klik?

Sunday, April 21, 2013

Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Assalamualaikum sahabat semua..

 Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda bersa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan: 

 Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun boleh. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus. Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

 Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusen.Relaks.

 Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Boleh aplikasikan teknik Hypnobirthing.

 Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

 Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu.


Monday, April 15, 2013

psikologi nak anak sembahyang


TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT 
♥♥♥ Kredit to ~Medan Telekung.

 Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

 Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar dibawah : 

 1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

 2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan. 

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

 4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

 5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

 Kesimpulannya : Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

OBLIVIUM 2013..


assalamualaikum...
semalam.. 14 april 2013 tiket pukul 4.20pm lepas mem'bahang' KFC korea 
ambe gi tengok cite ni ngan istri ambe..

bagi ambela.. cite ni best gok lagi2 ngan lakonan Tom Cruise yang amat mantatap tu haa..n ambe katogorikan muvie ni sebagai muvie pemikir haha.. sukoati ambe laa neh..

bagi yang terasa tak bebaloi nak tgok kat panggung meh ambe cite cikit ea..

Pada Tahun 2017 bumi telah berperang dengan makluk asing dan bumi telah memenangi perang tersebut dengan menggunakan senjata nuklear, atas sebab berikut telah menyebabkan keadaan muka bumi yang tidak dapat dihuni lagi olah manusia dan dipindahkan ke TITAN sebuah tempat baru untuk dihuni.

kisah dia bermula apabila Jack Haper yang sering bermimpi bertemu seorang wanita yang tidak dikenali tetapi merasakan begitu rapat denganya. atas sebab Jack pernah dicuci ingatan bagi melaksannakan misi membersih saki baki makluk asing @pemangsa yang berada di muka bumi sebelum bertolak ke TITAN bersama pasangannya.

seperti biasa Jack akan membuat rondaan dan membaiki TRON (sebuah jentera pemusnah yang di program membunuh saki baki pemangsa) yang telah rosak atau ditembak manakala pasangannya memantau dari atas.

Jack juga dilarang menghampiri kawasan reaction yang akan menyebabkan kebakaran serta-merta hinggal suatu hari ketika bertugas sebuah objek jatuh dari langit dan membuatkan Jack didorong perasaan ingin tahu dan akhirnya pergi ketempat berikut walaupun dihalang sekerasnya oleh ibu pejabat dan mendapati sebuah kapal angkasa manusia yang lama dan terdapat beberapa manusia didalam bekas penyejukan dan salah satu daripadanya wanita yang sering dimimpikan dan dibawa balik ke tempatnya setelah yang lain dimusnahkan oleh TRON tanpa sebarang sebab.

demi menyelamatkan sebuah peti rakaman jack dan wanita tersebut kembali ke tempat terhempas dan ditangkap oleh pemangsa iaitu kaum manusia yang selama ini menjadi mangsa tron.

nak tahu lagi?? kene tgok la boh.. pasal cite ni nak suruh kita pikir kenapa n mengapa.. bes sikit kalu yang kita pikir tu betul ngn ending dia..

jangan lupa tengok ea... hahahaha

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar)

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.

 Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

 Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.  Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

 Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.

 Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

 Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

 Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan? Jawab Malaikat "Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya.... Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, "Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian" Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?" Malaikat menunjukkan mereka itu.

 Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua. Apa yang disesalkan:

 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

 2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

 3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

 4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

 5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

 6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

 7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

 8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

 9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

 10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian. Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. 

