klik?

Saturday, November 22, 2014

Buat kamu yg bernama melayu

SAJAK NURKILAN A. SAMAD SAID

TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga Nepal pula menjadi JaGa,

orang Bangla yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

Saturday, November 1, 2014

Perginya sebuah permata

Assalamualaikum...
Benarlah macm org sokmo sebut
"untuk mencipta sesuatu yang agung memerlukan masa yang amat panjang tetapi untuk memusnahkannya hanya perlukan masa satu hari sahaja"
Hari ini terbukti berlaku didepan mata ambe sendiri

Bos ambe..
Mohd nurussabah bin mat zaki, mula bertugas di UiTM kuala terengganu semasa pengambilalihan dari Kolej Yayasan Terengganu pada 2008 hingga ke oktober 2014. Bertungkus lumus sebagai seorang ketua jabatan memastikan bahagian pengurusan fasiliti BPF menjadi sebuah bahagian terbaik dari segala segi. Membantu UiTMKT menjulang namanya menjadi organisasi cemerlang diTerengganu.membantu pihak pengurusan
Tetapi malang...
Kerana dendam, kianat, tamak, irihati, tikam belakang, diputarbelit dia dibuang begitu saja tanpa dibuktikan kesalahan, tanpa pembelaan, tanpa diberi peluang. Akibatnya titik peluh yang dibina selama 7 tahun dimusnahkan tanpa pernah terlintas difikiran..

Bayangkan diawal penubuhan BPF UiTMKT tanpa rujukan penuh, bertatih dengan cara sendiri menjadikan uitm seperti rumah kedua kami hinggakan cuti tidak digunakan untuk 3 tahun pertama.

Semasa ambe mula masuk UiTMKT dialah insan yg menjadikan aku siapa sekrg bygkan daripada kosong hingga boleh menyediakn kertas kerja projek sendiri. Dialah juga yg backup kami supya tdk mnjadi mngsa dipergunakan.

YaAllah Ya Tuhan ku.. ampunkanlah dosa kami
Andai kami berada ti pihak yg benar kau tunjukkanlah kekuasaanmu terhadap orang yang telah menzalimi kami, andai kami benar2 salah ampunknlah dosa kami dan kami redho dgn ketentuan mu.. amin...

Semalam..30 oktober 2014 petemuan terakhir antara ambe, denan n bos saba.. walaupon kmi tetap berjumpa ia akn mnjadi satu kenanga berhrga dlm hdup kami bertiga bersatu walau dlm apa jua keadaan.. walaupon dlm keadaan syahdu bos tetap mmberi dorongn n tunjuk ajar semoga  ikatan ini tetap utuh....

Mulai november bos saba akn mula berkhidmat di UiTM Bukit Besi semoga boh berjaya mmbuktikan siapa bos disana...
Selamat maju jaya bos...

Daripda anak didikmu...

Tuesday, October 28, 2014

Koleksi 'kartini' oleh Kartunis Tembakau

'KARTINI' sebuah karya agung yang penah ambe baca n antara sumber inspirasi katun  ambe kat muka bumi ni, ambe dh baca katun ni masa zaman psekolhan lagi n akibat duit yg tak brpa nk cukup nk bli majlah lanun tiap bulan banyak part yang aku miss.. smpai lani ambe dop tahu kesudahan cite dia.. sebelum ni kalu ada karnival buku kompen tak miss tye ada keluaran baru tak tapi mesti cakap dh tak kuar.. akhirnya.. kmarin smentara tggu nk tgok wayang cite dracula untold sempat gak kaki ni melangkah ke kedai buku Harris  kat jusco tebrau n terjumpa buku ni walaupon dikeluokn dl  saiz yg kecil tapi still tekkejut.. terus byo kt konter...

Monday, October 20, 2014

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

Assalamualaikum... tergaman bila bukak fb pg td kuar berkeping gambar wanita melayu bertudung pegang dan peluk anjing.. kebangangan apakah yg telah muncul memperbodohkan muslim2ku tercinta ini hinggalah terima whatsApp drpd seorg sahabat berbunyi...............

