klik?

Tuesday, July 31, 2012

11 ramadhan.....



Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah, ari nin doh 11 Ramadan.. syukur 11 hari doh kite pakat pose di bulan mulia nin op.. kejap je wase tup tup abih doh seminggu harap2 sahabat dop tinggal lagi la, sape la kite ni nok ringan2kan kewajiban atas kite nin op, sambil kite pose, sambil cari rezki ke anok bini semoga bertambah berkat rezki yang Allah berikan kepada kita nin InsyaAllah deh...
        Alhamdulillah Nur wafa pon dh sihat sihat sikit cuma kekadag tedengor jgk bunyi kahak dalam dada ye.. Wafa dh hebat dalam merangkak lenin, laju doh gerak ke depan, pantang lepa sikit abih tempat yer gi.. suke ambe tgok anok ambe cergas gitu, walaupon ma dia hanya tgok dalam Skype je tapi Alhamdulillah dia kenal sampai lenin, ma ye pon suke tgok ye pandai gerok dah.. tidor pon lena tapi kadang2 dia mari nok main malam2 terpaksa la layan anok sorang nin bukan reti lagi hahaha...
      Apepon trima kasih sbb sahabat sokmo mendoakn kebahagian kami dan kesihatan semoga seluruh keluarga di dunia ni diberikan rahmat yang mencurah dari Allah... jangn berhenti untuk terus mengucap syukur kepada Allah yan maha Esa...a min....

Wednesday, July 25, 2012

MimPI pELik PagI iNi


Assalamualaikum...
   pose dop ari nin???, mestilah pose op, kite nin kan muslim sejati... 
dah buat sujud syukur ke belum?? 
kalu dah Alhamdulillah..
kalu belum ape kate kite gi buat kejap nehh...

entry ari ni nak cite sikit pasal mimpi lepas solat subuh tadi, Alhamdulillah malam tadi Nur Wafa tidur lena tidok mcm malam sblumnya, dek kerana selsema dan kahak Wafa sentiasa terjaga sambil menangis bermula malm pertama ramadan lagi.. kesian Wafa.

   Pagi tadi lepas azan subuh berkumandang aku trus solat bajet nak lelap kejap sebelum g kije, sambil dodoi Wafa disisi kendian aku telelap, tetiba aku bangun balik aku tgok Wafa dh tkde kat sebelah aku, aku jadi kelam kabut n trus keluar pastu aku kuar bilik aku rasa suasaa rumah macam dah bertukar sambil aku trpandang seorang budak wajah seperti Wafa sedang memakai baju, sekitar usia 5-6 tahun, tetiba ma (mertua aku) (berambut putih dan memakai cermin mata) menyapa aku suruh aku hantar Wafa gi tadika aku jadi konfius, aku gi dapor smbil bertanye kat istri aku 

    "hari ni ari ape?? rasenya baru 4 hari pose"
    "pose menda plok nin?, gi lah ato Wafa dulu" kata istri aku

aku jadi dop caya, aku tampar pipi kanan n kiri dengan harapan ini  impi semata-mata. tapi pipi tetap sakit, aku keluor umah, keadaan luar rumah yang berbeza dari yang sekarang, sebiji kereta sport ada kat depan umah aku baik punya parking, aku hantar Wafa naik motor melalui sebatang jalan dipenuhi lembu pas tu aku lupa yang seterusnya... yang aku ingat aku cuma harap lepas aku tido balik, aku akan bangun untuk hari ini balik. tapi aku tetap pada waktu tu sambil aku teringat kat mak ayah aku, nak gi tgok kalu betul aku berada pada zaman 5 tahun akan datang.. tetiba adik ipar aku kejutkan aku dari tido, jam dah pukul 6.45 pagi.. alhamdulillah Allah masih memberikan ruang kepada ku..... 