Ambillah iktibar dari kisah ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

 Selalulah memberi. ♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥ insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua —

 Dipetik dari page Ustaz Nasir: https://www.facebook.com/ustaznasir

Tuesday, April 9, 2013

Antara KesiLaPAn MenDIDik aNAk

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith)
 1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa ♥ Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) ♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

 2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

 3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

 5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

 8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

 9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

 10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

 12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

 13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

 14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

 15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Hamirul Farid dari johor aka member poli


Assalamualaikum...

hari ahad 7 april 2013 lebih kurang pukul 10 malam..

hampir sepuluh tahun selepas tamat pengajian kat Politeknik Dungun Terengganu 2004 dan kali terakhir ambe berjumpa sahabat dari tanah Johor ini  semasa berkerja di Kuala lumpur tidak lama dulu. malam itu ambe, joe dan kimi mengatur pertemuan kembali berjumpa sahabat lama 'Hamirul Farid' @ Ijat di bawah jambatan kuala Ibai sambil menikmati sotong celup tepung. Usop tepuh tidak dapat hadir kerana menjaga ayah beliau yang tidak berapa sihat begitu juga 'king' yang sedang berbulan madu di Cameron Highland.

pertemuan beberapa jam ini menyingkap kenangan lama ketika pernah bersama di Politeknik dulu, riuh suasana kedai dek kerana kami yang ketawa besar pabila mengingatkan kembali kenangan lama.. kebetulan ijat sedang menemani isteri di kula terengganu kerana menghadiri kursus dimanfaatkan dengan berjumpa sahabat lama.

terima kasih buat joe yang hadir bersama anak sulungnya dan kimi kerna meraikan sahabat lama inshaAllah jika ada kesempatan lain moga dipermudahkan lagi hendaknya

Sudah 30 Tahun.....

Allahamdulillah...

pagi ni Ambe masih lagi diberi pinjaman nyawa dari yang maha Esa..
9April 2013 genap usia ambe ni 30 tahun...
trima kasih kat Isteri tercinta "Yusnizawati Mohamad Yacob" yang semata-mata berjaga hingga minit pertama 9 april 2013 untuk menjadi insan pertama mengucapkan hepi besdy kat suami yang ntah apapa ntah ni, trima kasih kerana sudi menjadi peneman hidup semoga kasih sayan kita berkekalan hingga ke Syurga Allah inshaAllah...

kepada anakanda "Wafa" yang comel, maafkan ayah kerna membiarkan anakanda berjauhan dengan bonda tersayang, siapa yang tidak sayu melihat anak menangis seperti faham akan ditinggalkan, Ayah akan coba untuk memberi kasih sayang kepada anakanda wafa sebaiknya..

buat Bonda "Zaharah Musa" selamat hari melahirkan.. terima kasih kerana melahir dan membesarkan anak ini semoga Allah mengurniakan bonda Syurga terbaik untuk bonda dan Ayahanda disana kelak..

"Bismillahirahmanirahim..
Ya Allah ya tuhanku
jadikanlah daku hambamu, anak, suami, ayah yang beriman kepada mu, yang bertanggungjawab, yang bertakwa, yang tidak sombong, yang tidak kedekut, yang tidak bersangka buruk.
kurniakanlah padaku rahmat mu semoga aku menjadi hambamu yang baik, yang menjaga akhlak, yang menjaga keturunanku, yang ikhlas, jujur dan berhati murni untuk aku lalui liku hidup didunia mu ini Ya Allah"

Thursday, April 4, 2013

Kepala Gas USG... menipu lagi...

Assalamualaikum...

lame bebenorr ha ambe dop meng'update' blog ambe nin op..
kali ni ada benda baru plop nok kabo wi kat semua neh...

dulu ambe ada post pasal barang dapur AMG Italy tu sekarang port yang sama barang je jenama lain KENZO kalau ambe dop silap.. so berhati-hati....

(yang ni dijual dirumah mak sedara ambe RM370)
(jual umah ambe, model yang sama cuma tiada meter RM208-hose free pelanggan ke 4"ciss")

