klik?

Thursday, December 5, 2013

Home » GORES DAN MENANG: warga Emas Melayu menjadi mangsa

GORES DAN MENANG: warga Emas Melayu menjadi mangsa


 Assalamualaikum...
semoga pagi nan  indah ini kite pakat bersabar dengan ujian Allah

pernah dengar gores dan menang?, pernah anda didatangi orang2 yang menyatakan anda bertuah? atau andah pernah terkena hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

pernahkah kita terfikir kenapa dan bagaimana kita boleh terjebak dan terpedaya dengan sindiket ini yang sekarang pemiliknya sedang besenang lenang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit daripada orang ramai khususnya warga emas terutama orang melayu. dan dimanakan keberkesanan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak berwajib seperti PDRM, KPDNKK, TRIBUNAL PENGGUNA, SSM dan sebagainya.

setelah pelbagai aduan diterima pihak KPDNKK telah melakukan banyak tangkapan terhadap individu tersebut dan berjanji akan mendakwa mereka dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 menerusi Seksyen 20 (B), iaitu denda minimun sehingga RM250,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan akan mendakwa mereka yang tebabit dengan setiap aduan yang diterima.

contohnya, di Terengganu bebaru ini lebih 80 aduan yang diterima oleh pihak Tribunal pengguna yang melibatkan hampir setengah juta ringgit dan apabila aduan dibuat, pihak KPDNKK telah melakukan serbuan dan tangkapan ke premis tersebut dan berjaya menangkap 6 orang pekerja majoriti berbangsa cina serta telah merampas bahan bukti seperti Tilam Jade, kad gores dan kereta Toyota Almeera.
akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 23 Oktober 2013 M/S18


Tetapi yang menjadi persoalanya bagaimanakah mereka masih lagi beroperasi seperti biasa selepas dua hari ditangkap dan apabila TRIBUNAL di hubungu dan ditanya mereka hanya menjawab mereka telah dibebaskan atas sebab mempunyai lesen perniagaan sekaligus menjadi tanda tanya mengapa dan bagaimana mereka boleh terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Patutlah bila ditanya mengenai kes yang sama pada tahun yang sebelumnya masih lagi belum selesai.

sedikit informasi tentang kes ini.

nama syarikat: 
GOLDEN EAST COAST MARKETING
Lot 2858, Tingkat 1,
Jalan Bukit Kecil, 
21100 Kuala Terengganu
(Premis yang disewa hanya perlu tukar nama syarikat)

Pemilik:
TEO CHEE LAM
881127-23-5169
perniagaan berstatus
wholesale of electrical and electronics goods
(pihak berkuasa boleh menyemak di JPN sepatutnya)

Modus operandi
1. Mendekati warga emas dan menawarkan cabutan bertuah pasti menang kereta, pakaej Haji dan wang tunai.
2.Menggunakan psikologi memujuk dan memperdaya sekaligus membawa mangsa ke pejabat menggunakan kereta mangsa.
3.Memujuk mangsa mengeluarkan duit dari bank sediada ataupn tabung Haji @ mengadaikan gelang dan rantai. bernilai lebih RM 10,000.00
4. Berjanji tidak akan mengambil duit tetapi hanya mahukan no. siri wang.
5. Memastikan mangsa menandatangani syarat penyertaan.
6. Selepas tandatangan duit akan diambil serta menyerahkan tilam urut sebagai hadiah cabutan bertuah.

Tindakan
1.Membuat aduan di Tribunal Pengguna secepat mungkin. serta membuat aduan polis.
2.Pihak tribunal akan memberi borang aduan serta perlu hantar satu salinan kepada penentang.
3.Tarikh perbicaraan akan diberikan.