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad '

Bertambah terkejut apabila kempen tersebut di anjurkan oleh manusia yg ber'BIN' sama seperti aku tersenyum dalam puluhan gambar dicarian google sambil ditemani ustaz yang dibawa khas oleh MAIS syabas MAIS kerana merestui kempen yang tidak berfaedah ini..
Jika bekesempatan cri saja video ustaz azhar idrus untuk keterangan tentang anjing..
Takut pulak lepas ni akan  ada kempen peluk cium babi plak haa...

Sunday, August 10, 2014

perangkap nyamuk

assalamualaikum.. haha. lama tak update blog, tup- tup kuar pasal nyamuk plak haha, tetiba rasa banyak plak nyamuk sekarang ni sian Nurwafa menjadi mangsa kerakusan nyamuk so ambe nak ingatkan diri untuk buat benda ni.. ubat nyamuk fumakilla bahaya sangat.. yang pakai letrik pon bahaya gak, ridsek lagi bahaya haa.. so kita try hok ni plak...


CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG. 
Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh 
dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.
Bagaimana caranya:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian

leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila

sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan

karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di

beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan

nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan

 nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska,

Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .
Silakan SHARE untuk ramai Mencuba!

Monday, July 28, 2014

salam aidilfitri 1435/2014

Assalamualaikum n salam kemaafan di pagi mulia ini.. ambe sekeluarga memohon maaf n ampun jika ada terasa dgn kata2 dlm penulisan ini.. maaf zahir dan batin..

Pagi ni wafa tgh best lagi tdo, malam tdi tdo kul 1 suka sgt nk raya kut, kbetulan kaki kene bunga api plak tkleh la pakai kasut baru sian anak ayah..

Kita kat malaysia ni suka beno nk sambut raya sedangkn saudara kita kat palestin mung beraya dengan kesedihan dgn saudara yang syahid dibedil zionis latnattullah.. hingga semalam dianggarkan  1000 nyawa terkorban n 80%  adalah kalangan org awam, ibu dan anak2 kcil yg tk bedosa. Semoga Allah membalas kejahatan mereka.. truskan berdoa dn bantu mereka...

Tahun ni pagi raya di kg istri.. tghari bru blik umah mok, dila n abg sir rya kdua baru rya umqh mok haha

Papeponn selamat hari raya 2014
Semoga Allah pjgkn umo untuk bertemu ramadhn lagi thun depan inshaAllah...

Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadan


assalamualaikum..
hari ni dah masuk 3 ramadan
harap belum terlambat untuk ambe ucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YANG MULIA

semoga amalan kita bertambah-tambah dengan peluang yang Allah berikan ini
mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri ini dan keluarga kecik ambe

Friday, June 6, 2014

Bahaya kuasa boleh bikin gila kuasa

Assalamualaikum sahabat sekalian, Ambe rasa sekian lama Ambe dop menekan butang keyboard disebbkn timbunan kerja yg tk mgkin habis.

Kali ini ingin Ambe bebicara pasal pangkat dan kuasa

Perubahan itu perlu tapi apabila Perubahan dilakukan dengn begitu drastik pasti akn membuatkan Ada jiwa merana, kena pula dibuat kalangan sahabat sendiri kena pula org tersebut Sudah lama mengidamkan kerusi panas maka wajah-wajah sebenar Akan muncul disebalik ciri-ciri yang disembunyikan disebalik sifat Muslim yang ditonjolkan.

Lebih menjengkelkan apabila diskriminasi terus berlaku sedangkan Selama ini segala bantuan dan tunjuk ajar diberikan tapi dek rasa benci, dengki dan tidak berpuas hati dengan kerja yang diamanahkan maka dengan kuasa yang ada atas sekeping surat, kamu memperlekehkah dan menindas orang bawahan walaupon kita berjawatan yang sama.

Perlukah respek itu dipaksa bagi menunjukkan kuasa yang ada, perlukah kamu memaksa aku untuk mengankatmu seperti orang yang aku hormati selama ini sehingga kamu perlu mininggikan suaramu semata-mata memaksa aku yang berjawatan yang sama dengan gelaran 'BOS'.. Aduh pedih jiwa ini bila mengenangkan kata-kata mu.

