klik?

Tuesday, December 31, 2013

SEMOGA AYAH PANJANG UMUR.... AMINN



Assalamualaikum....
diakhir tahun 2013 ini sempena tarikh kelahiran Ayahanda yang tersayang, anakmu mendoakan agar ayah sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik, panjag umur moga dapa menimang cucu yang seterusnya. terimakasih anak-anak ucapkan kerana ayah bersusah payah mencari rezki untuk disuapkan kepada 6 beradik ini. andai anak2 ayah ini punya rezki yang berlebihan akan kami cuba untuk menghantar ayoh n mok ke tanah suci Mekah insyaAllah...

SELAMAT HARI LAHIR 
semoga rezki terus murah diturunkan kepada Ayah

Wednesday, December 11, 2013

11/12/13 - sebuah peringatan yang dilupakan

Assalamualaikum..
hari ni 11/12/13 merupakan tarikh yang antara tercantik dalam sejarah, jika disebut tarikh ini apa yang pertama bermain di fikiran kalian?? semestinya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kan!!
Lupakah kita pada tarikh yang sama 20 tahun yang lepas dimana ketika itu usia aku menjangkau 10 tahun selepas dikejutkan runtuhnya kondo Highland Tower yang meragut banyak nyawa. setiap masa rancangan di TV digantikan dengan siaran usaha pencarian mangsa runtuhan tersebut.sedikit menjadi kesulitan pihak keselamatan dan bencana apabila kita tiada kemahiran yang secukupnya serta pertamakali berhadapan situasi seperti ini dimana Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir tela meminta kerjasama pihak luar dengan mengunakan kepakaran mereka serta dibantu oleh kontraktor-2 tempatan.

pembinaan bangunan disiapkan dan mendapat CF pada 1986 dan kemudianya diduduki.a
Akibat pembinaan dilereng bukit serta telah melanggar akta pemuliharaan alam sekitar 1960

keluarga mangsa yang terlibat telah mengemukankan saman terhadap Highland Properties Sdn. Bhd RM 31 juta hingga RM 35 Juta. kerana kegagalan mereka serta telah mengupah pelukis pelan yang tidak mempunyai kelayakan. kronologi peristiwa berikut boleh dibaca di:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-tragedi-highland-towers-1.229212

sebagai peringatan yang telah ditunjukkan manusia masih lagi tidak mempedulikannya serta kian rancak mendirikan rumah dan bagunan dilereng bukit serta meratakannya umpama menidakkan hak alam sekitar, adakah kita perlu menunggu peringatan seterusnya baru kita tersedar kembali. duhai orang-orang yang berkaitan janganlah mudah membenarkan mereka terus melukai tanah ini sewenangya kerana keuntungan berlipat ganda dan melupakan peringatannya..
selamat 11/12/13..

Thursday, December 5, 2013

GORES DAN MENANG: warga Emas Melayu menjadi mangsa


 Assalamualaikum...
semoga pagi nan  indah ini kite pakat bersabar dengan ujian Allah

pernah dengar gores dan menang?, pernah anda didatangi orang2 yang menyatakan anda bertuah? atau andah pernah terkena hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

pernahkah kita terfikir kenapa dan bagaimana kita boleh terjebak dan terpedaya dengan sindiket ini yang sekarang pemiliknya sedang besenang lenang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit daripada orang ramai khususnya warga emas terutama orang melayu. dan dimanakan keberkesanan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak berwajib seperti PDRM, KPDNKK, TRIBUNAL PENGGUNA, SSM dan sebagainya.

setelah pelbagai aduan diterima pihak KPDNKK telah melakukan banyak tangkapan terhadap individu tersebut dan berjanji akan mendakwa mereka dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 menerusi Seksyen 20 (B), iaitu denda minimun sehingga RM250,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan akan mendakwa mereka yang tebabit dengan setiap aduan yang diterima.

contohnya, di Terengganu bebaru ini lebih 80 aduan yang diterima oleh pihak Tribunal pengguna yang melibatkan hampir setengah juta ringgit dan apabila aduan dibuat, pihak KPDNKK telah melakukan serbuan dan tangkapan ke premis tersebut dan berjaya menangkap 6 orang pekerja majoriti berbangsa cina serta telah merampas bahan bukti seperti Tilam Jade, kad gores dan kereta Toyota Almeera.
akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 23 Oktober 2013 M/S18


Tetapi yang menjadi persoalanya bagaimanakah mereka masih lagi beroperasi seperti biasa selepas dua hari ditangkap dan apabila TRIBUNAL di hubungu dan ditanya mereka hanya menjawab mereka telah dibebaskan atas sebab mempunyai lesen perniagaan sekaligus menjadi tanda tanya mengapa dan bagaimana mereka boleh terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Patutlah bila ditanya mengenai kes yang sama pada tahun yang sebelumnya masih lagi belum selesai.

sedikit informasi tentang kes ini.

