Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.
Pertama, amal jariah. Bagaimana kita mapu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!
Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain. Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu. hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)
Ketiga, doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak. Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh. Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan. Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.
Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?
Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI. Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi. Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik. Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan. Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan. Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI? Ya memberi kebaikan!
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..