Assalamualaikum..
hari ni 11/12/13 merupakan tarikh yang antara tercantik dalam sejarah, jika disebut tarikh ini apa yang pertama bermain di fikiran kalian?? semestinya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kan!!
Lupakah kita pada tarikh yang sama 20 tahun yang lepas dimana ketika itu usia aku menjangkau 10 tahun selepas dikejutkan runtuhnya kondo Highland Tower yang meragut banyak nyawa. setiap masa rancangan di TV digantikan dengan siaran usaha pencarian mangsa runtuhan tersebut.sedikit menjadi kesulitan pihak keselamatan dan bencana apabila kita tiada kemahiran yang secukupnya serta pertamakali berhadapan situasi seperti ini dimana Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir tela meminta kerjasama pihak luar dengan mengunakan kepakaran mereka serta dibantu oleh kontraktor-2 tempatan.
pembinaan bangunan disiapkan dan mendapat CF pada 1986 dan kemudianya diduduki.a
Akibat pembinaan dilereng bukit serta telah melanggar akta pemuliharaan alam sekitar 1960
keluarga mangsa yang terlibat telah mengemukankan saman terhadap Highland Properties Sdn. Bhd RM 31 juta hingga RM 35 Juta. kerana kegagalan mereka serta telah mengupah pelukis pelan yang tidak mempunyai kelayakan. kronologi peristiwa berikut boleh dibaca di:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-tragedi-highland-towers-1.229212
sebagai peringatan yang telah ditunjukkan manusia masih lagi tidak mempedulikannya serta kian rancak mendirikan rumah dan bagunan dilereng bukit serta meratakannya umpama menidakkan hak alam sekitar, adakah kita perlu menunggu peringatan seterusnya baru kita tersedar kembali. duhai orang-orang yang berkaitan janganlah mudah membenarkan mereka terus melukai tanah ini sewenangya kerana keuntungan berlipat ganda dan melupakan peringatannya..
selamat 11/12/13..
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..