Assalamualaikum...
hari ahad 7 april 2013 lebih kurang pukul 10 malam..
hampir sepuluh tahun selepas tamat pengajian kat Politeknik Dungun Terengganu 2004 dan kali terakhir ambe berjumpa sahabat dari tanah Johor ini semasa berkerja di Kuala lumpur tidak lama dulu. malam itu ambe, joe dan kimi mengatur pertemuan kembali berjumpa sahabat lama 'Hamirul Farid' @ Ijat di bawah jambatan kuala Ibai sambil menikmati sotong celup tepung. Usop tepuh tidak dapat hadir kerana menjaga ayah beliau yang tidak berapa sihat begitu juga 'king' yang sedang berbulan madu di Cameron Highland.
pertemuan beberapa jam ini menyingkap kenangan lama ketika pernah bersama di Politeknik dulu, riuh suasana kedai dek kerana kami yang ketawa besar pabila mengingatkan kembali kenangan lama.. kebetulan ijat sedang menemani isteri di kula terengganu kerana menghadiri kursus dimanfaatkan dengan berjumpa sahabat lama.
terima kasih buat joe yang hadir bersama anak sulungnya dan kimi kerna meraikan sahabat lama inshaAllah jika ada kesempatan lain moga dipermudahkan lagi hendaknya
No comments:
Post a Comment
bereh bohh! wi a komen se..