Sunday, August 17, 2025
Tuesday, July 2, 2024
Tuesday, October 3, 2017

Monday, October 2, 2017
Sunday, October 1, 2017

Thursday, September 28, 2017
Wednesday, January 4, 2017
Friday, December 18, 2015
Mase 7hb dis Baru ni, tetiba mek (isteri) ambe tpn kt opus katenye kne GI check KT spital pasal masa check KT kenek krjaan dorang suh g spital sbb air ketubang kurang pattut LA jelas beno nmpk bby bgerk msa DLM perut ha.. So ambe ambik kluo online 3 jam, bilik dulu, mkan dlu , Baru anto KT spital..
Lepas cek mek ambe kne tahan slalu wlupn due lagi sminggu.. Brg2 mmg dah stnby DLM Kete bawak naik KT wad 2b kelas 2 mek ambe kan Cikgu... Pstu teman mek smpai petang..

Alhmdulillah dapay wad Baru.. Selesa, kul 7 blik mndi kejap kul 9 kang ambe dtg tgk blik tapi guard tkmo wi masuk plk kte TD bleh msuk pas isyak.. Tgh duk Wasap ngn mek tetiba mek kte rse cm nk beranak.. Meksi check jalan dah msuk 6çm.. Mek suh tggu KT labour room.. Hati dah gundah, DOA dn ayat suci mula meniti dibibir menunggu dipanggil masuk..

Lebih kurang kul 11 ambe dipnggil masuk lame beno mundar andir depan pintu.. Masuk2 tgok mek dalm kesakitan mntk urut belakang tak tahan sekali skala mtk bedah sbb skit Sgt.. Meksi plok buat rilek sbb kne tggu jalan buka krg2 7çm tggu lagi sejam..
Alhmdulillah.. Kul 12 suku kpala bby dah nmpak brula meksi bgi semangt KT mek ambe teran smbil curi nafas n akhirnya bby selamt keluor... Lepas steel azan paling merdu ambe kne halau tggu KT luo..
Tggu Pye tggu.. Kul 3.30 am bleh masuk wad blik.. Kul 4 blik umoh tdo kejap.. Sok nk mari ambik plak...
Terima kasih buat srmua yg mendoakan keselamatan amin...
Sunday, August 9, 2015
Tuesday, July 7, 2015
Thursday, April 30, 2015
Monday, April 13, 2015
Monday, February 9, 2015
Saturday, November 22, 2014
SAJAK NURKILAN A. SAMAD SAID
TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga Nepal pula menjadi JaGa,
orang Bangla yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
Saturday, November 1, 2014
Assalamualaikum...
Benarlah macm org sokmo sebut
"untuk mencipta sesuatu yang agung memerlukan masa yang amat panjang tetapi untuk memusnahkannya hanya perlukan masa satu hari sahaja"
Hari ini terbukti berlaku didepan mata ambe sendiri
Bos ambe..
Mohd nurussabah bin mat zaki, mula bertugas di UiTM kuala terengganu semasa pengambilalihan dari Kolej Yayasan Terengganu pada 2008 hingga ke oktober 2014. Bertungkus lumus sebagai seorang ketua jabatan memastikan bahagian pengurusan fasiliti BPF menjadi sebuah bahagian terbaik dari segala segi. Membantu UiTMKT menjulang namanya menjadi organisasi cemerlang diTerengganu.membantu pihak pengurusan
Tetapi malang...
Kerana dendam, kianat, tamak, irihati, tikam belakang, diputarbelit dia dibuang begitu saja tanpa dibuktikan kesalahan, tanpa pembelaan, tanpa diberi peluang. Akibatnya titik peluh yang dibina selama 7 tahun dimusnahkan tanpa pernah terlintas difikiran..
Bayangkan diawal penubuhan BPF UiTMKT tanpa rujukan penuh, bertatih dengan cara sendiri menjadikan uitm seperti rumah kedua kami hinggakan cuti tidak digunakan untuk 3 tahun pertama.
Semasa ambe mula masuk UiTMKT dialah insan yg menjadikan aku siapa sekrg bygkan daripada kosong hingga boleh menyediakn kertas kerja projek sendiri. Dialah juga yg backup kami supya tdk mnjadi mngsa dipergunakan.
YaAllah Ya Tuhan ku.. ampunkanlah dosa kami
Andai kami berada ti pihak yg benar kau tunjukkanlah kekuasaanmu terhadap orang yang telah menzalimi kami, andai kami benar2 salah ampunknlah dosa kami dan kami redho dgn ketentuan mu.. amin...
Semalam..30 oktober 2014 petemuan terakhir antara ambe, denan n bos saba.. walaupon kmi tetap berjumpa ia akn mnjadi satu kenanga berhrga dlm hdup kami bertiga bersatu walau dlm apa jua keadaan.. walaupon dlm keadaan syahdu bos tetap mmberi dorongn n tunjuk ajar semoga ikatan ini tetap utuh....
Mulai november bos saba akn mula berkhidmat di UiTM Bukit Besi semoga boh berjaya mmbuktikan siapa bos disana...
Selamat maju jaya bos...
Daripda anak didikmu...
Tuesday, October 28, 2014
'KARTINI' sebuah karya agung yang penah ambe baca n antara sumber inspirasi katun ambe kat muka bumi ni, ambe dh baca katun ni masa zaman psekolhan lagi n akibat duit yg tak brpa nk cukup nk bli majlah lanun tiap bulan banyak part yang aku miss.. smpai lani ambe dop tahu kesudahan cite dia.. sebelum ni kalu ada karnival buku kompen tak miss tye ada keluaran baru tak tapi mesti cakap dh tak kuar.. akhirnya.. kmarin smentara tggu nk tgok wayang cite dracula untold sempat gak kaki ni melangkah ke kedai buku Harris kat jusco tebrau n terjumpa buku ni walaupon dikeluokn dl saiz yg kecil tapi still tekkejut.. terus byo kt konter...
Monday, October 20, 2014
Assalamualaikum... tergaman bila bukak fb pg td kuar berkeping gambar wanita melayu bertudung pegang dan peluk anjing.. kebangangan apakah yg telah muncul memperbodohkan muslim2ku tercinta ini hinggalah terima whatsApp drpd seorg sahabat berbunyi...............
I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.
Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.
Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:
Hukum menyentuh anjing
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]
"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.
Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad '
Bertambah terkejut apabila kempen tersebut di anjurkan oleh manusia yg ber'BIN' sama seperti aku tersenyum dalam puluhan gambar dicarian google sambil ditemani ustaz yang dibawa khas oleh MAIS syabas MAIS kerana merestui kempen yang tidak berfaedah ini..
Jika bekesempatan cri saja video ustaz azhar idrus untuk keterangan tentang anjing..
Takut pulak lepas ni akan ada kempen peluk cium babi plak haa...
Sunday, August 10, 2014
dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.
leher
sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
beberapa sudut rumah anda.
nyamuk yang mati di dalam botol.
nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska,
Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .














