klik?

Sunday, November 25, 2012

REVoLUSi HenPOn HoK aMBe


Henpon Ericsson T10 ni asalnya milik Abang ambe masa dia
blajo kat politek dulu, mase tu dia dah beli henpon baru so hok ni
dia beri kat ambe, ambe pakai pon masa mula-mula
masuk Poli Dungun thun 2002, mase tu kedit mahal RM 60 sebulan
 mane tahan, nok mkn lagi nok beli ketas assg lagi.
so tepun ni ambe pakai time ambe ade duit je hehehe...

Nokia 3315

Ni henpon kedua ambe pakai, ambe beli masa nk masuk sem 4
Politek Dungun mase tu duit kije time cuti + duit simpan sikit2
 boleh la bergaya cikit best tepon ni ambe boleh buat wallpaper
 sendiri ph tu send kat  member2. phtu bleh main game ular.
ambe pakai smpailah amber buleh kijekat kolumpo tahun 2005 n
tepon ni ambe wi ke ayah ambe pakai plok.. 


NOKIA 3660

Masa ambe buleh gaji kedua kat kolumpo nun amber ajok membe
ambe gi beli henpon ni MINES, lame doh ambe berkenan kt tepon
 n mase kat poli lagi ambe tgok org pakai, tapi mase tu dop mampu
lagi, bagi ambe tepon ni best pasal skrin dia beso bapok bes 
kalu tgok gambo n berkaler haha bleh dgor mp3 skali.
malangnya henpon ni hilang kena curi kat masjid AS-SYAKIRIN
KLCC masa ambe t'tggl dalm jamban masjid baru sekejap je dah
ilang, sekali ngan beg duit, IC, lesen, Duit RM30 n sebuah Diari

NOKIA 3230

ni henpon ambe hok no 4, skrin beso, best dengor lagu,
main game, main sms, mmg sayang giler kat henpon ni amber
 guna  dari tahun 2005 hingga 2008 dan masih dalam keadaan
 amat baik  hinggalah satu petang masa balik kerja henpon ni
 jatuh di tengah jalan, dan ambe baru perasan keesokannya pulok,
 cari-cari mmg dop jupe doh.. bukan rezeki ambe gok haa...
 sedih gok posen gambo byok dalam tu huhuhu..

SONY ERICSSON W550i

henpon ni ambe beli ngan budok Indon hok ambe jaga tahun 2008
, RM100 je masa tu ambe masih ade lagi henpon hok atas tu
 tapi "agas" punya pasal ambe beli gok ngn yer, bolehla wat dengor
 lagu kala sunyi chewah masa hok atas tu jatuh nasib baik hok nin
 ade bleh gok wat talipon kalu dok susoh gok ambe.. yang sedihnya
 mase awal tahun 2011 tepon ni jatuh kendian terpisah 2 terus
tokleh guna langsung..abih tak bleh ambik gambar kat dalam tu huhu.....

W902

henpon ni ambe beli masa akhir tahun 2009, mase tu membe ambe
Saufi Idham ajok g beli barang kereta n barang komputer kat K.L
masa pusing kat Lowyatt tak pernah terpikir pon nok amik henpon
 ni. mase tgh tercari-cari tu terpandang henpon ni..
 macam2 memanggil-manggil. try la tye, kamera 5Mp, memory 8Gb,
 harga RM800.sesuatu yang dicari selama ini trus aku beli dengan
 duit yang aku ada kat bank hehe,skrin beso, sound best,
tgok vid bes, amik ambo best boleh dgor radio,
 main game best n byk lagi. ambe pakai sampaila sekarang 2012
dan masih elok cuma lepas 2 kali  baiki skrin rosak kamera tkleh guna,
 volume tkleh besarkan dan sedikit kerosakan kecil tapi tetap puashati
sebab boleh pakai sampai ke tahap ini miskipon buatan China.


HTC ONE X

Disebabkan tahun ini terlalu banyak henpon2 baru yang kuar
adalah smartphone. daripada pilihan Iphone, samsung Galaxy,
Sony Ericsson, Nokia dan HTC, ambe memilih untuk
 memiliki HTC ONE X disebabkan henpon ni ada ciri-ciri
spesial yang ambe nok, macam skrin beso, sound best,
memory beso, touch yang smooth, boleh ambik gambar n vid
pada mas yang sama dan application yang mudah untuk dipelajari
oleh sesiapa, keselesaan, nampak elligent dan simple hehe..
biarlah sekadar untuk merasa memiliki sebuah smartphone sendiri
walaupon memerlukan sebuah jangka masa yang agak lama untuk
 memiliki sedangkan orng lain telah jemu memilikinya.

Alhamdulillah atas rezki yang Allah pinjamkan ini dapat memudahkan
ambe mengambil gambar anak ambe Nur Wafa setiap detik harinya

sesungguhnya Entry kali ini bukanlah niat untuk bermegah atau riak atas sesuatu yang kita ketahui bukan lah milik kita yakni cuma pinjaman sahaja, sekadar menjadi sebuah penyimpan kenagan yang akan dibawa insha Allah pada masa tua. Alhamdulillah atas rezki yang dikurniakan sementara ini dan semoga Allah terus melimpahkan rezkinya kepada hamba-hambanya di dunia ini.

