klik?

Sunday, May 20, 2012

assalamualaikum.... wafa kini telah berusia 4 bulan, skang pon dh pandai nerat, ngesot je blm lagi, susu pon dh makin byk minum.. dah pandai mengamok klu lapo n nk tido perghhh.. 2hari ni takpela mama dia ade balik, bleh manja2 ha malam nnti nk kne anto plk kat stesen bas, bas kul 9.30mlm. sian mama wafa, semalam result tukar dah kuar, sedih bila tgok masih belum rzki dapat bersama keluarga. tapi yang menyakitkan hati member dia bleh plak balik bru kawin sekali mintk dah dapt balik... Kelantan plak tu.. bila bukak Facbook pertukaran guru, ramai betul yang dapat balik kelantan. yela dh dekat pilihan raya ni senangla masuk kelantan, politik betul. kebanyakan dapat balik kg bersama suami n keluarga. ti bila di fikirkan balik.. semua ni kehendak Allah, Allah punya hikmah disebalik ketentuannya, mungkin Allah mahu menguji keimanan aku dan isteri, kasih sayang suami isteri dan mungkin segala kebaikan dan ibadat yang aku lakukan belum mencukupi dan mungkin aku perlu tambah amalan soleh dan perbanyakkan doa. mungkin datangnya dari kelemahan dari diri sendiri. mungkin selepas ini aku perlu buat solat dhuha setiap hari, tidak meninggalkan puasa sunat isnin dan Khamis, lakukan solat tahajjud setiap malam, sentiasa membaca Al-Quran. Allah maha esa, Allah Maha Kaya, semoga Alah permudahkan pertukana isteri ku.. Amin....

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

assalamualaikum.. sempena hari yang indah ini ambe nok ucapkan Selamat hari guru kepada semua guru di malaysia semoga kalian terus bersemangat terutama buat isteri tersayang "Cikgu Yusnizawati" yang tersayang. kekadang kesian apbila mendengar luahan isteri mengenai keadaan sekolah zaman sekarang.. hari guru biasanya disambut riang dan bergembira dimana cikgu akan tertunggu2 hadiah yang bakal diterima daripada murid2 yang menghargai pengorbanan seorang guru yang mengajar tanpa mengira penat lelah. bukan mengharap hadiah yang diberikan tapi mengharapkan penghagaan yang ditunjukkan oleh murid-murid. terigat zaman persekolahan kita dahulu.. walaupn kita nakal kita tetap menghargai jasa seorang guru, walaupon hadiah tak seberapa tapi mahu juga kita memberikan kepada guru tersayang menunjukkkan kita menghargai guru kita hata 3 buku sabun mandi hehehe. tetapi sekarang tidak begitu lagi.. hormat menghormati kepada guru tidak lagi menjadi asas utama lagi di sekolah, manakan tidak guru sesama guru pon tidak menunjukkan sifat hormat itu sendiri. bagaimana perkara itu mahu disematkan kepada diri ank-anak murid. Sifat sombang murid2 yang belajar tuisyen seolah-olah tidak mahu belajar lagi kerana telah mendapat ilmu di tuisyen tetapi membuat bising serta tidak menhormati guru mengajar dihadapan.. bahkan ada yang berani mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru. guru mana yang tidak marah, tidak tersinggung dengan kata-kata dari seorang murid. dahla guru dibebani dengan waktu mengajar yang tidak efisyen seperti memberi waktu ganti kepada guru yang mempunyai waktu yang telah padat sehinggakan waktu sembahyang terpaksa dilewatkan atau dilakukan secara terkejar-kejar. cuba kita bayangkan seorang guru terpaksa turun dari tingkat 4 untuk ke surau dalam masa aantara kelas hanya 5 minit dan terpaksa naik semula ke tingkat 4, bagaimana sekiranya cikgu itu mengandung. dibebani pula dengan kerja masa cuti seperti hari sabtu. mengapa hari minggu guru digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah sedangkan telah dibincangkan oleh pihak kementerian yang sekolah tidak dibenarkan untuk menggunakan hari minggu lebih 2 kali. tetapi sewenang-wenangnya digunakn oleh pihak tertentu. hari yang sepatutnya digunakan bersama keluarga sewenangnya diambil oleh guru terlibat bagi kepentingan sendiri. bagaimana pula dengan guru yang berjauhan denga anak dan suami atau isteri? hanya masa itu ada untuk melepaskan rindu, tapi biasalah guru-guru yang tidak mempedulikan keadaan ini hanya tahu memberi arahan sebab keluarga berada disampingnya. tunggula Allah menguji mereka pula nanti. perkara ini sewajarnya di pandang serius oleh pihak tertentu, bukan hanya melepaskan begitu sahaja, jgan hanya perlu memandang sesuatu yang tinggi saja hinggakan lupa dan tidak mahu melihat yang dibawahnya lagi. dengarlah rintihan dan luahan guru. guru-guru juga haruslah bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian jika berlaku masaalah, sama-sama mengatasi bukan sekadar bercakap belakang, membangkang dalam hati tapi bila berhadapan dengan individu tersebut semena-mena menjadi pengampu dan pengipas. dan individu tersebut akan menjadi lebih sombong dan gah kerana tidak ada org yang mempertikaikan tindakannya. bersatu la guru. bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' dan jgnlah kita selalu menjadi lalang... buat guru-guru yang disayangi, jadilah guru yang lebih cekal dan bermatlamat.. mohon maaf sekiranya terkasar bahasa SELAMAT HARI GURU......

