klik?

Tuesday, November 12, 2013

Home » Doa DarI Isteri Buat suAMi

Doa DarI Isteri Buat suAMi


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekinya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurnikanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah pria untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku mengharungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.
Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumla aku didunia tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingn-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah..
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapai segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padamu Ya Allah
Ku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi
Isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang disolehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku

Amin Ya Robbal Alamin







No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..