SelaMat DaTAng ANak SaudaRa BArU

assalamualaikum sahabatku semua
syukur Alhamdulillah keluarga Ayah dan Bonda semakin bertambah
dengan kehadiran Cahayamata Abang Sir dn Kak Salina yang kedua dan ketiga
yang dilahirkan kembar tidak seiras pada 21 november 2012 tepat pukul 9.30 melalui pembedahan.
walau bagaimanapon sikecil yang bakal digelar Muhammad Adam dibenarkan balik smentara
sikecil NurHawa Zulaika terpaksa ditahan buat sementara waktu kerana
di terdapat kesan2 penyakit kuning. insha Allah akan balik tak lama lagi
bertambahlah teman persekolahan NurWafa Adawiyyah.

inilah rupa cucu ayah dan bonda yang ke 4 dn ke 5


Wednesday, November 14, 2012

NurWafa AdaWIyyaH 10 Bulan

Assalamualaikum sahabat
Alhamdulillah syukur kpd Allah yang memberi nikmat dan rahmat
hari ini genap 10 bulan Anakanda Wafa hidup dibumi nyata ini
bertatih ke satu lagi tahap 
dari merangkak ke melangkah
agar kehidupan bertambah bahgia
dan terus mendapat rahmat dari Allah
semoga Terus Menjaga dan melindungi anakanda wafa
daripada kejahatan manusia, jin dan syaitan..

Monday, November 12, 2012

SeLamAt Menjadi Suami


SELAMAT PENGANTIN BARU

buat sahabat seperjuangan di UiTM kuala Terengganu
tarikh keramat 10 November 2012 (sama dengan besday bini aku)
semoga penyatuan dua hati ini berkekalan hingga ke syurga
berusahalah untuk menjadi suami yang terbaik
disamping menjadi anak dan menantu yang disayangi
dan bakal menjadi ayah yang mithali

andai dia menjadi Api, maka jadilah engkau Air yg menyejukkan
andai dia menjadi Garam, Maka jadilah engkau Gula 
andai dia menjadi Malam, jadilah engkau Siang

semoga kalian dirahmati Allah Yang maha Esa

SELAMAT PENGANTIN BARU
semoga berkekalan ke anak cucu

Sunday, November 11, 2012

SELAMAT HARI LAHIR ISTRIKU



assalamualaikum 

"ALLAH SELAMATKAN ISTRIKU..
ALLAH SELAMATKAN ISTRIKU...
ALLAH SELAMATKAN ISTRIKU YUSNIZA
ALLAH SELAMATKAN ISTRIKU.."
(sila nyanyi macam cite aji bakhil)

buat istri yusnizawati yacob
abang ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28
pada 10 November 2012
semoga dirahmati Allah sepanjang masa
semoga dipanjangkan umur
semoga dimurahkan rezki
terima kasih kerana menyayangi diri yang serba kekurangan ini
dan semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke syurga

terima kasih kerana menjadi istri, ibu dan menantu yang terbaik
dalam kamus hidup ini.

terima kasih untuk segalanya

Wednesday, October 24, 2012

KonvoKeSyen Adik YamiN

Assalamualaikum
 Alhamdulillah pada 21 Oktober 2012 bebaru ni Adik Ipar ambe menerima segulung ijazah di Universiti Teknologi Petronas di Perak, Ambe dan istri bertolak dari johor bahru ke KL untuk mengambil Merul dan bermalam di Rumah abg Lan kat Wangsa maju, Biarpon main sesat je lalu kut KL haa.. setahun skali gi KLmacmtu la gayanya 'dop sesat dop soh' kate org ganu,

pagi2 betolak ke Ipoh dekat Kota Botani, Adik Yamin sewa homstay kat sana.. sementara tu famili ambe ngn famili kat ita n yamin berangkat ke LOST WOLRD OF TAMBUN untuk main air.. basah bejerut wafa ambe rendamkan dia dalam air nasib baik dop deman je.. suka betul dia main air..

pagi besoknya berangkat ke UTP nak tgok Yamin Konvo, selesai semua kami berangkat ke KL sebab Istri Abnglan dah masuk sepital Nak bersalin.. sampai je KL Alhamdulillah kak ayiem selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.8 kg.. kendian baru tido umah abg lan...





 

WafA inGIn BErcAKap



10 TIP UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP

1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan
. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan

Sunday, October 14, 2012

PerTUkaRan GurU 2013

assalamualaikum

Minggu ini terkesan darpada proses pertukaran guru melibatkan Isteri tercinta membuatkan ambe tercetus idea daripada lambakan komik Troll berwajah lucu untuk menghasilkan komik semuka untuk tatapan rakan guru yang pernah menerima nasib yang sama ketika proses rayuan di KPM Putrajaya

Ambe mentejemahkan ke dalam FB eg-tukar pertukaran guru suka sama suka (https://www.facebook.com/groups/114234385271569/) ternyata apa yang diutarakan mendapat 'like' dan 'comment' yang memberansangkan tanda rasa setuju dari rakan guru walaupon sesetengahnya rakan ada yang berfikiran negatif.







ambe hasilkan komik ini adalah semata-mata hiburan dan sesetengahnya adalah pengalaman yang pernah ditempuhi dan di dengar dari rakan-2, dalam tempoh ini masih berbaki 6 hari untuk menerima keputusan dari rahmat Allah semoga memberi yang terbaik kepada hambanya..