Sunday, July 15, 2012

syukur....

assalamualaikum....
Sukur Alhamdulillah kerna masih diberi masa oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan seketika ini.
yang kadang2 terlupa untuk mensyukuri, belajarlah untuk mensyukuri.. cuba kita hitung sampai ke saat ini berapa kali sudah kita bersujud mensyukuri atas segala nikmat yang dikurnia kan NYa. berapa kali dalam hidup ini kita menagisi atas nikmat yang dipinjamkan kita ini. jika rasanya masih belum cukup, apa kata seketika ini kita mengankat tangan, dan ucaplah syukur kepada yang maha esa, ucap lah syukur untuk apa saja..

   Alhamdullilah hari ini puteri kami Nur WAfa Adawiyyah meniti usia 6 bulan 1 hari, tika kian membesar ini walaupon tanpa kasih sayang sepenuhya, kami telah memberikan segala kasih sayang kami kepada insan terindah ini. semoga Nur Wafa menjadi seorang muslimah solehah yang tabah dengan ujian Allah akan datang...

  

Wednesday, July 11, 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH



Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Monday, July 9, 2012

BanGGa Ke BanGANG

Assalamualaikum...

persoalan ni dah lame dalam benak ambe ni cuma kekadang bila duk pikir- pikir bengong gok jadi, ambe ni bukan ape, bukan nk takwil sangat dengan ape yang org lakukan, ambe ni bukan ustaz Azhar nak wi ceramah kat org tapi sebagai seorang islam wase nok ajokla member-member sama2 pikir benda ni..

    Kenapala media masa kat negara ni terlalu 'baik hati' dengan org2 tertentu, dan orang2 tersebut tidak pula merasa malu dangn tindakan beliau itu... aduyaiii,

contohnye...
     hok ambe bengang ade sorang nin yang hina negara ambe ni, hina bangsa ambe ni, tapi bila dia buat filem, bangsa ambe gok hok sokong, hok promote, hebat beno yer.. dalam flem ye pon dang lagi kutuk ke bangsa ambe, tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..

     Sorang nin ahli politik plok, soheh-seheh doh diala yang menentang pentadbirang islam, dia la yang mengetuai majlis peguam. dia la yang meminta agar anak2 islam yang baru lahir janga daftar atas nama islam, dia jugak nok hasil zakat dibahagikan pada kaum lain serta perkara yang dok masuk akal yang buat pale ambe jagi bengong kejap mikir ke dia nin, tapi bila dia buat 'BERSIH' bakpe  bangsa ambe hok ramai skali belakang yer.. dop igat ke ye wat nape ke bangsa n agama kita, ambe dop maroh ke BERSIH ambe dop wahi ke dia je.. mmg doh macam kate mmber amber
   "kita yang menyokong BERSIH bukan bererti kita menyokong 'dia' tapi kita menyokong apa yang dia perjuangkan itu saja, contohnya kalu anda membeli hp buatan Amerika adakah anda bermaksud anda menyokong apa yang Barak Obama lakukan? tidak bukan??"
    Memang betul tapi tidakkah kita terfikir situasi ini seperti seseorang yang telah merancang dan menyatakan hasrat secara terang-terangan untuk membunuh anak-anak kita dan kemudian meminta agar kita bersatu dengannya untuk membantah sesuatu yang ayah kita lakukan bila berspendapat dengannya. tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


      Nin pasal artis wanita sorang nin dengan dop malunya apabila banyak gambar yang tidak sepatutnya terdedah di internet, gambar berpelukan dengan bukan muhrim, bercium, dedah tubuhtapi masih tidak malu dan kenkadang bangga dengan apa yang dilakukan apabila muncul di kaca tv dan program-2, tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


