klik?

Tuesday, January 28, 2014

Kalimah Allah


Assalamualaikum... 
kebelakangan ini kita sering terbaca tentang penggunaan kalimah Allah, bagaimana pihak2 gereja menggunapakai kalimah suci umat islam bagi menggantikan perkataan god dalam perhimpunan mingguan mereka serta dalam akhbar mereka bagaimanapun rayuan mereka ditolak oleh pihak mahkamah. kemudian mereka berdegil dan tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka. Kemudiannya dibantah oleh umat islam di seluruh negara kerana Kalimah Allah hanya untuk umat islam tetapi terdapat para ulama mengizinkan penggunaan Allah untuk semua manusia. Jadi sebagai manusia yang punya iman yang tidak seteguh ulama-ulama yang disanjungi terkeliru dengan penjelasan dari semua ulama dan pemimpin mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini.

oleh sebab itu kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini janganlah terlalu obses atau emosi dengan semua kontrovesi yang sedang berlaku. jangan disebabkan kita adalah penyokong kerajaan kita membenarkan semua kenyataan orang-orang kerajaan dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang pembangkang. begitu juga dengan penyokong pembangkang kita membenarkan semua kenyataan orang-orang pembangkang dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang kerajaan semoleknya kita mengambil semua pendapat dari segala sudut serta membuat kajian.

seperti saya saya menyokong pendapat ulama-ulama kerajaan serta pemimpin dimana melarang penggunaan Kalimah ini disebabkan bimbing diseleweng dan disalahguna mengikut tafsiran yang salah.

saya juga menyokong pendapat ulama-ulama Pas dimana mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah kerana memberi ruang mereka untuk mengenali Allah sebab Allah tuhan yang satu, yang Esa, Yang Maha Di sembah oleh semua manusia.

semalam ada sahabat yang share video Danial Zainal Abidin sdalam FB beliau ( https://www.facebook.com/photo.php?v=10202232027014342 )antara satu penjelasan buat semua orang mengenai kalimah Allah apabila seorang paderi bertanya tentang kalimah Allah dan beliau menjawab dengan penuh hikmah.
antara yang saya faham dengan ucapan beliau Kalimah ini boleh digunapakai oleh orang2 bukan islam tetapi kena memahami sifat-sifat Allah yang sebenar lalu dibacakan surah Al-Ikhlas yang menyatakan 

1). Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa 
2). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu 
3). Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan 
4). Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

contohnya sepertimana yang didakwa orang-orang kristian yang Jesus itu anak tuhan sedangkan tuhan yang kita yakini hanya satu tidak diperanakkan atau beranak.

oleh itu sama2lah kita mengambil iktibar dalam mencari iman kita, janganlah kita membabi buta dalam mengambil satu tindakan dan mengharapkan pihak berwajib memberi penerangan dengan lebih jelas

semoga segala usaha kita dalam keredhaan Allah... Amin...

Wednesday, January 22, 2014

Cabut Gigi


pergh... sbenornye ambe takut sungguh ngn doktor gigi dop tahu bakpe fobia sungguh ambe wase weh, mase skoloh rendah dulu klinik gigi sebeloh je ngan kelas ambe kalu dengoe mesin napin tu seriau bulu rome ambe.. pernah skali mase darjah 6 gusi ambe bengkok sebab gigi berlubang teruk barula paksa diri gi cabut aduh bise nagt weh ubuh bius pon wase lagi tu yang takut sangat tu...

isnin baru ni ambe ambik keputusan nok cabut gigi gok sebab dah 2 malam dopleh tido ye mari ngilu n sengal kat gigi geraham tu, macam2 ambe buat, kekoh bawang putih, komor ngn air garam, komor ngn lesterin, sapa dopleh tido ho..

kul 8 malam ambe sapa kat klinik Hamidah batu 6 k.teganu.. ye panggil ambe masuk lepah kabo keye gigi mane yepon bius la.. lepah wase leweh je bibir ambe masuk plok.. sambil tutup mate ambe dikerjakan oleh doktor gigi muda.. gigi dah tak rasa pape tapi mase nak cabut tu punye la susah sampai 3 kali tuko spana sakit sungguh rahang ambe.. akhinya tercabut jugak gigi ambe yang jahanam itu hahaha.. 