Monday, September 24, 2012

anak ku sayang..

assalamualaikum... Kasihan Wafa...
malam tadi seperti ada sesuatu yang menganggu tidur Wafa
menangis sambil memejam matanya
tidak mahu tidur ditempatnya
tidak mahu tidur dalam dakapan ayah
tidak mahu tidur dalam buaian

maafkan ayah, Wafa..
ayah tidak tahu mana sakitmu
ayah tidak tahu mana gatal mu
ayah tidak tahu makna nangismu

mungkin rindu pada mama yang kejauhan
mungkin rindu pada senyuman mama
mungkin rindu pada dakapan mama

kasihan mama Wafa kejauhan
nasib masih belum ditangan
ujian Allah masih diberikan
hanya kesabaran diteruskan

doakan mama Wafa dipermudahkan urusan pertukaran.

Thursday, September 20, 2012

Perihal Sirat Mustaqim.





Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :




1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.


2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.




DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM




Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Tuesday, September 18, 2012

innocence of muslims

Assalamualaikum..

   sekali lagi dunia Islam dikejutkan dengan penyiaran filem 'innocence of muslims'yang secara terang-terangan menghina keperibadian Rasulullah yang dicintai seluaruh umat di dunia ini.
    sebuah filem bajet yang memaparkan kisah yang sama sekali tidak benar dan semata-mata bagi menghiris perasaan umat islam diseluruh dunia.
     Disebabkan tayangan dan telah diupload ke laman youtube mereka telah menyebabkan kematian duta Amerika di Libya, kesalahan yang berpunca daripada mereka yang tidak pernah berfikir tentang sensitiviti agama lain.

SteambOat di Pulayu DuyOng

assalamualaikum sahabat..

ni gambo terbaru Nur Wafa Adawiyyah, malam kemarin dengan murah hati istri ambe lame sangat dah mengidam nak pekena steamboat kat Pulau Duyung.. aku pon blum rasa lagi camne rase nya rupa2 nya semua bahan dorg sedia tinggal kita kene masak sendiri je pehhhh... bes jgk.. balik ni bleh la ajok adik dilla.. dia pon tgh cari pot katne nak cari steamboat nii...
      sonok sungguh tgok wafa kuo jejalan tapi dopleh bwk Wafa tgok air ujan rintik2.. pagi marin Wafa dah demam sampai malam tadi .. Alhamdulillah pagi tadi dah kurang..

masa ni, wafa pandai duk sendiri, tepok amai-amai, merangkak laju, naik tangga (ishhh)dan macam2 lagi...
doakan mama nurwafa dapat pindah tahun ni insyaAllah...

Thursday, September 13, 2012

Bersama kIta MenGIngTI

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

share pada rakan2

Wednesday, September 12, 2012

RayA 2012

Assalamualaikum... hahaha lambat sungguh ambe post gambo family ambe Raya thun nin, first raya buat NurWafa Adawiyyah, tahun ni beraya kat umah istri. sembahyang raya kat masjid Alor rekang, beraya umah sedara sebelah isteri n kendian amik gambar Famili. kat rumah keluarga isteri semua ada so meriah tahun ni, tengahhari beraya kat umah keluarga aku plak, lepas g raya umah toki barula ki start duk umah tunggu org datang beraya n tgok wafa.. time raya ni baru boleh tgok wafa hahaha... raya nin adalah raya untuk wafa.. bayak giler bleh duit raya hahaha...

Sunday, September 9, 2012

Kini Hanya Tinggal Ayah dan Bonda

assalamualaikum...
lama betul dop update blog ambe nin... dop dan nok wat gane..
ari ni nak  kabo pasal family aku sikit laa
malam tadi aku, mok, ayah gi antor kerol naik bas nak masuk blajo balik haa dah 2 bulan lebih duk cuti kat umah tu.
Lenin.. macam yang mok aku bayangkan dulu, masa kami kecil-kecil, sama2 main depan tv adik beradik mok membayangkan bila besar nanti masing2 berkeluarga dan belajar akan tinggal mok ngn ayah menghuni rumah kami.. sebelum nin adik noyah belum start belajar lagi dapatlah teman mok masa sunyi, adik pon lenin bz sikit nagn persatuan kekadang kesian dengor rintihan mok mane anak2 dop talipon bertanya kabo. bila masing2 punya kehidupan bermacam perlu difikirkan, bermacam perlu diuruskan.
abang sir dengan famili dia kat dungun, nomah di johor, dila di cheras, kerol di perlis, dik di poli dungun...
kini seperti yang dibayangkan bermula era kesunyian dirumah aku, hanya tinggal mok ngn ayah dirumah tunggu cuti untuk kembali riuh...

