klik?

Sunday, September 9, 2012

Home » Kini Hanya Tinggal Ayah dan Bonda

Kini Hanya Tinggal Ayah dan Bonda

assalamualaikum...
lama betul dop update blog ambe nin... dop dan nok wat gane..
ari ni nak  kabo pasal family aku sikit laa
malam tadi aku, mok, ayah gi antor kerol naik bas nak masuk blajo balik haa dah 2 bulan lebih duk cuti kat umah tu.
Lenin.. macam yang mok aku bayangkan dulu, masa kami kecil-kecil, sama2 main depan tv adik beradik mok membayangkan bila besar nanti masing2 berkeluarga dan belajar akan tinggal mok ngn ayah menghuni rumah kami.. sebelum nin adik noyah belum start belajar lagi dapatlah teman mok masa sunyi, adik pon lenin bz sikit nagn persatuan kekadang kesian dengor rintihan mok mane anak2 dop talipon bertanya kabo. bila masing2 punya kehidupan bermacam perlu difikirkan, bermacam perlu diuruskan.
abang sir dengan famili dia kat dungun, nomah di johor, dila di cheras, kerol di perlis, dik di poli dungun...
kini seperti yang dibayangkan bermula era kesunyian dirumah aku, hanya tinggal mok ngn ayah dirumah tunggu cuti untuk kembali riuh...

sekarang tugas aku berulang alik dari rumah mok aku ke rumah metua aku, istri aku masih belum berezki, belum dimakbulkan Allah untuk bersama aku di tanah terengganu ini, anak masih dijaga ibu mertua di kg. kesum tak mampu aku membalas budi ibu mertuaku kerana sanggup menjaga Nur Wafa Adawiyyah. tak sanggup lagi nk menyusahkan ibu mertua aku. sebab itula aku sekarang lepas balik kerja aku luangkan sedikit masa dirumah mok aku, lepas magrib aku akan balik ke rumah mertua menjaga Nurwafa hingga tidur malam nya.
kepada isteriku tersayang terima kasih kerana terus memahami keadaan ini, terus bersabar dengan dugaan ini semoga Allah permudahkan urusan kita untuk hidup bersama selamanya.. amim

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..