunakan duit rakyak untuk tujuan peribadi, perhiasan diri, menunjukkan kkekuasaan dan sebagainya, fikirkanlah untuk kami rakyatmu.. janganlah berhabis duit berjuta-juta untuk kepuasan nafsu dan status diri. Fikirkanlah rakyak yang memerlukannya. sebagai pemimpin terbaik yang dipilih rakyak, pimpinlah pemimpin dibawahmu sepaya menjadi pemimpin terbaik bagi memimpin pemimpin dibawah mereka. Aku begitu malu, marah dan benci bila terbaca artikel-artikel yang memaparkan kesalahan-kesalahn pemimpin yang sebelum ini di agung-agungkan serta dicanang setiap sudut. tetapi bila berlaku sebarang musibah yang mengaitkan diri tidak pula mengaku bersalah dan kata taktik parti tertentu ingin menjatuhkannya tetapi bila mahkamah menjatuhkan hukuman pandai pula berdiam diri... cehhh puihhh.. tu yang buat hati semakin sakit

...Ulama-ulama sekarang pon macam-macam ada menjadi kebimbangan takut atas nama agama sahaja, gejala-gejala pon semakin meningkat bukan hanya perlu melihat pada politik semata-mata.. banteras perosak agama, nasihati pada yang perlu kenapa hanya menganguk dan melihat sahaja, takut... takut.., semakin banyak ulama-ulama kita difitnah jika difikirkan logik tidak mungkin seorang ustaz yang disegani mampu untuk membuat perkara yang memalukan itu jika benar semoga Allah ampunkan dosanya dan jika fitnah semata-mata nantilah pembalasannya nanti. bangunlah wahai ulama-ulamaku... tegurlah kami, selamatkan kami...

.... maafkan aku sekiranya luahan ini menunjukkan aku seorang pro ataupon pembangkang yang aku tahu aku sayangkan pemimpin UMNO dan PAS yang AMANAH dalam memimpin negaraku ini.. tetapi aku benci pada pemimpin UMNO dan PAS yang mengkhianati rakyat, menggunakan duit rakyat sesuka hati, yang haprak,yang hanya tahu bercakap dari buat, yang hanya tahu menabur janji semata-mata meraih janji.......

MAAFKAN AKU.........


...

Tuesday, March 20, 2012

NUR WAFA sudah makin besor



Alhamdulillah.. anak ayah dah makin besor... da pandai suka bila di agoh, dh pandai blajar nak menirap, dah pandai takboh nyusahkan mak ayah dukung2 sebab lebih selesa duk dalam katil kain dia.. dah pandai kenal siapa ayah dia, siapa mama dia siapa tok n toki dia... sekejap je masa berlalu..
tak lama lagi mama wafa dah nak ke johor bahru nak sambung semula mengajar anak-2 yang lame ditinggalkan.. nak meninggalkan anak yang tersayang demi keja, terasa sebak dihati melihat pepisahan seorang ibu dan anaknya untuk jangkamasa yang lama..

"YA ALLAH YA TUHAN KU, PERMUDAHKANLAH URUSAN ISTRIKU UNTUK BERPINDAH KETERENGGANU AGAR ANAKKU TIDAK KEHAUSAN KASIH SAYANG DARIPADA BONDANYA, TABAHKANLAH HATI KAMI UNTUK MENERUSKAN PERJALANNA HIDUP INI, ERATKANLAH DAN PERTAMBAHKANLAH KASIH SAYANG KAMI SEKELUARGA DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN IN YA ALLAH, LEMBUTKANLAH HATI ORANG2 YANG TERLIBAT DALAM PROSES PERTUKARAN INI SEMOGA MEREKA TIDAK LAGI MEMISAHKAN KASIH SAYANG KAMI YA ALLAH, HANYA PADA MU AKU MEMOHON, HANYA PADA MU AKU MEMINTA DAN HANYA PADAMU AKU MERAYU YA ALLAH... AMINNNN

Monday, March 19, 2012

haduyaiii nyee puunn

Assalamualaikum sahabat...

uiii lame bebeno dop update blog aku bayak mende nak kongsi tap bz sikit skarang hahahah... ape?? Wafa?? wafa dah masuk 2 bulan 5 hari dah.. sekarang dah okey dah tido pon tak susah.. letak je atas lembet dia tahu2 da tido.. sia anak aku hahaha.. semalam Wafa gi cucuk untuk kali yang kedua cuma sunat je belum lagi.. tak lama lagi mama wafa dah nk gi johor semula nak mengajar lagi... susahnya nak dapat pindah Allah je tahu perasaan ni lagi2 dah ada ank ni...

pape pon nnati ambe letak gambar wafa neh hhaaaa... adios...

Monday, March 5, 2012

Revolusi ucapan raya

hok nin ucapan raya haji 2011 baru nin.. memaparkan konsep kene kejo lembu hhahaha susah gile naok cari lembu tgh kejor orang hahaha baru gempak sikit

hari raya aidilfitri 2011 yang ini plok pembaharuan yang baru pasal ado org komplem asik same je konsep ha nah aku pertntonkan buat semua.. nak gelak pon ade mase buat benda nin hahaha...

ni raya aidilfitri 2010 macam bese sebab baru belajar...
hok ni raya tahun 2009 semua gambar amik yang thunles punya hahaha masa ni dah bangga dah pasal macm heat je hahaha...


Alhamdulillah Rezki

gambar ni dah lama.. aku lupa nk letak dalam blog nin... Alhamdulllah rezki daripada Allah aku dapat APC 2010 tak lama lepas tu istri aku pon dapat gak cuma gambar takleh lagi.. masa dapat ni pon kontrovesi gak kejap camne aku terpilih dapat APC ni bagi orng yang faham ok la bagiorg yang tak faham tu susah dan akhirnya aku jadi mangsa.. tapi bila difikirkan Allah dh tulis rezki masing2 kan.. erima jela dan bila tiba giliran org lain jgn la plk kita nak menfikan atau syak wasangka plk... hahaha apepe pun Syukur pada allah kerana ganjaran yang aku dapat dapat meringankan sedikit bebanan ketika nak kawen dulu hahaha syukur... dan akhir kata jangan la sesekali mempersoalkan apa yang Allah tentukan untuk kita, kerana jalan cerita hidup kita ini dituliskan olehNya yang maha Esa... amin

Nur WaFA DemAM


assalamualaikum....
kesian kat Wafa.. 2 hari lepas aku ngn mak aku menGONDOLkan kepala anak aku sambil di 'HEHEHEHE' oleh istri aku.. sian plak tgok ank pempuan aku botak gitu tapi dop ape mase kecik ni je hahaha... pahtu kemarin wafa asyik muntah semula susu yang dia minum sian kat dia aku rasa kepala pon panas semacam je... bawakla g klinik UMUL AIN kat Manir tgok2 panas dia dah 38 celcius(betul dop aku eja tu) sebelum balik istri aku suh beli coolfever barula nampak mcm hepi sikit petang tu cuma malam tdi macm tk bole tido... kul 2 pagi barula bleh tido tu pon bagun balik kul 2.30 pagi sian kat wafa..
tolongla doa kat wafa semoga wafa sihat n senum sokmo neh... ambe hargai doa dari sahabat semua.. trima kasih...