sekarang ni dah ada taktik menipu lagi
tolong pesan kat mak n isteri.... HATI-HATI...
sasaran dia ialah surirumah @ mak-mak kita yang sentiasa duk kat rumah
masa kerja dorang ialah time semua suami, anak2 gi kerja
Modus operandi suruh budak melayu datang rumah minta kebenaran nak check kepala gas kemudian kata yang kepala gas kita bahaya walaupun ada cop sirim kemudian promote kepala gas USG buatan italy dengan harga beratus...
*ambe=saya
Cite dia Camni..
26 mac 2013 bebaru ni (time hari bekerja)  mak ambe cakap ada bdk datang umah nk cek kepala gas pah tu test kepala gas mak ambe n dia kata ada kesan bahaya walaupon ada cop sirim.. kena plak budak tu pandai BODEK mak ambe suruh beli kepala gas tanpa meter dia dengan harga RM208 

ambe dop puas hati pahtu ambe ambik kotak barang n ada benda yang ambe curiga

1. tiada cop sirim
2. dalam reset takde barang yang dijual
3. waranty tiada cop syarikat
4. cop waranty 3 tahun tapi potong ngn pen tulis 1 tahun.
5. manual pengguna kepala gas lain.
6. tiada dalam laman web jenis barang tersebut.
7. banyak aduan berkenaan kepala gas UGS dalam intenet

ambe hantar sms kepada yang berkenaan
"sila kembalikan wang ibu saya atau saya akan buat report pengguna kerana menjual barang tiada kelulusan SIRIM"

kemudian supervisor UGS bangsa India mengaku sebagai Boy memberitahu yang kelulusan sirim ada pada pelekat dan dibawah kepala gas yg tulis MS1165.

ambe minta dia datang rumah ambe untuk bawa sijil kelulusan SIRIM jika apa yang dia kata benar

anda membuat panggilan kepada UGS NETWORK SERVICES dan bercakap dengan seseorang berbangsa cina dan dengan sombongnya dia kabo compeny dia dah sepuluh tahun buat jualan dari rumah kerumah dan bagi tahu harga yang berlainan dari harga yang dijual.

lebih kurang pukul 10.30 en.Boy datang kerumah ambe dan bagitahu sudah 20 tahun pula aktiviti tersebut di jalankan serta bagitahu sebab harga berlainan kerana ibu ambe merupakan orang ke empat dn menjual dengan harga lebih murah dari orng lain serta akan membuat service 6 bulan sekali. ambe mintak salinan surat Kelulusan antrabangsa dan ic beliau tetapi pihak UGS sekali lagi menyatakan yang dia tersilap bawak surat kelulusan dan mengambil balik salinan dan no ic. padahal malam tu ambe dah sms bawak sijil yang betul.. so pikirkanlah sendiri.

ambe membuat panggilan kepada SIRIM kuala terengganu dan bertanya berkenaan syarikat tersebut tentang    penjualan kepala gas UGS dan pihak sirim meminta ambe buat report di SIRIM untuk siasatan.

nak dijadikan cerita ambe pesan kat mertua ambe supaya berhati-hati dengan penjual ni tapi mertua ambe cakap dekat 10 tahun lepas dia dh kene n siap beli dah tpi tak boleh pakai hingga sekarang service yang dijanjikan 6 bulan sekali tidak pernah muncul.

walaupon segelintir orang kate benda ni remeh n berapa sen sangt kene tipu tapi ambe rasa tanggunjawab ambe untuk membongkar penipuan seperti inti dan mengekang daripada terus berlaku supaya mereka tahu orng melayu bukan bodoh dan mudah untuk diperkotakkan. ambe akan pastikan kompeni ni disiasat atas kejadian ini. 

tahukah kita sebenarnya perkara sebegini turut mengundang bahaya kepada keluarga kita.. datang ketika semua orang bekerja dan mak n istri kita bersendirian dirumah mungkin hanya meminta kebenaran untuk melihat kepala gas tapi jika punya niat tersirat bagaimana??

orang sekarng tidak seperti dahulu, siang hari pon berani buat onar apa lagi malam hari

ambe harapkan pihak berwajib dapat mengekang dan memantau kerja-kerja sebegini.. menjual tidak salah tapi menipu itu tetap salah apalagi mengguna bangsa aku sendiri untuk menipu...

andai merasakan aku tipu boleh menjengah sebentar link sahabat dibawah ini: