Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu
mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka
membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh
ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya ;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..