klik?

Thursday, February 6, 2014

Home » ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3

ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3

3 Februari 2014
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kebahagian yang dipinjamkan ini kerana mengutuhkan tali kasih sayang kami suami isteri.. syukur usia perkahwinan yang baru menjangkau 3 tahun ini bahagia disamping isteri dan anak tersayang semoga Allah tidak memberi ujian besar buat kami sekeluarga.

buat isteri tersayang Yusnizawati terima kasih diatas kesabaranmu yang tinggi bersuamikan seorang insan yang tak seberapa ini, sesungguh tiada yang lain abang doakan semoga Ayang diberikan kesihatan yang baik serta tidak akan berkurangan kasih sayang abang pada ayang sedikitpun. jika dosamu seluas langit dan sedalam lautan tetap abang maafkan dan halalkan dan semoga Allah memberikan syurga tercantik diakhirat kelak.

kehadiran puteriku Nurwafa Adawiyyah menambah seri dan kegembiraan dalam hidup yang sementara ini dan semoga Allah jadikan anakku anak yang solehah dan berbakti pada agama dan ibubapa.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 3 
sayangku.....

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..