RM65 kerani tu kate sambil bagi kapas je, tanpa ubat penahan sakit dan nasihat.
kul 11.30 bius dah ilang gile kentang aku meroyan sakit nok mapuh wase ha. dengan sakit gusinya, sakit kepalanya n sakit rahang.. ubat tahan sakit tak bagi plok ololoh...

dalam seminggu gak member2 kate gusi tu nak baik hadui.. dietla nampaknya minggu ni..
papepon buat yang fobia n takut cabut gigi, takde apa yang hendak ditakutkan penjagaan gusi lepah cabutan kene jaga macam takleh meludah sangat, slalu tukar kapas, jagan kumur kuat2, jang buat kerja berat, jangn sentuh dengan tangan atau lidah sebab takut darah yang bertakung tu hilang n melambatkan proses penyembuhan.. tapi semua kat atas tu aku buat sebb doktor tak bagi tahu aku tahu pun lepas aku chek dalam goggle hampeh sengal hinggal ke hari ini.. tawakal jela..

"LEBIH BAIK SAKIT HATI DARI SAKIT GIGI"
hehehehe


Monday, January 20, 2014

perginya sebuah permata... Ambe Redha Ya Allah


assalamualaikum..
pada awal disember lalu, ati ambe gembira tak terkata apabila pregnant test isteri menunjukkan 2 garis. indahnya tak terkata kerana dikurniakan rezki terindah mulalah ambe berangan akan nama yang hendak diberi, berangan melihat nurwafa mencium adiknya sendiri. tetapi kegembiraan ini disertakan sedikit kebimbangnan apabila proses pembentukan janin disertai darah yang keluar sedikit tetapi acap kali hingga bimbang untuk ke tandas. perjumpaan dengan para doktor swasta tidak mendatangkan hasil malah scan kali terakhir membimbangkan kami apabila kantung bayi terlalu kecil jika dibandingkan dengan usia.

malam semalam isteri mengadu sakit sekitar perut dan berdarah ketika membuang air kecil seterusnya ke HSNZ terengganu serta isteri ditahan di Wad 5E setelah di scan didapati kantung bayi telah tiada dan hampir keluar seterusnya proses mencuci rahim pada pukul 12 tghmalam semalam selesai dengan syukurnya.

tidak mengapalah jika ini dugaan dan ujian yang diberikan kepada ambe dan isteri mungkin kami belum bersedia untuk menerima kelahiran baru, mungkin nurwafa belum diberikan kasihsayang secukupnya. kita ini manusia yang hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.. 
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

Thursday, January 9, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Assalamualaikum member ambe semua.. wat nape pagi ni gok.. sembahyang dhuha dop lagi kalu dop pakat2 gi la dulu op... sesunggyuhnya dop rugi sikit pon op..

sempena tahun baru ni wase'an dop lambat lagi ambe nok ucap ork! semoga tahun ni kita tanam azam-azam yang mulia supaya kita lebih dekat dengan pencipta kita yakni Allah yang maha kuasa

Alhamdulillah dah masuk tahun ke 6 blog ambe ni menjengah alam cyber ni dan terima kasih juga member2 hok sudi baca menape hok ambe tulis n kongsi terima kasih deh belake..
Alhamdulillah juga bila search yangasuffian kat google terpampang

"Yangasuffian.blogspot.com it is ranked #20,418,061 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. Its seo score is 44.8%."

pada member-member hok brahi cuti atas nun ambe wi takwim tahun ni, pakat tengok a deh...
selamat tahun baru 2014....