sekarang tugas aku berulang alik dari rumah mok aku ke rumah metua aku, istri aku masih belum berezki, belum dimakbulkan Allah untuk bersama aku di tanah terengganu ini, anak masih dijaga ibu mertua di kg. kesum tak mampu aku membalas budi ibu mertuaku kerana sanggup menjaga Nur Wafa Adawiyyah. tak sanggup lagi nk menyusahkan ibu mertua aku. sebab itula aku sekarang lepas balik kerja aku luangkan sedikit masa dirumah mok aku, lepas magrib aku akan balik ke rumah mertua menjaga Nurwafa hingga tidur malam nya.
kepada isteriku tersayang terima kasih kerana terus memahami keadaan ini, terus bersabar dengan dugaan ini semoga Allah permudahkan urusan kita untuk hidup bersama selamanya.. amim

Thursday, August 9, 2012

AMG Italy, Roset Germany, KITZ!#@% bahagian 2

hahaha... disbabkan aku dah kene tipu.. aku dah nekad aku dop akan biarkan duit aku macm dibawa angin..

aku search dalam tenet isi online aduan KPDNKK seterunya cari alamat KPDNKK Johorbahru pasal sok aku nak gi sana ngn istri aku.. aku dah nekad sesambil tu aku aku try cari blog atau web yang kes macam aku.. kalau korang tak percaya try bukak laman blog kat bawah nin satu-satu.

http://www.complain.com.my/showthread.php/18-STAR-LIFE-LIVING-TRADING-SELLING-ELECTRICAL-items-IN-GIANT-PUCHONG-(KIOSK)-cheat

rasa macam nak pijak2 je muka sorang2.. tidur pon dop lena.. menyumpah kanan-kiri terpaksa tunda tarik nak balik semata-mata setel masalah ni... terkejut jgk bila aku baca ramai yang tak buat ape2 n redha je bukan sikit ada yang kena sampai RM7k, paling tinggi RM 9K. tapi yang pasti sapa yang buat tribunal konfem dapat balik duit pasal dorang tk mau masuk court.

     6 Ogos 2012   sampai kat tribunal tuntutan pekerja kat situ dah sengih pasal mmg dh bese org mgadu pasal tu lepas aku isi borang tuntutan terus dia talifon Owner syrikat n dia janji nak call aku nak setel luar, 
masa aku tgh isi borng tuntutan tu datang sepasang suami isteri mengadu benda yang sama di tempat yang sama modus operandi yang sama cuma dia kena 3 hari yang lepas dan dorng kene lebih RM5K.
petang tu dia kate nak talifon aku nak setel sebelum tu dia tanya belit2 aku bengang aku cakap je promoter cakap keliru aku mintak tuko barng pada ari yang sama dia tak bagi tu je.. takpela dia kate bagi name n ic nak buat cek nak bayar cek sampai besok dalam petang tapi kne hantar barang dia nsib baik aku tak sentuh barang dia cuma yang set periuk yang harga RM3288 tu macam taik je dhla dalam kotak biskut pahtu cap king star yang sememangnya bila aku search dalam tenet mmg takde barg tu hahaha..
malam tu bagi mengelakkan aku ditipu kali kedua(bimbng kalu cek tu cek kosong) aku buat satu surat Penyerahan dan penerimaan barang dan chek.

pada 7 ogos 2012 selasa kul 12tghari peter manager dia talifon aku suh gi amik cek. aku gi ngn ibu, jiran istri aku. nasib baik dia kenal ramai org are tu takde la takut sangat.. sampai kat sana dia tgh mengigit sorg lagi mangsa..sorg makcik ngn ank dia nasib baiklah Ibu bagi sign kat dia suh blah. dorang suh aku duduk, yang layan aku mase tu budak promoter dia yang tak tahu ape.. aku tye ade cop tak? dia kate takde dah hilang.. byangkan org meniaga takde cop syarikat. aku suh dia pnggil supervisor dia.. aku kuarkan surat penyerahan muka dia dah lain dah.. aku suh sain tulis no ic untuk kepastian aku mtk ic dia n amik gambar, mula2 dia marah tapi aku bagi ic aku suh dia buat benda sama.. lepas borang dah sain, barang dah return aku trus g wat report polis bimbang kene cek tendang. siap kene sound ngn Insp. kat situ pasal ape boleh tertipu hahaha.. g bank CIMB kat jalan Dedak masuk lam mesin deposit.

hari ni 9 Ogos 2012 aku gi chek baki Alhamdulillah duit aku selamat kembali ke akaun aku...
so sebagai pengajaran aku dan family aku untuk terus berhati-hati, dan masa bersama istri yang Allah panjangkan untuk berpuasa bersama.. semalam balik tgok nurwafa Alhamdulillah masih kenal lagi...hahah

kalu korang rasa ciri-ciri dibawah ni ada masa korang beli barang percayalah korang mmg kene tipu dah.. hati-hati nehh.
 
