klik?

Monday, April 15, 2013

Home » psikologi nak anak sembahyang

psikologi nak anak sembahyang


TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT 
♥♥♥ Kredit to ~Medan Telekung.

 Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

 Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar dibawah : 

 1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

 2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan. 

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

 4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

 5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

 Kesimpulannya : Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..