klik?

Tuesday, December 31, 2013

SEMOGA AYAH PANJANG UMUR.... AMINN



Assalamualaikum....
diakhir tahun 2013 ini sempena tarikh kelahiran Ayahanda yang tersayang, anakmu mendoakan agar ayah sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik, panjag umur moga dapa menimang cucu yang seterusnya. terimakasih anak-anak ucapkan kerana ayah bersusah payah mencari rezki untuk disuapkan kepada 6 beradik ini. andai anak2 ayah ini punya rezki yang berlebihan akan kami cuba untuk menghantar ayoh n mok ke tanah suci Mekah insyaAllah...

SELAMAT HARI LAHIR 
semoga rezki terus murah diturunkan kepada Ayah

Wednesday, December 11, 2013

11/12/13 - sebuah peringatan yang dilupakan

Assalamualaikum..
hari ni 11/12/13 merupakan tarikh yang antara tercantik dalam sejarah, jika disebut tarikh ini apa yang pertama bermain di fikiran kalian?? semestinya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kan!!
Lupakah kita pada tarikh yang sama 20 tahun yang lepas dimana ketika itu usia aku menjangkau 10 tahun selepas dikejutkan runtuhnya kondo Highland Tower yang meragut banyak nyawa. setiap masa rancangan di TV digantikan dengan siaran usaha pencarian mangsa runtuhan tersebut.sedikit menjadi kesulitan pihak keselamatan dan bencana apabila kita tiada kemahiran yang secukupnya serta pertamakali berhadapan situasi seperti ini dimana Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir tela meminta kerjasama pihak luar dengan mengunakan kepakaran mereka serta dibantu oleh kontraktor-2 tempatan.

pembinaan bangunan disiapkan dan mendapat CF pada 1986 dan kemudianya diduduki.a
Akibat pembinaan dilereng bukit serta telah melanggar akta pemuliharaan alam sekitar 1960

keluarga mangsa yang terlibat telah mengemukankan saman terhadap Highland Properties Sdn. Bhd RM 31 juta hingga RM 35 Juta. kerana kegagalan mereka serta telah mengupah pelukis pelan yang tidak mempunyai kelayakan. kronologi peristiwa berikut boleh dibaca di:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-tragedi-highland-towers-1.229212

sebagai peringatan yang telah ditunjukkan manusia masih lagi tidak mempedulikannya serta kian rancak mendirikan rumah dan bagunan dilereng bukit serta meratakannya umpama menidakkan hak alam sekitar, adakah kita perlu menunggu peringatan seterusnya baru kita tersedar kembali. duhai orang-orang yang berkaitan janganlah mudah membenarkan mereka terus melukai tanah ini sewenangya kerana keuntungan berlipat ganda dan melupakan peringatannya..
selamat 11/12/13..

Thursday, December 5, 2013

GORES DAN MENANG: warga Emas Melayu menjadi mangsa


 Assalamualaikum...
semoga pagi nan  indah ini kite pakat bersabar dengan ujian Allah

pernah dengar gores dan menang?, pernah anda didatangi orang2 yang menyatakan anda bertuah? atau andah pernah terkena hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

pernahkah kita terfikir kenapa dan bagaimana kita boleh terjebak dan terpedaya dengan sindiket ini yang sekarang pemiliknya sedang besenang lenang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit daripada orang ramai khususnya warga emas terutama orang melayu. dan dimanakan keberkesanan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak berwajib seperti PDRM, KPDNKK, TRIBUNAL PENGGUNA, SSM dan sebagainya.

setelah pelbagai aduan diterima pihak KPDNKK telah melakukan banyak tangkapan terhadap individu tersebut dan berjanji akan mendakwa mereka dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 menerusi Seksyen 20 (B), iaitu denda minimun sehingga RM250,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan akan mendakwa mereka yang tebabit dengan setiap aduan yang diterima.

