klik?

Sunday, May 20, 2012

assalamualaikum.... wafa kini telah berusia 4 bulan, skang pon dh pandai nerat, ngesot je blm lagi, susu pon dh makin byk minum.. dah pandai mengamok klu lapo n nk tido perghhh.. 2hari ni takpela mama dia ade balik, bleh manja2 ha malam nnti nk kne anto plk kat stesen bas, bas kul 9.30mlm. sian mama wafa, semalam result tukar dah kuar, sedih bila tgok masih belum rzki dapat bersama keluarga. tapi yang menyakitkan hati member dia bleh plak balik bru kawin sekali mintk dah dapt balik... Kelantan plak tu.. bila bukak Facbook pertukaran guru, ramai betul yang dapat balik kelantan. yela dh dekat pilihan raya ni senangla masuk kelantan, politik betul. kebanyakan dapat balik kg bersama suami n keluarga. ti bila di fikirkan balik.. semua ni kehendak Allah, Allah punya hikmah disebalik ketentuannya, mungkin Allah mahu menguji keimanan aku dan isteri, kasih sayang suami isteri dan mungkin segala kebaikan dan ibadat yang aku lakukan belum mencukupi dan mungkin aku perlu tambah amalan soleh dan perbanyakkan doa. mungkin datangnya dari kelemahan dari diri sendiri. mungkin selepas ini aku perlu buat solat dhuha setiap hari, tidak meninggalkan puasa sunat isnin dan Khamis, lakukan solat tahajjud setiap malam, sentiasa membaca Al-Quran. Allah maha esa, Allah Maha Kaya, semoga Alah permudahkan pertukana isteri ku.. Amin....

1 comment:

  1. salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete

bereh bohh! wi a komen se..