Igtlah kawan.. Roda itu berputar, jika kali ini kamu di atas jangan sesekali lupa kamu juga akan kebawah. Jika hari ini kamu melukan hati orang lain, jangan gusar jika suatu hari nanti hatimu akan dilukakan dengan lebih parah.

Benar kata orang, kita tak mampu memahami sesuatu sebelum kita laluinya sendiri, ingatlah ia hanya sementara bukan untuk selamanya, sebetulnya kita menguasainya bukan kita dikuasainya.

Saturday, March 29, 2014

Buang virus shortcut

Assalamualikum...
Minggu ni pening sebab laptop interior diserang virus shortcut walaupun dh buang guna shortcut remover v2 tapi tak sampan 2 saat jade balik.. Bertambah pening.. Cari punca cari barula jumpa..
Buat kawan2 yang tgh pening Macmillan Amber Blenheim try ni..

Langkah 1

  1. Klik Start
  2. Klik Control Panel
  3. Klik Folder Options
  4. >Klik  “View” tab
  5. Kosongkan check boxes:
  6.  “Hide protected operating system files (Recommended)”
  7.  “Hide extensions for known file types”
Klik apply 
Langkah 2

  1. Klik Start
  2. Taip REGEDIT dan Tap Enter
  3. Klik HKEY_CURRENT_USER
  4. Klik Software\
  5. Klik n Microsoft\
  6. Klik Windows\
  7. Klik CurrentVersion\
  8. Klik Run.
  9. Tgk file yang diakiri .vbs dan cari lokasi file
  10. Pergi kt file tu dan delete ( Kalu dia Kate tkleh delete sbb tgh guna, tekan CRT +alt + del end proses wscript. Baru bleh delete  
Langkah 3

Download virus shortcut remover kt 4shared

Scan n delete guna remover

Selamat men cubs

Monday, February 10, 2014

Ahli Baru Keluarga AwangLeh Dan Mek Jarah

Alhamdulillah...
Tarikh 31 Januari 2014 dipilih bagi menyatukan 2 hati adik ambe Nurfadilah dengan pasangannya Amiri 
alhamdulillah segala persiapan berjalan dengan lancar apabila majlis akad nikah pada pukul 11 pagi bersaksikan ambe n abg ambe dan berwalikan ayahda tercinta dengan sekali lafaz dila sah bergelar isteri.

Majlis juga berjalan lancar hinggalah lauk kehabisan dan ditambah dengan lauk baru semoga ia menjadi kenangan paling manis tahun ini.hinggalah selesai dan acara membasuh puyuk hingga ke larut malam juga berjaya dilaksanakan hahahaha..

pada hari ahad pula majlis menghantar pengantin ke Kuala Krai di iringi lebih 20 buah kereta sanak saudara harap-harap keluarga pengantin tidak bersusahan.

kenangan juga dicalitkan dengan karenah nurfawa mabuk kereta hingga terpaksa berhenti banyak kali kerana muntah.. kasihan nurwafa...

Ambe ucapkan semoga adik ambe Fadilah dan Amiri bahagia bukan hanya ke anak cucu tapi hingga ke akhirat aminn

Thursday, February 6, 2014

ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3

3 Februari 2014
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kebahagian yang dipinjamkan ini kerana mengutuhkan tali kasih sayang kami suami isteri.. syukur usia perkahwinan yang baru menjangkau 3 tahun ini bahagia disamping isteri dan anak tersayang semoga Allah tidak memberi ujian besar buat kami sekeluarga.

buat isteri tersayang Yusnizawati terima kasih diatas kesabaranmu yang tinggi bersuamikan seorang insan yang tak seberapa ini, sesungguh tiada yang lain abang doakan semoga Ayang diberikan kesihatan yang baik serta tidak akan berkurangan kasih sayang abang pada ayang sedikitpun. jika dosamu seluas langit dan sedalam lautan tetap abang maafkan dan halalkan dan semoga Allah memberikan syurga tercantik diakhirat kelak.

kehadiran puteriku Nurwafa Adawiyyah menambah seri dan kegembiraan dalam hidup yang sementara ini dan semoga Allah jadikan anakku anak yang solehah dan berbakti pada agama dan ibubapa.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 3 
sayangku.....