contohnya, di Terengganu bebaru ini lebih 80 aduan yang diterima oleh pihak Tribunal pengguna yang melibatkan hampir setengah juta ringgit dan apabila aduan dibuat, pihak KPDNKK telah melakukan serbuan dan tangkapan ke premis tersebut dan berjaya menangkap 6 orang pekerja majoriti berbangsa cina serta telah merampas bahan bukti seperti Tilam Jade, kad gores dan kereta Toyota Almeera.
akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 23 Oktober 2013 M/S18


Tetapi yang menjadi persoalanya bagaimanakah mereka masih lagi beroperasi seperti biasa selepas dua hari ditangkap dan apabila TRIBUNAL di hubungu dan ditanya mereka hanya menjawab mereka telah dibebaskan atas sebab mempunyai lesen perniagaan sekaligus menjadi tanda tanya mengapa dan bagaimana mereka boleh terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Patutlah bila ditanya mengenai kes yang sama pada tahun yang sebelumnya masih lagi belum selesai.

sedikit informasi tentang kes ini.

nama syarikat: 
GOLDEN EAST COAST MARKETING
Lot 2858, Tingkat 1,
Jalan Bukit Kecil, 
21100 Kuala Terengganu
(Premis yang disewa hanya perlu tukar nama syarikat)

Pemilik:
TEO CHEE LAM
881127-23-5169
perniagaan berstatus
wholesale of electrical and electronics goods
(pihak berkuasa boleh menyemak di JPN sepatutnya)

Modus operandi
1. Mendekati warga emas dan menawarkan cabutan bertuah pasti menang kereta, pakaej Haji dan wang tunai.
2.Menggunakan psikologi memujuk dan memperdaya sekaligus membawa mangsa ke pejabat menggunakan kereta mangsa.
3.Memujuk mangsa mengeluarkan duit dari bank sediada ataupn tabung Haji @ mengadaikan gelang dan rantai. bernilai lebih RM 10,000.00
4. Berjanji tidak akan mengambil duit tetapi hanya mahukan no. siri wang.
5. Memastikan mangsa menandatangani syarat penyertaan.
6. Selepas tandatangan duit akan diambil serta menyerahkan tilam urut sebagai hadiah cabutan bertuah.

Tindakan
1.Membuat aduan di Tribunal Pengguna secepat mungkin. serta membuat aduan polis.
2.Pihak tribunal akan memberi borang aduan serta perlu hantar satu salinan kepada penentang.
3.Tarikh perbicaraan akan diberikan.

Permasalahan yang timbul

Tindakan Pihak Polis
Tiada tindakan tegas dan cepat dari pihak polis apabila aduan orang ramai dibuat. pihak polis hanya menyatakan yang mereka tiada kuasa terhadap kegiatan mereka sedangkan:

Dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan, pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap penipu ini :-

"Barangsiapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya  orang yang terpedaya itu sama ada atau tidak penipuan yang dipraktikkan adalah satu-satunya dorongan atau dorongan utama supaya menyerahkan apa2 harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeterai, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda"



