klik?

Thursday, February 18, 2010

Home » Bile lelaki kehilangan tulang rusuk

Bile lelaki kehilangan tulang rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan
pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua
LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang
indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai
tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup
mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan
pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir
sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan,
dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan
secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu
ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu,
biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke
luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang
asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak
menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa
dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka
dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang
hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan
penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu
berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA
adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI
meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya
dia patahkan.
......

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang
yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan
itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh
hati. .. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah
dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??
berfikir sebelum......Bertindak!

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..