Tuesday, January 28, 2014

Kalimah Allah


Assalamualaikum... 
kebelakangan ini kita sering terbaca tentang penggunaan kalimah Allah, bagaimana pihak2 gereja menggunapakai kalimah suci umat islam bagi menggantikan perkataan god dalam perhimpunan mingguan mereka serta dalam akhbar mereka bagaimanapun rayuan mereka ditolak oleh pihak mahkamah. kemudian mereka berdegil dan tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka. Kemudiannya dibantah oleh umat islam di seluruh negara kerana Kalimah Allah hanya untuk umat islam tetapi terdapat para ulama mengizinkan penggunaan Allah untuk semua manusia. Jadi sebagai manusia yang punya iman yang tidak seteguh ulama-ulama yang disanjungi terkeliru dengan penjelasan dari semua ulama dan pemimpin mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini.

oleh sebab itu kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini janganlah terlalu obses atau emosi dengan semua kontrovesi yang sedang berlaku. jangan disebabkan kita adalah penyokong kerajaan kita membenarkan semua kenyataan orang-orang kerajaan dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang pembangkang. begitu juga dengan penyokong pembangkang kita membenarkan semua kenyataan orang-orang pembangkang dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang kerajaan semoleknya kita mengambil semua pendapat dari segala sudut serta membuat kajian.

seperti saya saya menyokong pendapat ulama-ulama kerajaan serta pemimpin dimana melarang penggunaan Kalimah ini disebabkan bimbing diseleweng dan disalahguna mengikut tafsiran yang salah.

saya juga menyokong pendapat ulama-ulama Pas dimana mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah kerana memberi ruang mereka untuk mengenali Allah sebab Allah tuhan yang satu, yang Esa, Yang Maha Di sembah oleh semua manusia.

semalam ada sahabat yang share video Danial Zainal Abidin sdalam FB beliau ( https://www.facebook.com/photo.php?v=10202232027014342 )antara satu penjelasan buat semua orang mengenai kalimah Allah apabila seorang paderi bertanya tentang kalimah Allah dan beliau menjawab dengan penuh hikmah.
antara yang saya faham dengan ucapan beliau Kalimah ini boleh digunapakai oleh orang2 bukan islam tetapi kena memahami sifat-sifat Allah yang sebenar lalu dibacakan surah Al-Ikhlas yang menyatakan 

1). Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa 
2). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu 
3). Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan 
4). Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

contohnya sepertimana yang didakwa orang-orang kristian yang Jesus itu anak tuhan sedangkan tuhan yang kita yakini hanya satu tidak diperanakkan atau beranak.

oleh itu sama2lah kita mengambil iktibar dalam mencari iman kita, janganlah kita membabi buta dalam mengambil satu tindakan dan mengharapkan pihak berwajib memberi penerangan dengan lebih jelas

semoga segala usaha kita dalam keredhaan Allah... Amin...

Wednesday, January 22, 2014

Cabut Gigi


pergh... sbenornye ambe takut sungguh ngn doktor gigi dop tahu bakpe fobia sungguh ambe wase weh, mase skoloh rendah dulu klinik gigi sebeloh je ngan kelas ambe kalu dengoe mesin napin tu seriau bulu rome ambe.. pernah skali mase darjah 6 gusi ambe bengkok sebab gigi berlubang teruk barula paksa diri gi cabut aduh bise nagt weh ubuh bius pon wase lagi tu yang takut sangat tu...

isnin baru ni ambe ambik keputusan nok cabut gigi gok sebab dah 2 malam dopleh tido ye mari ngilu n sengal kat gigi geraham tu, macam2 ambe buat, kekoh bawang putih, komor ngn air garam, komor ngn lesterin, sapa dopleh tido ho..

kul 8 malam ambe sapa kat klinik Hamidah batu 6 k.teganu.. ye panggil ambe masuk lepah kabo keye gigi mane yepon bius la.. lepah wase leweh je bibir ambe masuk plok.. sambil tutup mate ambe dikerjakan oleh doktor gigi muda.. gigi dah tak rasa pape tapi mase nak cabut tu punye la susah sampai 3 kali tuko spana sakit sungguh rahang ambe.. akhinya tercabut jugak gigi ambe yang jahanam itu hahaha.. 