Tindakan Tribunal Pengguna

menurut antara  Objektif Tribunal Pengguna adalah
  1. Memahami Hakikat Ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Telah Ditubuhkan Bagi Menyediakan Satu Saluran Atau Kemudahan Alternatif Kepada Seorang Pengguna Untuk Menuntut Gantirugi Dan Pampasan Daripada Seorang Pembekal Atau Pengilang Dengan Cara Mudah, Murah Dan Cepat.
Tetapi pada peringkat menerima aduan pihak tribunal awal-awal lagi menyatakan yang kes tersebut amat sukar untuk diselesaikan dan dianggarkan lebih 400 aduan tahun sebelumnya masih lgi dalam siasatan. mereka juga menyarankan agar menggunakan tindakan sendirian untuk mendapatkan semula wang tersebut termasuk menggunakan khidmat gangster.
Amat mengecewakan dan memalukan apabila satu organisasi yang telah dipertanggunjawabkan membela nasib pengguna boleh mengeluarkan status yang begini. bila diajukan kepada Tribunal pengguna Malaysia mereka hanya memaklumkan meraka masih baru.
Tambahan pula tarikh perbicaraan seolah-olah memberikan masa untuk mereka melarikan diri atu berpindah ketempat yang lain.
Pihak Mahkamah seperti lepas tangan dan mengelarkan mangsa yang terkena sebagi TAMAK dan seolah-olah tidak tahu berfikir. benar pihak mahkamah telah memberikan Award kepada mangsa tetapi tidak menjamin pihak penentang akan membayar award tersebut. seolah-olah tindakan terhenti dan berakhir begitu sahaja seterusnya melenyapkan harapan mangsa yang terkena. sedangkan:

Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-Mana Pihak Yang Gagal Mematuhi Award Selepas 14 Hari Dari Tarikh Award Dibuat Oleh Tribunal Adalah Melakukan Suatu Kesalahan Jenayah Dan Jika Disabitkan Bolehlah :-
A)  Didenda Tidak Melebihi RM5,000.00 Atau Penjara Selama Tempoh Tidak Melebihi Dua Tahun Atau  Kedua-Duanya;
B) Jika Kesalahan Itu Berterusan Pesalah Boleh, Sebagai Tambahan Kepada Penalti Di Atas, Didenda Tidak Melebihi RM1,000.00 Bagi Setiap Hari Atau Sebahagian Hari Selama Mana Kesalahan Itu Berterusan Selepas Sabitan.

Tindakan KPDNKK

Apakah tiada tindakan khas boleh dikenakan kepada individu terbabit seperti mereka mempunyai kuasa dan perlindungan dari pihak "tertentu"menyebabkan mereka terus melakukan aktiviti mengaut untung berjuta ringgit. adakah tiada undang-undang yang boleh mendakwa mereka sehinggakan mereka gagal dikesan dan diambil tindakan atau kerana mangsa yang teraniaya terdiri daripada kalangan rakyat biasa dan bodoh?.
Mohon Ambil Perhatian.

adakah perlu untuk kami rakyat biasa membuat tindakan seperti ini?

Wednesday, December 4, 2013

PerTukaran Guru 2014: sabarlah anakku Nurwafa Adawiyyah


permohonan kali ke 12 sama seperti tahun-tahun yang lepas, seperti pengorbanan selama ini tidak pernah dipandang oleh orang-orang itu, kalau dulu tidak terasa jika tidak diluluskan demi mendidik anak bangsa, tetapi kini isteri terpaksa meninggalkan anak kesayangan tanpa kasih sayang seorang ibu yang secukupnya.

Ya Allah jika ini ketentuan dari Mu, Kau tetapkanlah hati kami, Kau tingkatkan kesabaran kami agar kami terdaya mengharungi ujian ini seredhanya.

tetapi Ya Allah jika ini perbuatan dari hambamu yang zalim mengkhianati kami dan memisahkan kami tanpa belas Kau berilah mereka peringatan agar mereka faham dan mengerti erti hidup dan kesenangan yang Engkau berikan.

Aminnn....

Tuesday, December 3, 2013

SABASUN.. usahawan melayu yang tertindas


assalamualaikum..
pagi yang sentiasa indah walaupun ditemani hujan lebat takkala musimnya tiba
kalau ambe dok kije hari ni, harus ambe ajak istri dan anak ke sabasun mencari barang dapur dan keperluan mana tidaknya barang disana berpatutan dan murah, sudah menjadi tabiat mencari barang murah tetapi berkualiti. entahlah jika ambe bandingkan dengan Mydin, Giant, Hook Kee Seng, The Store, Astaka dan lain-lain ambe lebih memilih untuk berurusan dengan SABASUN, 

buat sahabat yang tidak mengenali pasaraya SABASUN yang beroperasi di Bukit Kecil kuala Terengganu di miliki oleh usahawan melayu dimana pekerjanya 100% anak-anak melayu serta dengan kerasnya memboikot produk keluaran Israel Latnatullah. Tutut menyediakan Parking percuma bagi kegunaan pelanggan. paling best boleh timbang berat tanpa dikenakan bayaran hehehe

