klik?

Monday, January 20, 2014

Home » perginya sebuah permata... Ambe Redha Ya Allah

perginya sebuah permata... Ambe Redha Ya Allah


assalamualaikum..
pada awal disember lalu, ati ambe gembira tak terkata apabila pregnant test isteri menunjukkan 2 garis. indahnya tak terkata kerana dikurniakan rezki terindah mulalah ambe berangan akan nama yang hendak diberi, berangan melihat nurwafa mencium adiknya sendiri. tetapi kegembiraan ini disertakan sedikit kebimbangnan apabila proses pembentukan janin disertai darah yang keluar sedikit tetapi acap kali hingga bimbang untuk ke tandas. perjumpaan dengan para doktor swasta tidak mendatangkan hasil malah scan kali terakhir membimbangkan kami apabila kantung bayi terlalu kecil jika dibandingkan dengan usia.

malam semalam isteri mengadu sakit sekitar perut dan berdarah ketika membuang air kecil seterusnya ke HSNZ terengganu serta isteri ditahan di Wad 5E setelah di scan didapati kantung bayi telah tiada dan hampir keluar seterusnya proses mencuci rahim pada pukul 12 tghmalam semalam selesai dengan syukurnya.

tidak mengapalah jika ini dugaan dan ujian yang diberikan kepada ambe dan isteri mungkin kami belum bersedia untuk menerima kelahiran baru, mungkin nurwafa belum diberikan kasihsayang secukupnya. kita ini manusia yang hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.. 
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..