klik?

Wednesday, May 16, 2012

Home » Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru 2012

assalamualaikum.. sempena hari yang indah ini ambe nok ucapkan Selamat hari guru kepada semua guru di malaysia semoga kalian terus bersemangat terutama buat isteri tersayang "Cikgu Yusnizawati" yang tersayang. kekadang kesian apbila mendengar luahan isteri mengenai keadaan sekolah zaman sekarang.. hari guru biasanya disambut riang dan bergembira dimana cikgu akan tertunggu2 hadiah yang bakal diterima daripada murid2 yang menghargai pengorbanan seorang guru yang mengajar tanpa mengira penat lelah. bukan mengharap hadiah yang diberikan tapi mengharapkan penghagaan yang ditunjukkan oleh murid-murid. terigat zaman persekolahan kita dahulu.. walaupn kita nakal kita tetap menghargai jasa seorang guru, walaupon hadiah tak seberapa tapi mahu juga kita memberikan kepada guru tersayang menunjukkkan kita menghargai guru kita hata 3 buku sabun mandi hehehe. tetapi sekarang tidak begitu lagi.. hormat menghormati kepada guru tidak lagi menjadi asas utama lagi di sekolah, manakan tidak guru sesama guru pon tidak menunjukkan sifat hormat itu sendiri. bagaimana perkara itu mahu disematkan kepada diri ank-anak murid. Sifat sombang murid2 yang belajar tuisyen seolah-olah tidak mahu belajar lagi kerana telah mendapat ilmu di tuisyen tetapi membuat bising serta tidak menhormati guru mengajar dihadapan.. bahkan ada yang berani mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru. guru mana yang tidak marah, tidak tersinggung dengan kata-kata dari seorang murid. dahla guru dibebani dengan waktu mengajar yang tidak efisyen seperti memberi waktu ganti kepada guru yang mempunyai waktu yang telah padat sehinggakan waktu sembahyang terpaksa dilewatkan atau dilakukan secara terkejar-kejar. cuba kita bayangkan seorang guru terpaksa turun dari tingkat 4 untuk ke surau dalam masa aantara kelas hanya 5 minit dan terpaksa naik semula ke tingkat 4, bagaimana sekiranya cikgu itu mengandung. dibebani pula dengan kerja masa cuti seperti hari sabtu. mengapa hari minggu guru digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah sedangkan telah dibincangkan oleh pihak kementerian yang sekolah tidak dibenarkan untuk menggunakan hari minggu lebih 2 kali. tetapi sewenang-wenangnya digunakn oleh pihak tertentu. hari yang sepatutnya digunakan bersama keluarga sewenangnya diambil oleh guru terlibat bagi kepentingan sendiri. bagaimana pula dengan guru yang berjauhan denga anak dan suami atau isteri? hanya masa itu ada untuk melepaskan rindu, tapi biasalah guru-guru yang tidak mempedulikan keadaan ini hanya tahu memberi arahan sebab keluarga berada disampingnya. tunggula Allah menguji mereka pula nanti. perkara ini sewajarnya di pandang serius oleh pihak tertentu, bukan hanya melepaskan begitu sahaja, jgan hanya perlu memandang sesuatu yang tinggi saja hinggakan lupa dan tidak mahu melihat yang dibawahnya lagi. dengarlah rintihan dan luahan guru. guru-guru juga haruslah bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian jika berlaku masaalah, sama-sama mengatasi bukan sekadar bercakap belakang, membangkang dalam hati tapi bila berhadapan dengan individu tersebut semena-mena menjadi pengampu dan pengipas. dan individu tersebut akan menjadi lebih sombong dan gah kerana tidak ada org yang mempertikaikan tindakannya. bersatu la guru. bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' dan jgnlah kita selalu menjadi lalang... buat guru-guru yang disayangi, jadilah guru yang lebih cekal dan bermatlamat.. mohon maaf sekiranya terkasar bahasa SELAMAT HARI GURU......

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..