SABASUN sekali lagi melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah lagi cawangannya di Wakaf Tembesu walau bagaimanapon sekali lagi pihak Giant turut membuka cawanganya selepas kejayaan Sabasun serta menanti kewujudan Mydin terbesar di Wakaf Tembesu berhampiran dengan Sabasun tetapi pemilik Sabasun hanya berkata "Rezki itu milik Allah"

tetapi desas desus beberapa hari lalu merungsing ambe, apakah benar pihak kerajaan negeri Terengganu akan menutup pasaraya tersebut atas alasan tidak akan disambung permit perniagaan dan Sabasun 2 di wakaf tembesu akan diambil semula dan akan dibangunkan oleh orang asing..
jika benar.. tiadakah kuasa yang mampu menghalang agenda yang menindas bangsa ku yang kian lemah ini, dimanakah slogan membantu melayu yang selama ini di banggakan

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU YANG DIZALIMI INI...

p/s: duhai sahabatku semua jangan la kita mengadaikan maruah bangsa kita kerana fahaman politikus semata-mata

Monday, December 2, 2013

Johan pertandingan jatuh piring Uitm 2013


Alahamdulillah.. pada hari khamis minggu lepas, ambe antara 8 orang staf UiTM K.Terengganu dengan sukarela menghadiri seminar latihan menembak, asalnya bergerak pada pukul 7pgi tapi lewat disebabkan seorang sahabat "miss comunication" dengan pihak pengurusan dan sampai pada pkul 8.45pg

setelah mendengar arahan daripada mejar ustad zaid sesi memanas badan bermula apabila kami dibahagikan kepada 8 kumpulan diserta Rektor UiTM Terengganu. setiap peserta diberikan 5 butir peluru dan menembak piring sejauh 100meter, malang semua bidikan tidak mengena sasaran.. cheh!!!

terpikir gak ambe pasal pertandingn ni kalah mati, dh la mende ni susah nak rase haa.. so aku nekad nak mnembah sehebat mungkin. start giliran awok ambe, alhamdulillah ambe berjaya jatuhkan 3 piring manakala member lain berjaya jatuhkan juga dan memenangi pusingan tersebut. pusingan separuh akhir kami berjaya mengalahkan pasukan faberet hahah.. dan apabila sampai pusingan akhir kami berlawan dengn salah seorang ahli kumpulan dari angkatan navy Alhamdulillah mungkin kali ini rezki berpihak pada kami haha terkedu seketika melihat pingat yang disarungkan di leher mungkin rezki Nur Wafa
Alhamdulillah..

p/s: sepeti tahun lepas-lepas group ambe memenangi tempat kedua painball walaupon hanya ambe dan mmber aambe bekerja keras sedangkan 3 orng lagi penakut hahaha tambahan kali pertama mengenali paintball...

Tuesday, November 12, 2013

Doa DarI Isteri Buat suAMi


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ
 Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekinya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurnikanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah pria untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku mengharungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.
Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumla aku didunia tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingn-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah..
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapai segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padamu Ya Allah
Ku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi
Isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang disolehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku

Amin Ya Robbal Alamin







Sunday, November 10, 2013

SeLAmaT HaRI LAhir PermaISUri HAtiKU


Buat isteri tersayang abang ucapkan Selamat hari lahir,
walaupun jauh dinegeri orang sudah bertahun, abang harap tahun ini Allah akan mengabulkan doa kita supaya permohonan pertukaran diluluskan supaya ia menjadi satu hadiah paling berharga tahun ini

semoga Syg dipanjangkan umur sertah dilimpahkan rezki dan dianugerahkan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar serta ujian dari Allah Taala..