RM65 kerani tu kate sambil bagi kapas je, tanpa ubat penahan sakit dan nasihat.
kul 11.30 bius dah ilang gile kentang aku meroyan sakit nok mapuh wase ha. dengan sakit gusinya, sakit kepalanya n sakit rahang.. ubat tahan sakit tak bagi plok ololoh...

dalam seminggu gak member2 kate gusi tu nak baik hadui.. dietla nampaknya minggu ni..
papepon buat yang fobia n takut cabut gigi, takde apa yang hendak ditakutkan penjagaan gusi lepah cabutan kene jaga macam takleh meludah sangat, slalu tukar kapas, jagan kumur kuat2, jang buat kerja berat, jangn sentuh dengan tangan atau lidah sebab takut darah yang bertakung tu hilang n melambatkan proses penyembuhan.. tapi semua kat atas tu aku buat sebb doktor tak bagi tahu aku tahu pun lepas aku chek dalam goggle hampeh sengal hinggal ke hari ini.. tawakal jela..

"LEBIH BAIK SAKIT HATI DARI SAKIT GIGI"
hehehehe


Monday, January 20, 2014

perginya sebuah permata... Ambe Redha Ya Allah


assalamualaikum..
pada awal disember lalu, ati ambe gembira tak terkata apabila pregnant test isteri menunjukkan 2 garis. indahnya tak terkata kerana dikurniakan rezki terindah mulalah ambe berangan akan nama yang hendak diberi, berangan melihat nurwafa mencium adiknya sendiri. tetapi kegembiraan ini disertakan sedikit kebimbangnan apabila proses pembentukan janin disertai darah yang keluar sedikit tetapi acap kali hingga bimbang untuk ke tandas. perjumpaan dengan para doktor swasta tidak mendatangkan hasil malah scan kali terakhir membimbangkan kami apabila kantung bayi terlalu kecil jika dibandingkan dengan usia.

malam semalam isteri mengadu sakit sekitar perut dan berdarah ketika membuang air kecil seterusnya ke HSNZ terengganu serta isteri ditahan di Wad 5E setelah di scan didapati kantung bayi telah tiada dan hampir keluar seterusnya proses mencuci rahim pada pukul 12 tghmalam semalam selesai dengan syukurnya.

tidak mengapalah jika ini dugaan dan ujian yang diberikan kepada ambe dan isteri mungkin kami belum bersedia untuk menerima kelahiran baru, mungkin nurwafa belum diberikan kasihsayang secukupnya. kita ini manusia yang hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.. 
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

Thursday, January 9, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Assalamualaikum member ambe semua.. wat nape pagi ni gok.. sembahyang dhuha dop lagi kalu dop pakat2 gi la dulu op... sesunggyuhnya dop rugi sikit pon op..

sempena tahun baru ni wase'an dop lambat lagi ambe nok ucap ork! semoga tahun ni kita tanam azam-azam yang mulia supaya kita lebih dekat dengan pencipta kita yakni Allah yang maha kuasa

Alhamdulillah dah masuk tahun ke 6 blog ambe ni menjengah alam cyber ni dan terima kasih juga member2 hok sudi baca menape hok ambe tulis n kongsi terima kasih deh belake..
Alhamdulillah juga bila search yangasuffian kat google terpampang

"Yangasuffian.blogspot.com it is ranked #20,418,061 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. Its seo score is 44.8%."

pada member-member hok brahi cuti atas nun ambe wi takwim tahun ni, pakat tengok a deh...
selamat tahun baru 2014....