·  Pamphlet barang tiada jenama, keratan surat khabar tidak ditunjukkan jenama dan syarikat. Serta borang untuk buat kad debit kelihatan lusuh.

Harga dan bayaran bulanan yang ditulis oleh promoter diatas kertas pamphlet mengelirukan. Harga ansuran lebih rendah daripada bayar cash.

Lakonan buat-buat terkejut semasa pelanggan dapat voucher lain daripada yang lain dan menyatakan kemungkinan salah cetak serta talifon bos mengatakan kita antara 10 orang yang bertuah( kepada semua pelanggan yang ditipu)

Meminta kat Atm untuk menyemak nilai yang perlu dibayar tetapi di transfer terus ke akaun pemunya.

Tandatangan resit pembelian setelah duit ditransfer terlebih dahulu sebelum barang-barang di tunjukkan dan diberikan kepada pelanggan.

Jenama pada banting, barang yang di promote, barang yang dijual dan warranty berlainan dan tidak di cop syarikat. Serta tiada bukti warranty seumur hidup @ 4 tahun

Telah mendapat satu lagi voucher RM 1000 di dalam kotak Air purifier apabila dibuka oleh promoter tetapi tidak dibenarkan membuka kotak lain, didalam kotak yang lain tidak diletakkan voucher dan meminta untuk membeli satu lagi produk berharga 3k keatas.

Barangan percuma yang diberikan mestilah mengikut 4 syarat iaitu, barang tersebut tidak boleh dijual, kena promote kat saudara mara,kena pakai voucher hari ini juga dan amik gambar sebagai bukti pemenang bertuah. Tapi bila call balik masa rase macam tertipu, promoter suruh jual barang tersebut untuk cover balik duit, tak cakap ape2 pasal promote, tak kisah pasal kena amik gambar buat bukti, Cuma kena guna voucher je yang paling diwar-warkan untuk beli barang harga RM3288.

Setelah sedar ditipu, saya meminta duit dipulangkan dan barang diberikan kembali pada masa yang sama tetapi tidak dilayan

Senarai barang-barang jualan tiada dalam laman web sedangkan promoter mengatakan barangan tersebut dari jenama yang terkenal.

Jenama cookware set 23 pcs dari jenama AMC king star tiada dalam senarai barang di laman web.

nila barangan yang dijual dan harga yang dibayar adalah tidak munasabah.

Mendapat info daripada Tribunal pengguna mengenai aduan sindiket tersebut

Telah menemui seorang lagi mangsa yang terjadi kes yang sama di tempat yang sama tapi jumlah yang lebih besar di tribunal pengguna johor bahru dan terkena taktik yang sama.

Apabila membuat semakan tentang produk yang di jual di internet terdapat beberapa laman web yang menyatakan penipuan yang berlaku sama seperti kes yang berlaku pada saya dan modus operandi yang sama serta bertukar jenama dan telah berlaku pada tahun 2008 hingga sekarang.

AMG Italy, Roset Germany, KITZ!#@% bahagian 1

Assalamualaikum...
sape-sape yang tengah search jenama AMG Italy, Roset Germany dan Kompany yang bermula dengan KITZ----, mesti anda skrg ni tengah di promote atau tengah tunggu barang harga RM3k sampai ataupun baru sedar diri ditipu sedarlah 'ANDAR SUDAH DITIPU'

"amenda la.. macam tu pon kene tipu"
"Hai! orng bijak macm ko pon bleh kne tipu gak ke"
"nape tak pikir panjang dulu sebelum wat keputusan"
"lain kali jangan layan.. lari je dari situ"

itulah antara kata-kata dari member atau sedara kita yang bila tahu kita kne tipu dek sesebuah agensi kan, tapi org tak tahu yang kita selama ini mungkin lebih berhati-hati dari hari ini tapi semua milik Allah bila sudah ditakdirkan sebagai pengajaran kita tak boleh lari.. semua ujian yang Allah berikan berhikmah sebaliknya.

Hari Ahad yang lalu 5 ogos 2012 aku n istri bru lepas membayar barang dapur kata isteri nak buat mihun gorng spesel kat aku pasal aku nk balik malam tu ke tganu datang untuk berjumpa istri je. kemudia terjadilah babak mengharukan ini...

P: Promoter
A: aku n istri

P: bang.. kak.. ambil kupon ni kitorang nak bagi hadiah percuma
A: takpela kitorang sibuk ni nak balik cepat
P: apala abg ni nk bgi free gift pon tolak amik la ni isi kejap je (sambil tarik tgn aku ke meja dia)
(dorang bagi kupon suh isi nama n ic)
A: la nape nak kne isi nama ngn i ni nk buat pe
P: ala kak nak mnunjukkkn kitorng buat kije je..
(3 org promoter pompuan amik alih 2 mgandung beri pamplet barang dorang)
P: ni barang kitorang harga dia RM 3k bulan-2 bleh bayar 90 jer bla..bla..bla
(promote barang dia yang semua harga 3k keatas aku n istri buat dek jela mane la mampun nk beli barng harga mcm tu. sambil sorng lagi promoter bagi 2 voucher kat aku)
P: abg n kak try la bukan mane thu dapat voucher discoun ke kan mane tahu kut akak bawa tuah 
   hehe
(yang mula-mula dapat yang ni)