buat sahabat-2 doakan buat isteri saya agar pertukaran tahun ini dipermudahkan dan dapat balik ke kuala terengganu.. aminnn

Monday, November 4, 2013

Keluhan SPPBS

CATATAN HARI MINGGU: KELUHAN PARA GURU
pandangan Prof Muhammad Agus yusoff

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula. Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga. Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan olehKementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan. Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya. 

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah. Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini. Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini? Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik: (i) untuk menilai potensi murid, (ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan (iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa. 

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah

Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod. Aduh!!!

Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain. Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai. 

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang? Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan? 

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya? Siapakah yang membangunkan sistem ini? Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru? Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD. Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan. Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain. 

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan. Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita. Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching.’ Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna. Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

apa pandangan guru???

Thursday, October 24, 2013

berpesan la kita


Empat perkara menguatkan badan
>1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
Sharing is Caring
"Sebarkanlah kamu walau sepotong ayat" - maksud hadis

Sunday, September 8, 2013

SURAT KEIZINAN SUAMI

kepada sape2 yg tgh duk cari surat keizinan suami bolehla wat contoh ye.. sekian



Mohd Nadib Bin Ali,
856-K Kg Putra Berjaya,
82300 Kuala Lumpur, .

 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN            5 September 2013

 Tuan,

 PENGESAHAN MENGIZINKAN BERTUKAR MENGIKUT SUAMI 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Saya MOHD NADIB BIN ALI, no kad pengenalan 750631-13-6875 suami kepada ROSNAH BINTI MASDOR, no kad pengenalan 781222-14-6892 mengizinkan isteri saya bertukar tempat bertugas mengikut suami.

 3.     Perhatian dari pihak Tuan dalam hal ini sangat dihargai. Sekian, terima kasih. 


Yang benar,

 …………………………
 (Mohd Nadib Bin Ali)





Tuesday, September 3, 2013

Minyak RON95 dan DIESEL naik 20 sen


Assalamualaikum..
salam minyak naik lagi..
terkejut sang hati mendengar kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen, pagi ni kecoh dalam FB tentang kenaikan yang membebankan ini, bukan pasal 20sen yang dibisingkan cuma disebabkan 20 sen ini kos sara hidup terus meningkat mendadak. apapun alasan dan bantahan diberikan harga tetap akan naik hakta minyak sudah turun harga barang tidak akan turun cuma terus menanti untuk naik lagi. tak hairanlah kalu bebaru ni banyak lori mnyak kelihatan kat stesen mnyak rupanya inilah salah satu punca stesen mnyak dipenuhi lori tersebut.
Duhai Kerajaan dapatkah kamu menjamin tiada kenaikan taraf hidup selepas kenaikan ini, dapatkah lagi kami membeli kuih seringgit 3 biji selepas ini... aduhhhh... aduhhh... dan aduhhh..



Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia:::

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Wednesday, July 31, 2013

Bagaimana mengatasi bayi kuning

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz kebanyakkan bahannya terkandung dalam QASEH.

 Sila baca yer..

 NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

 AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

 Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

 Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

 Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

 Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

 Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

 Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

 Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

 Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

 Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

 UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis) 2) Mengamalkan minum susu kambing

2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

 * Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

 BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan) Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian. Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian. InsyaALLAH Tohour. Wassalam.

Thursday, July 11, 2013

Moh kita pakat ramai-ramai ke Konvensyen Usahawan Muslim



assalamualaikum....

