Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 21 Oktober 2012 bebaru ni Adik Ipar ambe menerima segulung ijazah di Universiti Teknologi Petronas di Perak, Ambe dan istri bertolak dari johor bahru ke KL untuk mengambil Merul dan bermalam di Rumah abg Lan kat Wangsa maju, Biarpon main sesat je lalu kut KL haa.. setahun skali gi KLmacmtu la gayanya 'dop sesat dop soh' kate org ganu,
pagi2 betolak ke Ipoh dekat Kota Botani, Adik Yamin sewa homstay kat sana.. sementara tu famili ambe ngn famili kat ita n yamin berangkat ke LOST WOLRD OF TAMBUN untuk main air.. basah bejerut wafa ambe rendamkan dia dalam air nasib baik dop deman je.. suka betul dia main air..
pagi besoknya berangkat ke UTP nak tgok Yamin Konvo, selesai semua kami berangkat ke KL sebab Istri Abnglan dah masuk sepital Nak bersalin.. sampai je KL Alhamdulillah kak ayiem selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.8 kg.. kendian baru tido umah abg lan...
Wednesday, October 24, 2012
10 TIP UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP
1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan
. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu
betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru
percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat
membahagiakan.
2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.
7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.
8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.
9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.
10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan

Sunday, October 14, 2012
assalamualaikum
Minggu ini terkesan darpada proses pertukaran guru melibatkan Isteri tercinta membuatkan ambe tercetus idea daripada lambakan komik Troll berwajah lucu untuk menghasilkan komik semuka untuk tatapan rakan guru yang pernah menerima nasib yang sama ketika proses rayuan di KPM Putrajaya
Ambe mentejemahkan ke dalam FB eg-tukar pertukaran guru suka sama suka (https://www.facebook.com/groups/114234385271569/) ternyata apa yang diutarakan mendapat 'like' dan 'comment' yang memberansangkan tanda rasa setuju dari rakan guru walaupon sesetengahnya rakan ada yang berfikiran negatif.
ambe hasilkan komik ini adalah semata-mata hiburan dan sesetengahnya adalah pengalaman yang pernah ditempuhi dan di dengar dari rakan-2, dalam tempoh ini masih berbaki 6 hari untuk menerima keputusan dari rahmat Allah semoga memberi yang terbaik kepada hambanya..

Subscribe to:
Posts (Atom)