klik?

Thursday, March 21, 2013

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh



Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.

MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..


Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ


"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

InsyaAllah... Jom Amal..

Monday, March 11, 2013

BuaT paHALa DengAN TIduR


PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

 Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

 1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

 6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

 7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Tuesday, March 5, 2013

Doa UntuK SabaH


Assalamualaikum sahabat ambe sekalian

sehingga entry ini ditulis keadaan di sabah sedikit membimbangkan walaupon jauh diseberang sana tetapi kita tetap 1 Malaysia. Dikhabarkan Pihak ATM telah mengambil alih situasi yang berlaku di Sabah meskipun sebelum ini keadaan masih lagi dibawah kawalan pihak keselamatan negara dimana telah mengakibatkan gugurnya 6 orang angkatan keselamatan negara.. Al-Fatihah buat mereka.

pencerobaohan bermula pada 9Februari lalu apabila sekumpulan penceroboh yang mendakwa mereka adalah kumpulan pewaris sultan sulu yang ketika dulu merupakan pemilik tanah Sabah dan menuntut kembali  tanah mereka yang pernah dirampas ketika penjajahan British suatu masa dahulu.

Tidak dinafikan sejarah telah membuktikan Sabah pernah dibawah pemerintahan Sulu pada ketika dulu tetapi sejarah juga telah menyatakan yang Sultan Sulu telah mencagarkan Sabah pada British atas dasar memberi perlindungan. bagaimanapun dikhabarkan Malaysia masih lagi membayar saguhati sebanyak RM5300 setahun kepada Sulu atas sebab yang ambe kurang pasti. Jika Sulu masih juga mahukan tanah Sabah tidakkah kita terfikir yang Sulu iti sendiri dibawah Filipina dan andainya tuntuntan dipenuhi Sabah semestinya berada dibawah Filipina Bukanya Sulu. 

dalam melayari Blog-blog yang mengupdate keadaan di Sabah tercetus rasa bimbang kerana dalam hal keselamatan ini masih terdapat segelintir manusia dan saudara seislam yang bertepuk tangan serta mengapi-apikan keadaan supaya Malaysia dihancurkan. Dunia sedang memerhatikan Malaysia dalam Menangani situasi ini kerana melibatkan talian antara negara serta talian seislam. Juga berkemungkinan sedang menganalisis dan mengatur langkah untuk menyerang Tanahair tercinta ini.

Oleh yang demikian ambe mohon dengan sahabat semua agar bersama Berdoa agar Malaysia dilindungi serta dihindari dari kejahatan manusia-manusia yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.
hargailah tanah air kita ini. bayangkan jika kita terpaksa menjadi seperti Palestin.. berdoa lah rakan-rakan.. berdoalah kalian..