klik?

Monday, April 9, 2012

APC 2010



tahniah buat isteri kerana menjadi penerima anugerah khidmat cermelang bagi tahun 2010 setelah bersusah payah mendidk anak muridnya tanpa mengira bangsa cuma istri sedikit kecewa pengorbanannya tidak dihargai dikalangan anak muridnya.. walaupun begitu isteri tetap bersemangat untuk mengajar meskipun terpaksa berjauhan dengan anak dan suami tercinta.
keputusan dah lama tahu tapi gambar baru dapat selepas balik dari cuti bersalin bebaru ni.. itulah rezki yang Allah berikan sesuatu yang tidak pernah terjangka oleh kita, inilah rezki sebelum kawin aritu sempat lah nak kaer se dua perkara... hehe ari tu aku yang dapat sekarang istri aku plak Alhamdulillah...
http://yangasuffian.blogspot.com/2012/03/alhamdulillah-rezki.html

SelAMat hARi lAhIR kE 29



assalamualaikum...

semalam. tepat pukul 12 (jam aku la..) aku menerima msg "Hepi burfday syg, i love you so much" istri ketika itu dalam bas menuju kejohor setelah berehat dikampung berjumpa suami dan anak tersayang.. trima kasih buatmu isteri tersayang kerana sudi menjadi rusuk kiri yang hilang semoga kita bahgia hingga ke akhirat..rupanya hari ni dah naik satu lagi tangga umur dalam kehidupan menjadikan umur ayah pada nurwafa ini 29 tahun... terasa sekejapje masa berlalu... tahun depan dah 30 dah... kubur pon dah dengar-dengar memanggil nama, tu pun kadang2 terlupa yang mati itu pasti... bukak2 hp, adik nomah, adik dila, adik noyah anto msg hari lahir.. tula adik beradik kan air dicincang mmg dok akan putus selamanya.. bukak lotus not terpanpang gambar VC bagi kad ucapan, terima kasih... tu tak letak dalam facebook lagi tu.. kepada Bonda Zaharah Bt Musa (Mek Jarah Kota) tersayang selamat hari melahirkan ambe, ambe sayang mok sokmo, ampuni dosa ambe yang kadang2 ambe dop perasan ambe ade wat sakit hati mok.

buat keluarga tersayang, sahabat handai, teman2 skolah, teman2 poli, teman2 uitm.. ambe layangkan sejuta terima kasih kerana menjadi peneman dalam kehidupan alam ini yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada ambe ini yang serba kekurangan, yang tidak pernah jemu menjadi air yang mencurahkan wlaupun sesekali ambe ini menjadi daun keladi tetapi air kalian tetap terus mencurah hingga menjadi basah..

TERIMA KASIH SEMUA... SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA AMINN

Wednesday, April 4, 2012

Doa uNtUK MamA Nur wAFa



Assalamuaaikum semua..
sedih rasanya nya bila balik dari kerja tidak disambut seperti biasa oleh isteri tersayang cuma melihat Wafa yang tersenyum senyum melihat ayahnya balik dari kerja.. kesihan melihat anak kecil yang masih belum mampu untuk memahami situasi yang melanda dirinya.

hari isnin bebaru ini bersamaan 2 april aku menghantar istri tersayang ke Johor untuk memulakan tugas seorang guru selepas bercuti selama 4 bulan, sebak dipendam dalam hati takkala melihat mama Wafa terpaksa meninggalkan anak kesayangan kepada tokmanya.. hati mana yang tidak sedih selama 3 bulan ini memeluk, mencium, mendodoikan Wafa dan hari ini dan seterunya hanya mampu mendengar suara dan menatap gambar anak... tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

semalam.. waktu yang terlapang di penuhi dengan melepaskan rindu seorang ibu kepada WAfa menggunakan kecanggihan teknologi sekarang, nasib baik ada 'SKYPE'lepas rindu menatap Wafa dan kemudian disusuli dengan '3G' sayu hati melihat Wafa yang seakan mengerti Mamanya jauh ditempat orang, cukuplah suara Wafa memanggil mamanya walaupon kita tidak pernah faham setiap tutur katanya.

duhai sahabat semua... malu kiranya aku memohon sedikit doa dari kalian untuk memohon agar dipermudahkan urusan pertukaran isteri ke negeri terengganu, semoga ketelusan pihak tertentu turut membantu isteri pulang ketanahair supaya puteri tersayang NUR WAFA ADAWIYYAH mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada mama nya.

" YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNILAH DOSA KAMI SEMUA YA ALLAH SESUNGGUHNYA HANYA PADA MU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN, HANYA PADA MU KAMI MEMOHON SEGALANYA. PERMUDAHKANLAH URUSAN MAMA NUR WAFA UNTUK BERTUKAR KE TERENGGANU, SEMOGA NUR WAFA DAPAT MENIKMATI KASIH SAYANG SEORANG IBU SEPERTI INSAN YANG LAIN YA ALLAH. TABAHKANLAH HATI MAMA NUR WAFA DALAM MENEMPUH UJIAN DARIMU INI YA ALLAH, HINDARKANLAH DARI KAMI INI SIFAT PUTUS ASA KEPADAMU YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH YA ALAH.. AMIN"