assalamualaikum...
Kasihan Wafa...
malam tadi seperti ada sesuatu yang menganggu tidur Wafa
menangis sambil memejam matanya
tidak mahu tidur ditempatnya
tidak mahu tidur dalam dakapan ayah
tidak mahu tidur dalam buaian
maafkan ayah, Wafa..
ayah tidak tahu mana sakitmu
ayah tidak tahu mana gatal mu
ayah tidak tahu makna nangismu
mungkin rindu pada mama yang kejauhan
mungkin rindu pada senyuman mama
mungkin rindu pada dakapan mama
kasihan mama Wafa kejauhan
nasib masih belum ditangan
ujian Allah masih diberikan
hanya kesabaran diteruskan
doakan mama Wafa dipermudahkan urusan pertukaran.
Monday, September 24, 2012
Thursday, September 20, 2012
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :
1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
Tuesday, September 18, 2012
Assalamualaikum..
sekali lagi dunia Islam dikejutkan dengan penyiaran filem 'innocence of muslims'yang secara terang-terangan menghina keperibadian Rasulullah yang dicintai seluaruh umat di dunia ini.
sebuah filem bajet yang memaparkan kisah yang sama sekali tidak benar dan semata-mata bagi menghiris perasaan umat islam diseluruh dunia.
Disebabkan tayangan dan telah diupload ke laman youtube mereka telah menyebabkan kematian duta Amerika di Libya, kesalahan yang berpunca daripada mereka yang tidak pernah berfikir tentang sensitiviti agama lain.

assalamualaikum sahabat..
ni gambo terbaru Nur Wafa Adawiyyah, malam kemarin dengan murah hati istri ambe lame sangat dah mengidam nak pekena steamboat kat Pulau Duyung.. aku pon blum rasa lagi camne rase nya rupa2 nya semua bahan dorg sedia tinggal kita kene masak sendiri je pehhhh... bes jgk.. balik ni bleh la ajok adik dilla.. dia pon tgh cari pot katne nak cari steamboat nii...
sonok sungguh tgok wafa kuo jejalan tapi dopleh bwk Wafa tgok air ujan rintik2.. pagi marin Wafa dah demam sampai malam tadi .. Alhamdulillah pagi tadi dah kurang..
masa ni, wafa pandai duk sendiri, tepok amai-amai, merangkak laju, naik tangga (ishhh)dan macam2 lagi...
doakan mama nurwafa dapat pindah tahun ni insyaAllah...

Thursday, September 13, 2012
Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
share pada rakan2

Wednesday, September 12, 2012
Assalamualaikum...
hahaha lambat sungguh ambe post gambo family ambe Raya thun nin, first raya buat NurWafa Adawiyyah, tahun ni beraya kat umah istri. sembahyang raya kat masjid Alor rekang, beraya umah sedara sebelah isteri n kendian amik gambar Famili. kat rumah keluarga isteri semua ada so meriah tahun ni, tengahhari beraya kat umah keluarga aku plak, lepas g raya umah toki barula ki start duk umah tunggu org datang beraya n tgok wafa.. time raya ni baru boleh tgok wafa hahaha...
raya nin adalah raya untuk wafa.. bayak giler bleh duit raya hahaha...
Sunday, September 9, 2012
assalamualaikum...
lama betul dop update blog ambe nin... dop dan nok wat gane..
ari ni nak kabo pasal family aku sikit laa
malam tadi aku, mok, ayah gi antor kerol naik bas nak masuk blajo balik haa dah 2 bulan lebih duk cuti kat umah tu.
Lenin.. macam yang mok aku bayangkan dulu, masa kami kecil-kecil, sama2 main depan tv adik beradik mok membayangkan bila besar nanti masing2 berkeluarga dan belajar akan tinggal mok ngn ayah menghuni rumah kami.. sebelum nin adik noyah belum start belajar lagi dapatlah teman mok masa sunyi, adik pon lenin bz sikit nagn persatuan kekadang kesian dengor rintihan mok mane anak2 dop talipon bertanya kabo. bila masing2 punya kehidupan bermacam perlu difikirkan, bermacam perlu diuruskan.
abang sir dengan famili dia kat dungun, nomah di johor, dila di cheras, kerol di perlis, dik di poli dungun...
kini seperti yang dibayangkan bermula era kesunyian dirumah aku, hanya tinggal mok ngn ayah dirumah tunggu cuti untuk kembali riuh...
sekarang tugas aku berulang alik dari rumah mok aku ke rumah metua aku, istri aku masih belum berezki, belum dimakbulkan Allah untuk bersama aku di tanah terengganu ini, anak masih dijaga ibu mertua di kg. kesum tak mampu aku membalas budi ibu mertuaku kerana sanggup menjaga Nur Wafa Adawiyyah. tak sanggup lagi nk menyusahkan ibu mertua aku. sebab itula aku sekarang lepas balik kerja aku luangkan sedikit masa dirumah mok aku, lepas magrib aku akan balik ke rumah mertua menjaga Nurwafa hingga tidur malam nya.
kepada isteriku tersayang terima kasih kerana terus memahami keadaan ini, terus bersabar dengan dugaan ini semoga Allah permudahkan urusan kita untuk hidup bersama selamanya.. amim

Subscribe to:
Posts (Atom)