klik?

Tuesday, April 9, 2013

Home » Sudah 30 Tahun.....

Sudah 30 Tahun.....

Allahamdulillah...

pagi ni Ambe masih lagi diberi pinjaman nyawa dari yang maha Esa..
9April 2013 genap usia ambe ni 30 tahun...
trima kasih kat Isteri tercinta "Yusnizawati Mohamad Yacob" yang semata-mata berjaga hingga minit pertama 9 april 2013 untuk menjadi insan pertama mengucapkan hepi besdy kat suami yang ntah apapa ntah ni, trima kasih kerana sudi menjadi peneman hidup semoga kasih sayan kita berkekalan hingga ke Syurga Allah inshaAllah...

kepada anakanda "Wafa" yang comel, maafkan ayah kerna membiarkan anakanda berjauhan dengan bonda tersayang, siapa yang tidak sayu melihat anak menangis seperti faham akan ditinggalkan, Ayah akan coba untuk memberi kasih sayang kepada anakanda wafa sebaiknya..

buat Bonda "Zaharah Musa" selamat hari melahirkan.. terima kasih kerana melahir dan membesarkan anak ini semoga Allah mengurniakan bonda Syurga terbaik untuk bonda dan Ayahanda disana kelak..

"Bismillahirahmanirahim..
Ya Allah ya tuhanku
jadikanlah daku hambamu, anak, suami, ayah yang beriman kepada mu, yang bertanggungjawab, yang bertakwa, yang tidak sombong, yang tidak kedekut, yang tidak bersangka buruk.
kurniakanlah padaku rahmat mu semoga aku menjadi hambamu yang baik, yang menjaga akhlak, yang menjaga keturunanku, yang ikhlas, jujur dan berhati murni untuk aku lalui liku hidup didunia mu ini Ya Allah"

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..