klik?

Tuesday, February 26, 2013

Wafa Demam Lagi

assalamualaikum sahabat..
3 hari dh Wafa demam...
kasihan sungguh kat anakanda ayah..
selalu merengek minta di dukung kesana kemari..

letak dikatil tak mahu..
letak dibuaian tak mahu..
letak disofa juga tak mahu...
minta didukung kesana kemari

tidurla nak.. tidurlah sampai esok pagi
kasihan pada tokma bersengkang mata
kasihan pada ayah hendak pergi kerja
kasihan pada mama kerisauan disana
nyenyak entah dimana..

tidurlah sayang... 
jangan menangis lagi
nanti demam datang lagi..
datang pula bersama selsema...

doakan semoga anakanda Wafa 
baik dari demam..


Monday, February 18, 2013

SeMinGGu Ini


Assalamualaikum sahabat... ambe kirakan moga kalian gembira hari ini walaupon kat mana berada..
tengok betapa gembiranya Wafa mencium hp sebab semingu raya cina ni wafa bersama bondanya..

bermulanya seminggu cuti ni ambe bertolak dari johor bahru seawal jam 7 pagi n di anggarkan sapa kat kmpung pukul 1 petang tapi sepanjang jalan di Jabor sesak sehingga persimpang bukit besi dan tiba pada pukul 4 petang serta bermalam di rumah mok di kg. Kota Manir sebab keesokan harinya Adam dan Hani anak abg sir akan di potong jambulnya.. 

hari isnin pula bapa saudara istri amber mengadakan majlis sambut menantu di kampung kesom ampun dan maaf sahaja ambe pohonkan pada keluarga istri ambe sebab ambe kene giliran kerja kat uitm n dop dan nok  hadiri majlis..

pada ari selasa plop ambe ambik cuti shari sbab nok duk ngn anak bini ambe sesambil gi jalan2 kat setiu member poli ambe Raja Faisal menamatkan zaman bujangnya n dan jugak ambe berenti sembahyang kat tempat ambe blajor dulu kejap....


mesjid INSTEP batu rakit..
sesambil mengunkit kenangan setahun belajor disini.. hehehe...

ari jumaat bebaru ni plop ambe g anto mok sedara ambe.. mokteh n ayoh teh gi wat Umrah di Mekah...
ramai sungguh ornag haa dan jugok wafa berposing...


dan jugok masa nok balik ambe n anok bini ambe gi makan sotong celup tepun di pantai airport

n maren(semalam) ambe g ato istri ambe kat johor semula... pagi ni ambe sapa dari johor n masuk kije macam biasa.. dop tahu la sapa bile nok berterusan gini.. ingat nok pilihan raya nin mudah la urusan istri nok pindah rupanya.. berat nanang......

sian ke keluarga mabe op...

Monday, February 4, 2013

Ulangtahun perkahwinan yang ke 2


assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya kepad hambanya yang hina ini memberikan kenikmatan dan kegembiraan hidup serta menghadapi kehidupan yang penuh ranjau ini.
semalam 3 februari 2013 genaplah 2tahun usia perkahwinan kami disertakan dengan kehadiran Nur Wafa Adawiyyah yang semakin laju perjalannanya. semoga ikatan keluarga kami yang telah Kau berikan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami... aminn.


sedikit perkongsian doa keluarga bahgia

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا



“ROBBANA HAB LANA MIN’ AZWAJINA WA DZURIYYATINA QURROTA A’YUNIN WAJ’ALNA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Maksudnya:

“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)