      Malam marin aku tengok temuabual artis tentang Kelab Malam, yang jadi peningnya dorang ni, macam seuatu perasaan yang bangga bila bagitau kat smua orng kat dalam studio, yang "saya mmg suka gi clubing, bleh realese tensen, layan lagu". mmg terkedu kejap. pastu dorang nak persoalkan kenapa perspektif masyarakat tidak dpt menerima apabila artis kegemaran mereka suka gi club. dah mmg azali lagi melayu adalah melayu, islam adalah islam, tiada melayu moden atau islam moden. engapa masih nak menegakkan benang yang basah, kenapa perlu meyakinkan minda orang lain supaya menerima perkara sebegitu.. tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


     bagi aku.. orang2 yang berkenaan, yang mempunyai ikatan dengan masyarakat haruslah menjaga status diri dan bukan perlu membangga dengan diri sendiri atas sesuatu yang bodo n membangangkan.. sama-sama la kita piki neh.. pening wase adu yaii





   

Noriyah ke Politeknik


8 Julai 2012, ahad hari nin adik bungsu ambe g daftar kat Politeknik Dungun atau lebih dikenali kini dengan nama PSMZA. Rindu betul ambe kat sini yela semejak 2004 ambe tnggalkan poli ni nila baru ambe jejak balik kaki ambe kat sini, tempat yang meninggalkan 1001 kenangan kat sini. bagaimana ambe baljo bdikari, knal sahabat.. macam2 ada walaupon bayak kemudahan tidak dapat disediakan dulu tapi kini ambe caya ade blake doh.

     Pagi setart dah tggal beg duit ngan hp.. kendian bleh plop tnggal gambo paspot plop dh mcam2.. bila sapa kat politeknik kne tunggu abg sir jap pasal nak bagi setem hasil hok adik dop dan nok beli baru ni... sampai je terus adik noyah masuk daftar sesambil tu dang jgk ambe g jalan2 kat dalam poli ni.. rindu la katekan.. byk perubahan dalam ni tapi masih mengkalkan benda yang lama... lame gok adik  ambe  daftar sekali tgok proses pendaftaran masih dop berubah macam  ambe  dulu, bayangkan adik  ambe  terpaksa  beratur bersama dengan pelajar lelaki masa nak dapatkan barang n bju koperasi dop sistematik lgsung haa dah la mase daftar tadi bilik yang adik aku dapat takde kunci kendia bagi bilik yang adik  ambe  terpaksa tido sorang...

     lepas anto barang kat bilik  ambe  ajak adik gi mkan kat Restoran Juz kat sebelum jambatan sebelum MRSM dungun sebenar nya kedai tu kedai sedara ayah kat dungun, tokey kedai tu pokdin (mgkin toki din) dulu dia penah amik tender kat Politeknik ,masa  ambe  blaja poli dulu. masa tu jgk ambe bleh mkn free kt kafe haha..

    lepas tu hantar noyah balik ke hostel kat bilik iwan dulu. masa nak tnggal adik tu la terharu sikit, yela adik  ambe  tu mane penah bjauhan ngn mok, bukan ape bimbang je.. duk kat umah pon byk sgt benda nak kene igtkan... tapi klu ada pape doper dah pasal abang nasir dh jadi org dungun..
pas ni dopleh la ambe nok suruh2 kat umah ambe tu hahaha..

semoga adik noyah bleh jadi best student kat politeknik...

Sebuah Kenangan

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat semua..

ambe harapkan hari nin menjadi se lagi hari hok indah dlm hidup kita deh, supaya kite pakat lebih menghargai hari2 hidup kita yang kita tahu kita akan tggalkan jgk suatu hari nanti.
Setiap hari hok berlalu nin jangan a kita wat dop tahu deh.. hari kenangan kita belake, macam dulu-dulu, kita suka ngat duk umah, kita bleh main nagn ayoh kita, mok kita, adik2 kita, walaupon makanan dop berapa nok cukup mase tu, tapi disebabkan suasana hok gitu, makan ubi goreng pon macam makan KFC, sebuah kenangan yang tak dapat kita lupa, walaupon mase tu keadaan susah dan serba kekurangan ayah kita tetap stedi tanpa menunjukkan kepada kita ttg kesusahan, yang ayah tahu ayah nok ank2 ayah gembira n cukup makan, pasal tula kita semua hepi walaupon makan ubi goreng, jeput pisang, ikan goreng, sayur kulit setor.

