klik?

Tuesday, November 12, 2013

Doa DarI Isteri Buat suAMi


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekinya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurnikanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah pria untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku mengharungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.
Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumla aku didunia tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingn-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah..
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapai segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padamu Ya Allah
Ku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi
Isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang disolehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku

Amin Ya Robbal Alamin







Sunday, November 10, 2013

SeLAmaT HaRI LAhir PermaISUri HAtiKU


Buat isteri tersayang abang ucapkan Selamat hari lahir,
walaupun jauh dinegeri orang sudah bertahun, abang harap tahun ini Allah akan mengabulkan doa kita supaya permohonan pertukaran diluluskan supaya ia menjadi satu hadiah paling berharga tahun ini

semoga Syg dipanjangkan umur sertah dilimpahkan rezki dan dianugerahkan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar serta ujian dari Allah Taala..

buat sahabat-2 doakan buat isteri saya agar pertukaran tahun ini dipermudahkan dan dapat balik ke kuala terengganu.. aminnn

Monday, November 4, 2013

Keluhan SPPBS

CATATAN HARI MINGGU: KELUHAN PARA GURU
pandangan Prof Muhammad Agus yusoff

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula. Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga. Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan olehKementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan. Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya. 

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah. Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini. Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini? Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik: (i) untuk menilai potensi murid, (ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan (iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa. 

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah

Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod. Aduh!!!

Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain. Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai. 

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang? Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan? 

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya? Siapakah yang membangunkan sistem ini? Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru? Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD. Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan. Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain. 

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan. Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita. Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching.’ Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna. Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

apa pandangan guru???