P: yang nin dalam masa 3 bulan akak bleh guna la ekk cepat la bukak yang lagi satu.
A: (koyak2 dapat voucher rm100 ngn gambar induction halogen Cooker n air purifier)
P: (dengan mata terbeliak dan buat2 terkejut) eh betul ke voucher abag ni mcm salah cetak je, kena talifon bos ni bang keja ea...(tepon bos dia)
P: boss betul ke voucher ni tak penah nampak pon sblum ni..
    oooo  sepuluh je kilang keluar??? abang ni yang ke 7 la emm ok..
    bang bos saya nak ckap ngn abang ni (pasing kat aku)
BP: tahniah en.. voucher nin kte kluarkan sebaynk 10 unit je ni abg org yang ke 7.. tahniah dn 
      abang boleh bawa pulng la hadiah ni sekarang, nnti sya suruh budak saya ambilkan. tapi abg 
       kne ikut 4 syarat kita la 1. tak boleh jual brg2 ni, 2. tolong promote kat sedara barang kita ni, 
       3. amik gambar ngn staf kita untuk buat bukti abg dapat dan 4.guna voucher hari ini.
A: boleh takde masalah boleh (sambil membayangkan amik gambar n tayang kat suratkhabar)
P: tahniah abg, kak jeles betul saya abg n kak dapat dah lama sya tringin dapur nin beri saya la kak 
    eh.. so kak nak beli barang mane??? vacum?, microwave?,set periuk?atau penapis air?? sya 
    cadangkan set periuk ni warantty dia seumur hidup tahu.. yg lain 4 tahun je.
A: eh kene beli gak ke?? tadi cakap dlm 3 bulan..
P: 3bulan yng voucher tadi je yang ni kne guna terus.. ala bulan2 baru RM60 je bang..
A: plak dh tadi cakap lain bayar camner??
P: kita pakai kad debit maybank takde interest pon tgok mcm abang ni(sambil tunjuk satu borang yang 
   dh berkedut) di mohon kat mybank. akak amik set periuk ea..
A: ok lah lagipon bayar bulan2 tak terasa sagt haa..
P: boleh abang bagi kad kredit atau kad atm
A: aik! nk buat pe??
P: kita nk chek je duit abag ade tak nk bayar untuk bulan2 ha tu je.
A:(muka dh berkerut sambil hulur kad)
P:sila msukkan no pin en.(aku pon tekan laa)sila sain kat sini en.

A: nape awak trnsfer duit saya ke akaun awak??
P: takpe en jgn risau nanti kita msukkan dalam akaun en balik ye.. jangn risau..
(aku dah rasa macam tertipu dah sikit2, peluh dh nk keluar, duit dh bayar barng tak sampai lagi.. sesambil tu dorang ajak berbual dalm setegah jam barang sampai.. alangkah terkejut promote barang 'AMG italy', dapat barang 'Roset Germany' resit pembelian KITZWARE dan waranty dari SMART. Sah aku ditipu ni..)

P: Ok bang ni barang dia, sya cek Air purifier jap ea..ehh ada kupon plak try la bukak kak biasa 
    thank you  tu
A: Eh bia betul ni... ni voucher RM1000 ni...
P: eh bia betul kak tak pernah kita trima voucher macm ni rugi la kita kan... jap saya konfem dengn 
    bos ye kak...

(sekali lagi lakonan terkejut n kecoh senang cite macm kat atas tdi yan beza dia aku kena bli barng lagi satu potong seribu cuma bayar RM2k lebih je.. aku dah asa tertipu n tolak voucher tu n bwk brng2 tu keluar dari giant sebab dah nak bukak pose terus drive ke Tesco untuk berbuka pose, dalam perjalanan kitorang dh rase ditipu...
sampai je rumah aku search internet n aku jumpa laman web nin

https://mamamunie.wordpress.com/.../roset-germany-koyak-menang/

dan akun sedar aku dah ditipu..... aku call balik nk duit aku tapi dorg ckap tak boleh dah sain...

sambungan bahagian 2....


Tuesday, July 31, 2012

11 ramadhan.....



Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah, ari nin doh 11 Ramadan.. syukur 11 hari doh kite pakat pose di bulan mulia nin op.. kejap je wase tup tup abih doh seminggu harap2 sahabat dop tinggal lagi la, sape la kite ni nok ringan2kan kewajiban atas kite nin op, sambil kite pose, sambil cari rezki ke anok bini semoga bertambah berkat rezki yang Allah berikan kepada kita nin InsyaAllah deh...
        Alhamdulillah Nur wafa pon dh sihat sihat sikit cuma kekadag tedengor jgk bunyi kahak dalam dada ye.. Wafa dh hebat dalam merangkak lenin, laju doh gerak ke depan, pantang lepa sikit abih tempat yer gi.. suke ambe tgok anok ambe cergas gitu, walaupon ma dia hanya tgok dalam Skype je tapi Alhamdulillah dia kenal sampai lenin, ma ye pon suke tgok ye pandai gerok dah.. tidor pon lena tapi kadang2 dia mari nok main malam2 terpaksa la layan anok sorang nin bukan reti lagi hahaha...
      Apepon trima kasih sbb sahabat sokmo mendoakn kebahagian kami dan kesihatan semoga seluruh keluarga di dunia ni diberikan rahmat yang mencurah dari Allah... jangn berhenti untuk terus mengucap syukur kepada Allah yan maha Esa...a min....

