klik?

Sunday, January 29, 2012

Rahsia Khusyuk Dlam solat



Makna Bacaan Dalam Solat
=================

Allah Maha Besar

✿Doa Iftitah✿
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


✿Al-Fatihah✿
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


✿Bacaan ketika rukuk✿
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika bangun dari rukuk✿
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

✿Bacaan ketika iktidal✿
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

✿Bacaan ketika sujud✿
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika duduk di antara dua sujud✿
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

✿Bacaan ketika Tahiyat Awal✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


✿Bacaan ketika Tahiyat Akhir✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


✿Doa Qunut✿
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.


••► Sampaikan atau SHARE kepada orang lain, semoga semakin ramai yang faham makna bacaan dalam solatnya. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat ツツツ
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Tuesday, January 17, 2012

4 hari bergelar ayah..



assalamualaikum,,,
alhamdulillah setelah 4 hari anak sulungku 'NUR WAFA ADAWIYYAH' menjengah dunia ini baru hari ini anak ku dapat menghirup udara segar. 4 hari menghirup udara aircond bercampur bau-bau ubat tak dapat ku bayangkan perasaan anakku ketika itu, 4 hari ditahan sebab tertelan najis sebelum dilahirkan 14/01/2012 baru2 ini anakku terpaksa di malamkan disana.. dan hari ini betapa gembiranya takkala dapat mendukung, mendodoi, mengalungkan kalimah Allah ditelinga anak tersayang, meliha ayah dan mak serta ayah dan ma isteri riang menyambut kedatangan insan baru ini terasa begitu takjubnya keindahan kehidupan yang Allah pinjamkan kepada kami skeluarga.. syukur kepada nikmat yang Kau berikan ini Ya Allah.. Alhamdulillah....
Subhanallah melihatkan keadaan Nur Wafa Adawiyyah nyenyak tidur disusuli kenkadang suara rengekan yang sebentar, membuatkan hati ini terasa betapa besarnya kuasa Allah yang maha Esa... Ya Allah.. Ampunkanlah Dosa hamba semua ya Allah...


Saturday, January 14, 2012

LahiRNya PutERI suluNGku

Assalamualaikum.... hari ini 14 januari 2012 bersamaan 20 safar 1433 lahirnya putri sulungku pada pukul 7.30 pagi tadi seberat 2.81kg.
suasana bermla daripada sebelah pagi lingkungan pukul 4 pagisemalam bini aku kejutkan aku dari tidur sebab terasa basah dan pastu akutgoh darah dah kuo aku, isti n ma btolak ke hospital dlm pkul 4.15 pagi dan alhamdullialah jalan mmg lengang sebelah pagi buta nih.. sampai je lepas cik ngn dortor dh terbukak 2 cm hinggalah kul4 peg naik jadi 4 cm
sebab terlalu sakit bini aku tak dapat tido sakit sangat hinggalah kul 5 pagi dimasukkan dalam bilik bersalin sebab terbuka 5 cm lepas subuh aku masuk pasi dh 7 cm, kul 7 ah jadi 9cm... maka kul 7.30 istri aku melahirkan zuriat aku yang prtama.. sori.. cerita kali nih mcm tak bes sebab aku sakit kepala tak tido lagi nih... hahaha

gambar plak tkleh nak upload sebab anak aku masud wad, tetelan najis.. so besok br bleh letak....

Thursday, January 12, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera........

Mulakan hari ini dengan bismillahirrahmanirrahim dan senyuman yang ikhlas dari hati..bersyukur dgn rahmat Allah kerana masih dikurniakan kudrat utk terus menjadi khalifah di bumiNya..moga hari ini lebih baik dari semalam..apa pun dugaan yang bakal tiba hari ini terima lah dengan hati yang redha dan jadikanlah ia sebagai pembakar semangat untuk hari esok..Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. InsyaAllah..

Renungkanlah...
video

Wednesday, January 11, 2012

pESANAN BUAT WANITA




ASSALAMUALAIKUM....


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid
sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan
keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan
sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita
keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat.



3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari
kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian
Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan
bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan
menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat
amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...

Tuesday, January 10, 2012

kehebatan Halba



Assallamuallaikum,

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...

Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Foot Tips - Educational

assalamualaikum...
Teruskan berjalan, sahabatku .........

try tengok ni ......
Organ-organ badan anda mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki anda. Jika anda mengurut titik-titik ini, anda akan mencari kelegaan daripada sakit-sakit badan seperti yang anda lihat bahawa organ-organ pada kaki kanan dan kiri jantung di sebelah kiri.



Kali ini, organ-organ itu terletak di bahagian kaki mereka. Biasanya apa yang ditunjukkan sebagai titik dan tanda panah untuk menunjukkan organ mana yang bersambung dengannya. Ia sememangnya betul kerana saraf yang berkaitan dengan organ-organ ini berhenti di sini.
Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian akutekanan (Acupressure) atau buku-buku teks.

Tuhan telah mencipta badan kita dengan begitu baik tentang perkara ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan-mata tekanan dan dengan itu memastikan organ-organ ini diaktifkan pada setiap masa.

Jadi, terus berjalan ...... ia baik untuk anda.





Monday, January 9, 2012


assalamualaikum sahabat...
Masterchef malaysia semalam telah melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada masakan Ezani apabila menyediakan masakan yang menyelerakan sekaligus dinobatkan juara Masterchef malaysia yang pertama dan membawa pulang hadia berupa wang tunai sebanyak RM 100,000.00 dan sebuah trofi kemenangan serta bakal menerbitkan buku masakannya sendiri. perhh best tgok dorang masak der... aku yang depan tv pon bleh leleh-leleh tgk chef2 rasa masakan dorg.. walaupon abang wahidan tidak mampu menandingi kehebatan Ezani tapi beliau mampu membuktikan kepada seluruh warga Malaysia seorang tukang kebun masih berupaya untuk menjadikan diri lebih maju dalam segala bidang jika kita mempunyai keiginan dan semangat.. syabaas buat abg wahian..
Terimakasih juga buat Masterchef malaysia kerana menjadikan seluruh rakyat malysia akan berminat untuk memasak selepas ini hahaha
adiosss...


Sunday, January 8, 2012

Tazkirah pagi: Al Quran dan facebook


AL-QURAN & Facebook...


* Setiap hari ingat facebook tapi jarang² je ingat AL-QURAN.

* Setiap hari mengadap facebook tapi jarang² je mengadap AL-QURAN.

* Setiap hari ada masa untuk facebook tapi jarang² je ada masa untuk AL-QURAN.

PADAHAL...

>>> PENYELAMAT ketika di dalam kubur & di hari penghisaban kelak adalah AL-QURAN bukannya facebook.

Itulah aku & kamu sentiasa terlepas pandang tentang hal ini. Muhasabah diri...

اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة، آمين
Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan yang mendengar kebaikan lalu melaksanakannya dengan terbaik, amin

Pengajaran:

Ramai orang yang rasa tak bes tak tenteram tak senang duduk macam ade sesuatu yang tak kena atau orang kampung kata something wrong bila tiga pat hari tak bukak Pes Buk. Tambah lagi bila login jer teruja sangat tengok ada 99 notofication dan beratus ratus plak friend request. Tapi kan, berapa kerat sangat lah manusia yang rasa tak sedap hati tak seronok tak syiok tak gumbira dan rasa rindu sangat-sangat bila sehari tak bukak Holy Book The Quran? Tak mengaji sebulan pun hati tak de rasa apa biasanya..kan? Kita tahu benda tu cuma kadang2 terlepas pandang.Email ni pun sekadar untuk diri sendiri dan perkongsian bersama. Manusia dengan manusia perlukan kepada saling ingat memperingati..:)
Apapun semoga setiap tindakan kita Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kita. Insya ALLAH.


Saturday, January 7, 2012



header blog aku yang lama...

asalamulaikum.... bebaru ni aku sibukkan diri sikit blajar nak buat animasi blog header susah jgk rupanya nk buat menatang ni jenuh la jugak aku godek tenet nak blajar buat.. timbul dalam kepala nak buat pasal tertarik sangat tegok blog cik epal yang header dia tgh naik keter sambil bergerak2 tu pastu cari pya cari jumpala kat satu blog malaysia bgitau tutorial tapi sampai end buat dalam photoshop je dia tak bagitau plak camne nak masukkan dalam blog, kene cari lagi barulah jumpa kat satu blog ni dia bagi tau kene daftar photobucket dulu baru bleh copy URL dia hahaha so buat pya buat maka jadi lah yag atas tu.. yang lame jagn buang ade mmber blogger kita cakap simpan yang lama tu hahaha.. buat kenangan hahaha
k la adios... assalamualaikum...


Thursday, January 5, 2012

basikal tua



assalamualaikum sahabat

korang pernah tak naik basikal tua?? ala basikal yang toki @ atuk kita bawak kita gi jlan2 dulu.. mesti pernahkan, dulu mase kecik2 toki aku Hj. Yusuf b.Hj mohamad ketua kampung tualag manir dulu, merangkak imam masjid Tualang selalau bawak aku ngn abang aku jln2 pusing kg tualang bes wo...
masa skolah dulu toki aku bagi basikal dia kat aku pasal dia dah beli baru punya lagipon yang tu bukan rosak sangat pon, abang aku repair n tambah mane patut jadik le basikal baru balik aku guna sampailah aku sekolah menengah, walaupon orang kutuk aku kaw2 pasal pegi sekolah naik basikal tua tapi yang penting basikal tu laju macam basikal rasing hahaha...



animated header blog



aduiyaiii.. susoh bebenor nak buat header animasi ni hahaha



Tuesday, January 3, 2012

peta


SeKOlah DaTAng lAGi



Assalamualaikum sahabat semua...
hari ni 3 Jan 2012 maka bermulalah persekolahan pada tahun baru ini haha,
besenya pagi2 dop perlu aku nk kelam kabut naik muto pegi kije pasai jalan lengang tapi arini semua jalan dag setat jem pasal org berebut nak antar anok gi skoloh la nok gi kije la, semua jalan 'bolok' haha nasib bek la aku naik moto je celoh sana sikit, celoh sini sikit sapa gok kat tempat kije..
so buat member-member yang antar ank sekolah tgok la molek2 takut anok tu lari gi balik umah plok hahahahaha... Bini aku plok Alhamdulillah dop pyah nak gi skolah buat mase ni sebab nk menunggu ketibaan orang baru yg kalu ikut due date dia 18 jan ni harap-harap sahabat dapat mendoakan kesihatan anak dan istri ambe tu deh...
pape pon...!
Selamat sekolah tahun 2012

Sunday, January 1, 2012

selamat datang 2012



assalamualaikum shabat semua..
sekarang tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2011 dan menjemput 2012 datang untuk kita. semoga dengan berlalunya 2011 meninggalkan seribu kenangan yang manis ataupn pahit untuk kita jadikan pengajaran bersama. semoga kedatangan 2012 ini menjadikan kita seorang hamba yang lebih baik, lebih berilmu dan lebih beribadat kepadanya supaya kita tidak lupa padaNya.. igatlah berlalunya 2011 mendekatkan kita lagi pada seruan Illahi.. panjatkan kesyukuran kita padanya semoga Allah memberikan rahmat dan rezki yang melimpah ruah pada tahun ini InsyaAllah...