Selamat hari Ibu

assalamuaaikun... maaf hampir sebulan blog aku sunnyi tanpa berita.. sekali lagi aku memohon maaf kepada yang sudi menjengah blog ambe yang dop seberapa ini.. kali ini ambe nok berbicara tentang hari ibu baru-baru ini bertarikh 13 mei 2012 ... sebelum tu belum terlambat lagi untuk ambe ucapkan selamat hari ibu kepada bonda tercinta "bonda Zaharah bt Musa" kerana berjaya menjadikan anak2nya 'manusia' walaupon anak-2 bonda tidak sehebat yang diingini. ampun sekiranya anak ini selalu menyusahkan dan menyakitkan hati bonda, sesungguhnya kami adik beradik sayang pada bonda. ampun kerana anak2 bonda hanya mampu mengucapkan selamat hari ibu.. tapi percayala hari ibu bukanlah hari itu sahaja, setiap hari adalah hari ibu.. buat ibu mertua di kg kesom "Midah bt A.Rahman" selamat hari ibu ambe ucapkan, terima kasih kerna menerima menantu yang ntah apa ntah ini, terima kasih kerna sanggup menjaga cucu 'Nur Wafa Adawiyyah' yang semakin membesar tanpa mengira penat dan lelah setiap hari. terima kasih kerna menyediakan makan pagi setiap hari utuk sarapan ambe n adik yusran. kenkadang terpahat rasa malu pada diri ini pada 'Ma' sekali lagi ambe memohon ampun dan maaf sekiranya diri ini banyak menyusahkan ma dan gagal menjadi menantu yang diharapkan.. selamat hari ibu buat Ma kepada Isteri tersayang "Yusnizawati Bt Mohamad Yacob" Selamat hari ibu abng ucapkan walaupon berada jauh di perantauan menjalankan tugas sebagai seorang guru. kerinduan kepada anak jelas terpanpar pada wajah apabila menghubungi anak melalui skype setiap hari. ibu mana yang ingin berjauhan deng anak tersayang.. semoga dipermudahkan oleh Allah urusan pertukran ke terengganu pada tahun ini dan semoga Allah menjadikan isteri seorang yang bertambah iman dan sabar. selamat hari ibu buat isteri, maafkan abang sekiranya gagal menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. untuk semua kaum ibu selruh malaysia dan dunia.. selamat hari ibu semoga dicurahkan rezki, dipanjangkan umur dan dianugerahi syurga tertinggi kerana menyayangi kami anak2 mu.. SELAMAT HARI IBU