Wednesday, July 25, 2012

MimPI pELik PagI iNi


Assalamualaikum...
   pose dop ari nin???, mestilah pose op, kite nin kan muslim sejati... 
dah buat sujud syukur ke belum?? 
kalu dah Alhamdulillah..
kalu belum ape kate kite gi buat kejap nehh...

entry ari ni nak cite sikit pasal mimpi lepas solat subuh tadi, Alhamdulillah malam tadi Nur Wafa tidur lena tidok mcm malam sblumnya, dek kerana selsema dan kahak Wafa sentiasa terjaga sambil menangis bermula malm pertama ramadan lagi.. kesian Wafa.

   Pagi tadi lepas azan subuh berkumandang aku trus solat bajet nak lelap kejap sebelum g kije, sambil dodoi Wafa disisi kendian aku telelap, tetiba aku bangun balik aku tgok Wafa dh tkde kat sebelah aku, aku jadi kelam kabut n trus keluar pastu aku kuar bilik aku rasa suasaa rumah macam dah bertukar sambil aku trpandang seorang budak wajah seperti Wafa sedang memakai baju, sekitar usia 5-6 tahun, tetiba ma (mertua aku) (berambut putih dan memakai cermin mata) menyapa aku suruh aku hantar Wafa gi tadika aku jadi konfius, aku gi dapor smbil bertanye kat istri aku 

    "hari ni ari ape?? rasenya baru 4 hari pose"
    "pose menda plok nin?, gi lah ato Wafa dulu" kata istri aku

aku jadi dop caya, aku tampar pipi kanan n kiri dengan harapan ini  impi semata-mata. tapi pipi tetap sakit, aku keluor umah, keadaan luar rumah yang berbeza dari yang sekarang, sebiji kereta sport ada kat depan umah aku baik punya parking, aku hantar Wafa naik motor melalui sebatang jalan dipenuhi lembu pas tu aku lupa yang seterusnya... yang aku ingat aku cuma harap lepas aku tido balik, aku akan bangun untuk hari ini balik. tapi aku tetap pada waktu tu sambil aku teringat kat mak ayah aku, nak gi tgok kalu betul aku berada pada zaman 5 tahun akan datang.. tetiba adik ipar aku kejutkan aku dari tido, jam dah pukul 6.45 pagi.. alhamdulillah Allah masih memberikan ruang kepada ku..... 

Sunday, July 15, 2012

syukur....

assalamualaikum....
Sukur Alhamdulillah kerna masih diberi masa oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan seketika ini.
yang kadang2 terlupa untuk mensyukuri, belajarlah untuk mensyukuri.. cuba kita hitung sampai ke saat ini berapa kali sudah kita bersujud mensyukuri atas segala nikmat yang dikurnia kan NYa. berapa kali dalam hidup ini kita menagisi atas nikmat yang dipinjamkan kita ini. jika rasanya masih belum cukup, apa kata seketika ini kita mengankat tangan, dan ucaplah syukur kepada yang maha esa, ucap lah syukur untuk apa saja..

   Alhamdullilah hari ini puteri kami Nur WAfa Adawiyyah meniti usia 6 bulan 1 hari, tika kian membesar ini walaupon tanpa kasih sayang sepenuhya, kami telah memberikan segala kasih sayang kami kepada insan terindah ini. semoga Nur Wafa menjadi seorang muslimah solehah yang tabah dengan ujian Allah akan datang...

  

Wednesday, July 11, 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH



Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Monday, July 9, 2012

BanGGa Ke BanGANG

Assalamualaikum...

persoalan ni dah lame dalam benak ambe ni cuma kekadang bila duk pikir- pikir bengong gok jadi, ambe ni bukan ape, bukan nk takwil sangat dengan ape yang org lakukan, ambe ni bukan ustaz Azhar nak wi ceramah kat org tapi sebagai seorang islam wase nok ajokla member-member sama2 pikir benda ni..

    Kenapala media masa kat negara ni terlalu 'baik hati' dengan org2 tertentu, dan orang2 tersebut tidak pula merasa malu dangn tindakan beliau itu... aduyaiii,

contohnye...
     hok ambe bengang ade sorang nin yang hina negara ambe ni, hina bangsa ambe ni, tapi bila dia buat filem, bangsa ambe gok hok sokong, hok promote, hebat beno yer.. dalam flem ye pon dang lagi kutuk ke bangsa ambe, tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..

