klik?

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 1434/ 2013


assalamualaikum sahabat...
memulanya ambe sefamili nak ucapkan 
SELAMAT MERAIKAN MAULIDUR RASUL 1434

terigat zaman sekolah rendah dulu, bila tiba hari ini masing2 hepi sebab cikgu suruh mari skolah pasal ada buat perarakan maulidur rasul. Bagi ambe hok dop tahu benda mari skolah sebab saing2 kata nak mari belaka n cikgu suruh pakai baju raya tahun ni sekali ngan sampin kalau ada.. masing2 nak tunjuk baju raya la haha..

kami akan di arah berarak start pagar sekolah n keliling kampung berdekatan mok ayah siap duk tepi jalan sambil lambai ke anok dia hhaha.. sukaan sungguh masa tu...

tapi lenin lain doh.. kita hok tua bangka ni bila jabatan nok wat berarokan macam2 alasan hok mari.. malasnya kita nak sambut hari besor nin.. tahun baru bleh plok sambut dop masuk lagi dengan krismas ceh.. berat nanang .. saboh doh kita umat akhir zaman op...

so hari mulia ni apa kata kita pakat mengingati kekasih Allah juga kekasaih kita dengan perbanyakkan selawat keatas Baginda.. mungkin ada yang dop ingat hok ustaz kabo dulu masa skoloh..
sekali kita selawat keatas nabi, 10 kali Allah selawat keatas kita yakni rahmat daripada Allah n 10 kebaikan Allah beri kat kita n 10 dosa Allah hapus kat kita..

tu kalu sekali selawat kalu 13532987 kali?  darab a sendri.. op...

Allahhummasoliala saiyidina muhammad....

Monday, January 21, 2013

Juara Maharajalawak Mega 2012


assalamualaikum sahabat..

tahniah ambe ucapkan kepada JOZAN sebab deme ni menang Maharajalawakmega 2012
mmg dop di nafikan lagi bila kemunculan minggu pertama telah memecahkan perut orang-orang kg dengan lawak-lawak zaman baru, terutama bila zizan bawa watak Ustaz Azhar n johan bawa Watak Awie haha kelah awok ni, tahniah sebab jadi juara walaupun 2minggu Zizan terpaksa solo sebab Johan sakit lutut

manakala tempat kedua dimenangi oleh JAMBU yang dianggotai oleh Tauke n Pak Yus dengan mengetengahkan lawak bersahaja atau dikatogorikan oleh Najib Ali lawak tiba-tiba, setiap minggu memberikan lawak yang best..

tempat ketiga plak oleh SHIRO, bagi aku lawak best jugak, punchline pon ok gak

manakala kumpulan BOBOI plak persembahan final adalah paling best dari minggu-minggu lepas. kehadiran nabil sememangnya ditunggu-tunggu oleh aku sebab aku minat nabil haha,

manakala kumpulan SAYWHO tempat kelima, antara kumpulan luar negara yang tahu selera orang kita salut kat kumpulan nin.......

apapon tahniah untuk awok mung seme..

surat mohon tukar

Warga Kementerian Pelajaran Malaysia,
Warga Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri,
Warga Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah,
Warga Pengetua-Pengetua Sekolah,
Warga Kabel-Kabel,
Warga yang terlibat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Suami Guru yang berjauhan,
1 orang anak,
Kampung Kat Terengganu.

Tuan,

MOHON PERMUDAH DAN PERCEPATKAN PERTUKARAN ISTERI KE SISI SUAMI DAN ANAK.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya memohon agar mempermudahkan pertukaran isteri saya dari Johor Bahru ke mana-mana daerah di Terengganu disebabkan saya tidak mampu untuk terus berjauhan dengan isteri saya seperti tuan. mungkin tuan memandang perkara ini adalah perkara kecil kerana anak dan isteri tuan sentiasa disisi tuan setiap hari dan jika Allah menguji tuan seperti kami saya yakin tuan tidak akan mampu untuk mengharungi ujian ini seperti kami.

antara sebab pertukaran ialah:

  1. Isteri telah berkhidmat lebih dari 4 tahun dan tahun ini masuk tahun ke 6 isteri mengajar di sana.(tak macam tuan berkhidmat bertahun-tahun pun bini duk depan mata)
  2. Mengikut suami yakni saya ke Terengganu disebabkan saya bekerja di Kuala Terengganu.(tak macam tuan kat mana tuan kije kat situ bini tuan ada)
  3. Mempunyai seorang cahaya mata yang comel dan dijaga oleh ibu isteri saya yang telah tua disebabkan isteri tidak mampu untuk menjaga anak di sana seorang diri.(tak macam tuan bini ada, mak ada, anak ada, bibik ada)
  4. Isteri terpaksa berulang alik dari johor ke Terengganu setiap minggu untuk melawat anak tanpa ambil cuti rehat kerana dilarang oleh pihak sekolah untuk cuti selain kes kematian sahaja.(tak macam tuan ulang alik time kije je tu pun amik cuti ha)
  5. Isteri juga terdedah kepada risiko kemalangan dijalan raya ketika menaiki bas setiap minggu apabila pernah melalui detik cemas dimana bas terlanggar lembu dan tayar pancit ditengah jalan.( tak macam tuan hari-hari naik kete je paling cemas pon masa nak langgar kucing melintas)
  6. Tekanan semakin bertambah dan tumpuan mengajar terganggu.(tak macam tuan mana ada tekanan..eleh)
  7. Ketika dalam tempoh mengandung isteri pernah mengalami pendarahan dimana ketika itu isteri berseorangan dan saya berada di Kuala Terengganu dan mengambil masa sehari untuk melawat isteri di Johor bahru.(tak macam tuan tak sampai 3 minit pon)
  8. Isteri bimbang untuk mengandung lagi jika terpaksa menanggung risiko yang sama.(tak macam tuan tambah 10 org ank lagi pon takpe)
  9. Isteri sentiasa berhadapan dengan risiko keselamatan diri dimana isteri sampai awal pagi dari Terengganu untuk balik kerumah sewa dan pernah isteri mengesyaki kehadiran orang yang tidak dikenali berhampiran rumah sewa dan laporan polis telah dibuat bagi mengelak perkara yang tidak dingini berlaku.(tak macam tuan istri tak kluar pon awal pagi..apa kejadah nak kluar pepagi klu tak gi kije)
  10. Isteri tinggal berseorangan dan tidak mempunyai saudara-mara terdekat di Johor Bahru.(tak macam tuan macam astro macam-macam ada)
  11. isteri merupakan guru opsyen matematik dan kimia tetapi sudah lima tahun mengajar matematik dan Bahasa Melayu.(tak macam tuan.. ngaja benda sama je kat anak)
  12. Suami yakni saya bekerja di Kuala Terengganu dan menjaga kedua ibubapa saya disebabkan adik beradik saya bekerja diluar Daerah dan negeri Terengganu dan tanggungjawab itu diberikan kepada saya.(tak macam tuan...emmm)
  13. Isteri tidak mampu untuk bertahan walaupun untuk setahun lagi bila terkenangkan nasib anak.
  14. Kami tidak mempunyai pertalian darah dengan pihak tuan mahupun kerani atau despach tuan.
  15. Kami tidak mempunyai kabel-kabel besar lengan untuk membantu kami bertukar.
  16. Kami tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi memproses borang kami.
  17. Kami tidak mampu lagi untuk membuat rayuan "sekadar penyedap hati" setiap tahun.

Dengan ini saya memohon pihak tuan membuka mata dan memandang serius serta mengambil cakna perkara ini disebabkan ketidakprofesionalan pihak tuan dalam menguruskan hal pertukaran guru-guru di Malaysia.


Yang mengharap
..laki guru..

Sunday, January 20, 2013

PesaN Roh Pada KIta

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

 Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

 Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

 Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

 Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

 Baginda Rasullullah saw bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

" Sambung Rasullullah saw lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

 Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

 Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

" Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

 1. Orang-orang yang mati syahid.
 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

 Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Tuesday, January 15, 2013

HarI LAhiR WAFA yanG PerTAma


assalamualaikum...
  Maren (semalam) genaplah anakanda ambe menyambut hari lahir yang pertama dalam hidupnya. inshaAllah jika tiada apa-apa kami sekeluarga akan buat majlis doa selamat buat wafa yang disayangi. Sepatutnya wafa meraikannya hari lahir pertama ini bersama ayah dan mamanya tapi apakan daya Allah mengatur segalanya. Ambe sepatutnya balik kampung malam maren (semalam) tapi bas yang ambe tunggu hingga jam 12 mlm dop memunculkan dirinya mendorong ambe menalipun saudara yang bekerja di syarikat yg sama rupanya bas jauh meninggalkan ambe dengan alasan ambe takde disitu sedangkan ambe tunggu macam biasa, apakan daya mungkin Allah mahu ambe rai bersama istri ambe yang kejauhan.
   
maka railah ambe dengan istri ambe dijohor bahru di taman johor jaya akan ari lahir wafa.. don wori wafa mama u nak balik jumaat nin deh....

doakan anak ambe yang comel Nur Wafa Adawiyyah sentiasa ceria dan dirahmati Allah setiap hela nafasnya Amin.....

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU YANG PERTAMA...
semoga jadi anak yang solehah....