Assalamualaikum sahabat ambe sekalian
sehingga entry ini ditulis keadaan di sabah sedikit membimbangkan walaupon jauh diseberang sana tetapi kita tetap 1 Malaysia. Dikhabarkan Pihak ATM telah mengambil alih situasi yang berlaku di Sabah meskipun sebelum ini keadaan masih lagi dibawah kawalan pihak keselamatan negara dimana telah mengakibatkan gugurnya 6 orang angkatan keselamatan negara.. Al-Fatihah buat mereka.
pencerobaohan bermula pada 9Februari lalu apabila sekumpulan penceroboh yang mendakwa mereka adalah kumpulan pewaris sultan sulu yang ketika dulu merupakan pemilik tanah Sabah dan menuntut kembali tanah mereka yang pernah dirampas ketika penjajahan British suatu masa dahulu.
Tidak dinafikan sejarah telah membuktikan Sabah pernah dibawah pemerintahan Sulu pada ketika dulu tetapi sejarah juga telah menyatakan yang Sultan Sulu telah mencagarkan Sabah pada British atas dasar memberi perlindungan. bagaimanapun dikhabarkan Malaysia masih lagi membayar saguhati sebanyak RM5300 setahun kepada Sulu atas sebab yang ambe kurang pasti. Jika Sulu masih juga mahukan tanah Sabah tidakkah kita terfikir yang Sulu iti sendiri dibawah Filipina dan andainya tuntuntan dipenuhi Sabah semestinya berada dibawah Filipina Bukanya Sulu.
dalam melayari Blog-blog yang mengupdate keadaan di Sabah tercetus rasa bimbang kerana dalam hal keselamatan ini masih terdapat segelintir manusia dan saudara seislam yang bertepuk tangan serta mengapi-apikan keadaan supaya Malaysia dihancurkan. Dunia sedang memerhatikan Malaysia dalam Menangani situasi ini kerana melibatkan talian antara negara serta talian seislam. Juga berkemungkinan sedang menganalisis dan mengatur langkah untuk menyerang Tanahair tercinta ini.
Oleh yang demikian ambe mohon dengan sahabat semua agar bersama Berdoa agar Malaysia dilindungi serta dihindari dari kejahatan manusia-manusia yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.
hargailah tanah air kita ini. bayangkan jika kita terpaksa menjadi seperti Palestin.. berdoa lah rakan-rakan.. berdoalah kalian..
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..