Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir
ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada
malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan.". Beliau juga
memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
KAEDAH AWAL BULAN RAMADHAN
MALAM LAILATUL QADAR
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari.. (lihat column di sebelah)
Ahad atau Rabu
Malam 29 Ramadhan
Isnin
Malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat
Malam 27 Ramadhan
Khamis
Malam 25 Ramadhan
Sabtu
Malam 23 Ramadhan
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas
mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"
Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al
Fathani, Rujuk Mukasurat 65
TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita
meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam
lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah
Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita
dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak
memilih umur, masa dan tempat. Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan
sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu
seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu
seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis
sawab
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..