nama syarikat: 
GOLDEN EAST COAST MARKETING
Lot 2858, Tingkat 1,
Jalan Bukit Kecil, 
21100 Kuala Terengganu
(Premis yang disewa hanya perlu tukar nama syarikat)

Pemilik:
TEO CHEE LAM
881127-23-5169
perniagaan berstatus
wholesale of electrical and electronics goods
(pihak berkuasa boleh menyemak di JPN sepatutnya)

Modus operandi
1. Mendekati warga emas dan menawarkan cabutan bertuah pasti menang kereta, pakaej Haji dan wang tunai.
2.Menggunakan psikologi memujuk dan memperdaya sekaligus membawa mangsa ke pejabat menggunakan kereta mangsa.
3.Memujuk mangsa mengeluarkan duit dari bank sediada ataupn tabung Haji @ mengadaikan gelang dan rantai. bernilai lebih RM 10,000.00
4. Berjanji tidak akan mengambil duit tetapi hanya mahukan no. siri wang.
5. Memastikan mangsa menandatangani syarat penyertaan.
6. Selepas tandatangan duit akan diambil serta menyerahkan tilam urut sebagai hadiah cabutan bertuah.

Tindakan
1.Membuat aduan di Tribunal Pengguna secepat mungkin. serta membuat aduan polis.
2.Pihak tribunal akan memberi borang aduan serta perlu hantar satu salinan kepada penentang.
3.Tarikh perbicaraan akan diberikan.

Permasalahan yang timbul

Tindakan Pihak Polis
Tiada tindakan tegas dan cepat dari pihak polis apabila aduan orang ramai dibuat. pihak polis hanya menyatakan yang mereka tiada kuasa terhadap kegiatan mereka sedangkan:

Dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan, pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap penipu ini :-

"Barangsiapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya  orang yang terpedaya itu sama ada atau tidak penipuan yang dipraktikkan adalah satu-satunya dorongan atau dorongan utama supaya menyerahkan apa2 harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeterai, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda"



Tindakan Tribunal Pengguna

menurut antara  Objektif Tribunal Pengguna adalah
  1. Memahami Hakikat Ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Telah Ditubuhkan Bagi Menyediakan Satu Saluran Atau Kemudahan Alternatif Kepada Seorang Pengguna Untuk Menuntut Gantirugi Dan Pampasan Daripada Seorang Pembekal Atau Pengilang Dengan Cara Mudah, Murah Dan Cepat.
Tetapi pada peringkat menerima aduan pihak tribunal awal-awal lagi menyatakan yang kes tersebut amat sukar untuk diselesaikan dan dianggarkan lebih 400 aduan tahun sebelumnya masih lgi dalam siasatan. mereka juga menyarankan agar menggunakan tindakan sendirian untuk mendapatkan semula wang tersebut termasuk menggunakan khidmat gangster.
Amat mengecewakan dan memalukan apabila satu organisasi yang telah dipertanggunjawabkan membela nasib pengguna boleh mengeluarkan status yang begini. bila diajukan kepada Tribunal pengguna Malaysia mereka hanya memaklumkan meraka masih baru.
Tambahan pula tarikh perbicaraan seolah-olah memberikan masa untuk mereka melarikan diri atu berpindah ketempat yang lain.
Pihak Mahkamah seperti lepas tangan dan mengelarkan mangsa yang terkena sebagi TAMAK dan seolah-olah tidak tahu berfikir. benar pihak mahkamah telah memberikan Award kepada mangsa tetapi tidak menjamin pihak penentang akan membayar award tersebut. seolah-olah tindakan terhenti dan berakhir begitu sahaja seterusnya melenyapkan harapan mangsa yang terkena. sedangkan:

Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-Mana Pihak Yang Gagal Mematuhi Award Selepas 14 Hari Dari Tarikh Award Dibuat Oleh Tribunal Adalah Melakukan Suatu Kesalahan Jenayah Dan Jika Disabitkan Bolehlah :-
A)  Didenda Tidak Melebihi RM5,000.00 Atau Penjara Selama Tempoh Tidak Melebihi Dua Tahun Atau  Kedua-Duanya;
B) Jika Kesalahan Itu Berterusan Pesalah Boleh, Sebagai Tambahan Kepada Penalti Di Atas, Didenda Tidak Melebihi RM1,000.00 Bagi Setiap Hari Atau Sebahagian Hari Selama Mana Kesalahan Itu Berterusan Selepas Sabitan.

Tindakan KPDNKK

Apakah tiada tindakan khas boleh dikenakan kepada individu terbabit seperti mereka mempunyai kuasa dan perlindungan dari pihak "tertentu"menyebabkan mereka terus melakukan aktiviti mengaut untung berjuta ringgit. adakah tiada undang-undang yang boleh mendakwa mereka sehinggakan mereka gagal dikesan dan diambil tindakan atau kerana mangsa yang teraniaya terdiri daripada kalangan rakyat biasa dan bodoh?.
Mohon Ambil Perhatian.

adakah perlu untuk kami rakyat biasa membuat tindakan seperti ini?