ketika time hujan lebat dan air naik hingga ke buku lali, bawah rumah dah di penuhi air, abang akan buat perahu untuk adik2 tak kirala dengan ape  sekalipon, selipar atau gabus bekas beli radio hahaha.. kalu mok sibuk kat dapor, ayah tgh baca paper, kami adik beradik berlari dalam hujan sampai basah kuyup, bila mok marah semakin ligat main hujan tpi bila ayoh menjeling dengan pantas naik umah cari kain.. sejuk...

Masa mak ngn ayah buat padi dulu, kita orng adik beradik pakat tolong,walaupon panas semangat mok n ayoh buat kami jadi gembira, ada yang tdo atas jerami, cari lintah main tanah liat, tapi mase tu rase best sangat hinggakan terpikir nak buat mesin masa semata-mata nak gi zaman tu kejap nak amik gambo buat kenangan. walupon susah tika tu... tapi kami hepi sekeluarga

tapi sekarang zaman kian berubah, umur semakin menaiki tangga kehidupan, kubur semakin dekat dengan kita, kalu dulu kami berkumpul adik beradik sambil tgok tv citer kartun doremon dan melihat mok memandang gembira serta sayu mungkin pada mok sudah terbayang bagaimana bila besar nanti. Kini ayah dan mak sedang meniti usia tua, abang Nasir sedang menati kehadiran cahaya mata kedua dan ketiga  kembar gitu, aku masih dalam membesarkan Nurwafa, Normah sedang menjalani kehidupan seorang guru, Dila pula seorang jururawat di bandar besar KL, mana kala Kerol masih ada 2 tahun pengajian di UNIMAP dan adik bongsu aku yang baru mendaftar sebagai ahli pelajar di PSMZA (politek Dungun) kemarin..(semalam)


Cuma aku harapkan kami kekal menjadi sebuah keluarga besar yang harmoni... amin...

Wednesday, July 4, 2012

Monday, July 2, 2012

menemani bonda ke Johor bahru

Assalamualaikum...

pukul 7.45 pagi, ambe, bonda dan adik noyah selamat sampai dari johor bahru. malam jummaat yang lalu ambe meninggalkan Nur wafa kepada Tok Ma n Tokinya di Kg Kesum menemani Bonda yang igin sagt berjumpa dengan Anak kesayangan yang kini ditugaskan mengajar di SMK Kota Puteri 2 selaku guru pendidikan khas. adik ambe nomah @Nurhazimah Saleh baru saja di ditugaskan ke pasir gudang setelah beberapa bulan menjadi guru Intrim di N.9. Mak ambe gi pon sebab Nomah baru dapat umah sewa berdekatan sekolah. tapi di flat yang bercampur Melayu, India,Cina dan Iban. Sedikit menjadi kebimbangan bila beada dikawasaan begitu, dua malam mok ngn adik tido umah nomah,

Dang jugak ambe ngn Isteri bawak mok ngn adik-2 jalan2 kat TESCO, JUSCO, main Bowling n g Jom Heboh kat Plaza angsana, ramai org tidak terkira, walaupon cuaca panas mengila, segila itu juga semangat orang johor ke Jom heboh... dan jgk bwak mok masuk dalam Angsana untuk cari barang adik utk persedian ke Politeknik Dungun Minggu Depan..

Malam tadi lepas makan Ikan Siakap tiga rasa hingga terbelon perut Isteri kesayangan menghantar kami ke Bus Stop Jaya Jusco, walaupon sedikit berat meninggalkan isteri semoga keputusan tukar akan datang ini memihak kepada isteri InsyaAllah....