klik?

Thursday, March 11, 2010

Home » HATI-HATI

HATI-HATI

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah

seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah

awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, " Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak

saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya

berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara

Abu menunggu di ruang tamu , Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada

pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan

jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan

baik.

Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan

Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR

dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.

Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini

sepatutnya berada di darjah 6".

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri,

boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya

berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar

lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus

menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara

duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat

hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah

saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya

berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak

teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas

Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan

meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak

hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh

Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras.

Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris , okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of

heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get

it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men

than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife

after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of

veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan

oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya ;

jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

p/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan

pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..