Rasulullah penah bersabda bahawa "sembilan daripada sepuluh bahagian rezki itu adalah dari perniagaan"

sekaligus menjadikan sesiapa ingin menjadikan perniagaan itu sebagai satu jalan rezki, hatta sekalipon jika sudah punya kerja tetap mahu juga mencuba. Ditambah lagi dengan kemudahan seperti Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya memudahkan lagi urusan pengilanan dan penjualan produk dan barangan. 

pada 7 September 2013 satu Konvensyen Usahawan Muslim akan diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bermula Jam 9 pagi hingga 6 petang.

turut dimeriahkan oleh

CEO Kumpulan Media Karangkraf Dato' Husammudin Yaacob 
Pengarah Urusan Al-Iksan Sport Sdn. Bhd Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan
Pengarah Urusan Mydin Holding Sdn. Bhd Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin
Mentor Jutawan Senyap Dato' Dr. Rusly Abdullah dan 
Penceramah Bebas Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

manakala harga tiket juga di Jual dengan harga 1orang RM150, 2 orang RM250, 3 orang RM300 dan jika 10 orang cuma RM1000 sahaja serta dibenarkan seorang lagi rakan secara percuma. dan yang lebih best lagi makan dan minum disediakan hahaha
apa tunggu lagi.. jika nak maklumat lebih lanjut sila layari


"BISNES SEBAGAI FARDU KIFAYAH"



Monday, July 1, 2013

MONSTER UNIVERSITY 2013


assalamualaikum...
 ingat tak dolu ade cite Monster Inc ala kisah monster yang selalu kacau bebudak kecik tido malam2 tu tenaga jeritan budak tu digunakan sebagai tenaga di alam mereka ingat tak??

hari jumaat lepas gak aku ngn isteri aku luangkan sedikit masa nonton wayang citer Monster University permulaan cite monster inc meh aku preview sikit

mengisahkan Mike Wazowski (hijau mata satu) teringin menjadi pengerun iaitu sebuah pekerjaan paling power kat alam mereka sejak dari kecil kemudian meneruskan pelajaran dalam kos Gerun ni di Monster University, tetapi disebabkan watak dia ni tak menakutkan langsung dia diperli oleh rakan2 yg lain termasuk Sullivan (yang bebulu biru tu) anak pengerun yang malas dan sombong dan disebabkan kecuaian mereka telah menyebabkan tabung tenaga sejarah dekan mereka iaitu Dean Hardscable (macam lipan) rosak mereka di buang dari kos tersebut.
mereka berdua bergabung bersama kumpulan OK Ozma Kappa dianggotai ahli yang telah dibuang dari kos tersebut sebab tak menakutkan langsung telah menjadi johan kumpulan paling menakutkan di universiti mereka menerusi pelawanan paling menakutkan.
disebabkan mereka melalui peristiwa besar yang menakutkan mereka telah dikeluarkan dri universiti mereka dam memulakan tugas sebagai pengirim surat di monster Inc dan akhirnya menjadi oereng kuat di Monster inc... bes jugak wo.. gelak sakan haa.. tgok neh...

Man Of Steel 2013


MAN OF STEEL 

sebuah lagi Filem superman ditayangkan dan aku baru tegok hari jumaat lepas kat Jusco Tebrau.
masa aku tgok preview pon dah gembak gile ditambah plk dengan kutipan beratus juta buat aku tringin gile nk tgok. kalum sebelum ni filem the return of superman menceritakan kisah superman melawan lex luthor menggunakan kelemahan superman iaitu kryptonite filem kali ini lebih berkisahkan permulaan bagaimana Kal-El dihantar kebumi dan diberi nama bumi clark kent yang mencari siapa dirinya yang sebenar sehinggalah menemui kapal angkasa bapanya dia menjadi superman dan menentang Jeneral Zod dan pergaduhan mereka menyebabkan kehancuran banda yang gila-gila. keasyikan melihat pertarungan hebat dan keterujaan terhadap filem superman kali ini.

bagi sesapa yang beleum sempat tgok tunggulah dvd yang akan menyusul pasti membuat anda tak senang duduk... tgoklah nanti hahaha