     Sorang nin ahli politik plok, soheh-seheh doh diala yang menentang pentadbirang islam, dia la yang mengetuai majlis peguam. dia la yang meminta agar anak2 islam yang baru lahir janga daftar atas nama islam, dia jugak nok hasil zakat dibahagikan pada kaum lain serta perkara yang dok masuk akal yang buat pale ambe jagi bengong kejap mikir ke dia nin, tapi bila dia buat 'BERSIH' bakpe  bangsa ambe hok ramai skali belakang yer.. dop igat ke ye wat nape ke bangsa n agama kita, ambe dop maroh ke BERSIH ambe dop wahi ke dia je.. mmg doh macam kate mmber amber
   "kita yang menyokong BERSIH bukan bererti kita menyokong 'dia' tapi kita menyokong apa yang dia perjuangkan itu saja, contohnya kalu anda membeli hp buatan Amerika adakah anda bermaksud anda menyokong apa yang Barak Obama lakukan? tidak bukan??"
    Memang betul tapi tidakkah kita terfikir situasi ini seperti seseorang yang telah merancang dan menyatakan hasrat secara terang-terangan untuk membunuh anak-anak kita dan kemudian meminta agar kita bersatu dengannya untuk membantah sesuatu yang ayah kita lakukan bila berspendapat dengannya. tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


      Nin pasal artis wanita sorang nin dengan dop malunya apabila banyak gambar yang tidak sepatutnya terdedah di internet, gambar berpelukan dengan bukan muhrim, bercium, dedah tubuhtapi masih tidak malu dan kenkadang bangga dengan apa yang dilakukan apabila muncul di kaca tv dan program-2, tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


      Malam marin aku tengok temuabual artis tentang Kelab Malam, yang jadi peningnya dorang ni, macam seuatu perasaan yang bangga bila bagitau kat smua orng kat dalam studio, yang "saya mmg suka gi clubing, bleh realese tensen, layan lagu". mmg terkedu kejap. pastu dorang nak persoalkan kenapa perspektif masyarakat tidak dpt menerima apabila artis kegemaran mereka suka gi club. dah mmg azali lagi melayu adalah melayu, islam adalah islam, tiada melayu moden atau islam moden. engapa masih nak menegakkan benang yang basah, kenapa perlu meyakinkan minda orang lain supaya menerima perkara sebegitu.. tapi media negara nin bereh.. open minded.. dop ape..


     bagi aku.. orang2 yang berkenaan, yang mempunyai ikatan dengan masyarakat haruslah menjaga status diri dan bukan perlu membangga dengan diri sendiri atas sesuatu yang bodo n membangangkan.. sama-sama la kita piki neh.. pening wase adu yaii





   

Noriyah ke Politeknik


8 Julai 2012, ahad hari nin adik bungsu ambe g daftar kat Politeknik Dungun atau lebih dikenali kini dengan nama PSMZA. Rindu betul ambe kat sini yela semejak 2004 ambe tnggalkan poli ni nila baru ambe jejak balik kaki ambe kat sini, tempat yang meninggalkan 1001 kenangan kat sini. bagaimana ambe baljo bdikari, knal sahabat.. macam2 ada walaupon bayak kemudahan tidak dapat disediakan dulu tapi kini ambe caya ade blake doh.

     Pagi setart dah tggal beg duit ngan hp.. kendian bleh plop tnggal gambo paspot plop dh mcam2.. bila sapa kat politeknik kne tunggu abg sir jap pasal nak bagi setem hasil hok adik dop dan nok beli baru ni... sampai je terus adik noyah masuk daftar sesambil tu dang jgk ambe g jalan2 kat dalam poli ni.. rindu la katekan.. byk perubahan dalam ni tapi masih mengkalkan benda yang lama... lame gok adik  ambe  daftar sekali tgok proses pendaftaran masih dop berubah macam  ambe  dulu, bayangkan adik  ambe  terpaksa  beratur bersama dengan pelajar lelaki masa nak dapatkan barang n bju koperasi dop sistematik lgsung haa dah la mase daftar tadi bilik yang adik aku dapat takde kunci kendia bagi bilik yang adik  ambe  terpaksa tido sorang...

     lepas anto barang kat bilik  ambe  ajak adik gi mkan kat Restoran Juz kat sebelum jambatan sebelum MRSM dungun sebenar nya kedai tu kedai sedara ayah kat dungun, tokey kedai tu pokdin (mgkin toki din) dulu dia penah amik tender kat Politeknik ,masa  ambe  blaja poli dulu. masa tu jgk ambe bleh mkn free kt kafe haha..

    lepas tu hantar noyah balik ke hostel kat bilik iwan dulu. masa nak tnggal adik tu la terharu sikit, yela adik  ambe  tu mane penah bjauhan ngn mok, bukan ape bimbang je.. duk kat umah pon byk sgt benda nak kene igtkan... tapi klu ada pape doper dah pasal abang nasir dh jadi org dungun..
pas ni dopleh la ambe nok suruh2 kat umah ambe tu hahaha..

semoga adik noyah bleh jadi best student kat politeknik...