Wednesday, December 4, 2013

PerTukaran Guru 2014: sabarlah anakku Nurwafa Adawiyyah


permohonan kali ke 12 sama seperti tahun-tahun yang lepas, seperti pengorbanan selama ini tidak pernah dipandang oleh orang-orang itu, kalau dulu tidak terasa jika tidak diluluskan demi mendidik anak bangsa, tetapi kini isteri terpaksa meninggalkan anak kesayangan tanpa kasih sayang seorang ibu yang secukupnya.

Ya Allah jika ini ketentuan dari Mu, Kau tetapkanlah hati kami, Kau tingkatkan kesabaran kami agar kami terdaya mengharungi ujian ini seredhanya.

tetapi Ya Allah jika ini perbuatan dari hambamu yang zalim mengkhianati kami dan memisahkan kami tanpa belas Kau berilah mereka peringatan agar mereka faham dan mengerti erti hidup dan kesenangan yang Engkau berikan.

Aminnn....

Tuesday, December 3, 2013

SABASUN.. usahawan melayu yang tertindas


assalamualaikum..
pagi yang sentiasa indah walaupun ditemani hujan lebat takkala musimnya tiba
kalau ambe dok kije hari ni, harus ambe ajak istri dan anak ke sabasun mencari barang dapur dan keperluan mana tidaknya barang disana berpatutan dan murah, sudah menjadi tabiat mencari barang murah tetapi berkualiti. entahlah jika ambe bandingkan dengan Mydin, Giant, Hook Kee Seng, The Store, Astaka dan lain-lain ambe lebih memilih untuk berurusan dengan SABASUN, 

buat sahabat yang tidak mengenali pasaraya SABASUN yang beroperasi di Bukit Kecil kuala Terengganu di miliki oleh usahawan melayu dimana pekerjanya 100% anak-anak melayu serta dengan kerasnya memboikot produk keluaran Israel Latnatullah. Tutut menyediakan Parking percuma bagi kegunaan pelanggan. paling best boleh timbang berat tanpa dikenakan bayaran hehehe

SABASUN sekali lagi melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah lagi cawangannya di Wakaf Tembesu walau bagaimanapon sekali lagi pihak Giant turut membuka cawanganya selepas kejayaan Sabasun serta menanti kewujudan Mydin terbesar di Wakaf Tembesu berhampiran dengan Sabasun tetapi pemilik Sabasun hanya berkata "Rezki itu milik Allah"

tetapi desas desus beberapa hari lalu merungsing ambe, apakah benar pihak kerajaan negeri Terengganu akan menutup pasaraya tersebut atas alasan tidak akan disambung permit perniagaan dan Sabasun 2 di wakaf tembesu akan diambil semula dan akan dibangunkan oleh orang asing..
jika benar.. tiadakah kuasa yang mampu menghalang agenda yang menindas bangsa ku yang kian lemah ini, dimanakah slogan membantu melayu yang selama ini di banggakan

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU YANG DIZALIMI INI...

p/s: duhai sahabatku semua jangan la kita mengadaikan maruah bangsa kita kerana fahaman politikus semata-mata

Monday, December 2, 2013

Johan pertandingan jatuh piring Uitm 2013


Alahamdulillah.. pada hari khamis minggu lepas, ambe antara 8 orang staf UiTM K.Terengganu dengan sukarela menghadiri seminar latihan menembak, asalnya bergerak pada pukul 7pgi tapi lewat disebabkan seorang sahabat "miss comunication" dengan pihak pengurusan dan sampai pada pkul 8.45pg

setelah mendengar arahan daripada mejar ustad zaid sesi memanas badan bermula apabila kami dibahagikan kepada 8 kumpulan diserta Rektor UiTM Terengganu. setiap peserta diberikan 5 butir peluru dan menembak piring sejauh 100meter, malang semua bidikan tidak mengena sasaran.. cheh!!!

terpikir gak ambe pasal pertandingn ni kalah mati, dh la mende ni susah nak rase haa.. so aku nekad nak mnembah sehebat mungkin. start giliran awok ambe, alhamdulillah ambe berjaya jatuhkan 3 piring manakala member lain berjaya jatuhkan juga dan memenangi pusingan tersebut. pusingan separuh akhir kami berjaya mengalahkan pasukan faberet hahah.. dan apabila sampai pusingan akhir kami berlawan dengn salah seorang ahli kumpulan dari angkatan navy Alhamdulillah mungkin kali ini rezki berpihak pada kami haha terkedu seketika melihat pingat yang disarungkan di leher mungkin rezki Nur Wafa
Alhamdulillah..

p/s: sepeti tahun lepas-lepas group ambe memenangi tempat kedua painball walaupon hanya ambe dan mmber aambe bekerja keras sedangkan 3 orng lagi penakut hahaha tambahan kali pertama mengenali paintball...