klik?

Thursday, September 17, 2009

Home » pengetahuan bersama........rugi tak baca

pengetahuan bersama........rugi tak baca

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama
para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut
orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda
itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar
kepada
bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang
hitam,
maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..