klik?

Tuesday, December 3, 2013

Home » SABASUN.. usahawan melayu yang tertindas

SABASUN.. usahawan melayu yang tertindas


assalamualaikum..
pagi yang sentiasa indah walaupun ditemani hujan lebat takkala musimnya tiba
kalau ambe dok kije hari ni, harus ambe ajak istri dan anak ke sabasun mencari barang dapur dan keperluan mana tidaknya barang disana berpatutan dan murah, sudah menjadi tabiat mencari barang murah tetapi berkualiti. entahlah jika ambe bandingkan dengan Mydin, Giant, Hook Kee Seng, The Store, Astaka dan lain-lain ambe lebih memilih untuk berurusan dengan SABASUN, 

buat sahabat yang tidak mengenali pasaraya SABASUN yang beroperasi di Bukit Kecil kuala Terengganu di miliki oleh usahawan melayu dimana pekerjanya 100% anak-anak melayu serta dengan kerasnya memboikot produk keluaran Israel Latnatullah. Tutut menyediakan Parking percuma bagi kegunaan pelanggan. paling best boleh timbang berat tanpa dikenakan bayaran hehehe

SABASUN sekali lagi melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah lagi cawangannya di Wakaf Tembesu walau bagaimanapon sekali lagi pihak Giant turut membuka cawanganya selepas kejayaan Sabasun serta menanti kewujudan Mydin terbesar di Wakaf Tembesu berhampiran dengan Sabasun tetapi pemilik Sabasun hanya berkata "Rezki itu milik Allah"

tetapi desas desus beberapa hari lalu merungsing ambe, apakah benar pihak kerajaan negeri Terengganu akan menutup pasaraya tersebut atas alasan tidak akan disambung permit perniagaan dan Sabasun 2 di wakaf tembesu akan diambil semula dan akan dibangunkan oleh orang asing..
jika benar.. tiadakah kuasa yang mampu menghalang agenda yang menindas bangsa ku yang kian lemah ini, dimanakah slogan membantu melayu yang selama ini di banggakan

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU YANG DIZALIMI INI...

p/s: duhai sahabatku semua jangan la kita mengadaikan maruah bangsa kita kerana fahaman politikus semata-mata

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..