Permasalahan yang timbul

Tindakan Pihak Polis
Tiada tindakan tegas dan cepat dari pihak polis apabila aduan orang ramai dibuat. pihak polis hanya menyatakan yang mereka tiada kuasa terhadap kegiatan mereka sedangkan:

Dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan, pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap penipu ini :-

"Barangsiapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong dengan curangnya  orang yang terpedaya itu sama ada atau tidak penipuan yang dipraktikkan adalah satu-satunya dorongan atau dorongan utama supaya menyerahkan apa2 harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeterai, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda"



Tindakan Tribunal Pengguna

menurut antara  Objektif Tribunal Pengguna adalah
  1. Memahami Hakikat Ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Telah Ditubuhkan Bagi Menyediakan Satu Saluran Atau Kemudahan Alternatif Kepada Seorang Pengguna Untuk Menuntut Gantirugi Dan Pampasan Daripada Seorang Pembekal Atau Pengilang Dengan Cara Mudah, Murah Dan Cepat.
Tetapi pada peringkat menerima aduan pihak tribunal awal-awal lagi menyatakan yang kes tersebut amat sukar untuk diselesaikan dan dianggarkan lebih 400 aduan tahun sebelumnya masih lgi dalam siasatan. mereka juga menyarankan agar menggunakan tindakan sendirian untuk mendapatkan semula wang tersebut termasuk menggunakan khidmat gangster.
Amat mengecewakan dan memalukan apabila satu organisasi yang telah dipertanggunjawabkan membela nasib pengguna boleh mengeluarkan status yang begini. bila diajukan kepada Tribunal pengguna Malaysia mereka hanya memaklumkan meraka masih baru.
Tambahan pula tarikh perbicaraan seolah-olah memberikan masa untuk mereka melarikan diri atu berpindah ketempat yang lain.
Pihak Mahkamah seperti lepas tangan dan mengelarkan mangsa yang terkena sebagi TAMAK dan seolah-olah tidak tahu berfikir. benar pihak mahkamah telah memberikan Award kepada mangsa tetapi tidak menjamin pihak penentang akan membayar award tersebut. seolah-olah tindakan terhenti dan berakhir begitu sahaja seterusnya melenyapkan harapan mangsa yang terkena. sedangkan:

Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-Mana Pihak Yang Gagal Mematuhi Award Selepas 14 Hari Dari Tarikh Award Dibuat Oleh Tribunal Adalah Melakukan Suatu Kesalahan Jenayah Dan Jika Disabitkan Bolehlah :-
A)  Didenda Tidak Melebihi RM5,000.00 Atau Penjara Selama Tempoh Tidak Melebihi Dua Tahun Atau  Kedua-Duanya;
B) Jika Kesalahan Itu Berterusan Pesalah Boleh, Sebagai Tambahan Kepada Penalti Di Atas, Didenda Tidak Melebihi RM1,000.00 Bagi Setiap Hari Atau Sebahagian Hari Selama Mana Kesalahan Itu Berterusan Selepas Sabitan.

Tindakan KPDNKK

Apakah tiada tindakan khas boleh dikenakan kepada individu terbabit seperti mereka mempunyai kuasa dan perlindungan dari pihak "tertentu"menyebabkan mereka terus melakukan aktiviti mengaut untung berjuta ringgit. adakah tiada undang-undang yang boleh mendakwa mereka sehinggakan mereka gagal dikesan dan diambil tindakan atau kerana mangsa yang teraniaya terdiri daripada kalangan rakyat biasa dan bodoh?.
Mohon Ambil Perhatian.

adakah perlu untuk kami rakyat biasa membuat tindakan seperti ini?

8 comments:

  1. ida dah mengalaminya..baru minggu lepas..mmg depa tak buat apapun...alasan ada lesen sah..ida terpaksa guna org line3 utk dptkan duit ida 3k..time kene bukan tak boleh pikir waras tp mcm dikawal..entala..sapa2 yg dah pernah kena akan sama rasa apa yg ida rasa..

    ReplyDelete
  2. sy pn....dh terkena........mcm geram pan ada...tp nk wat mcm ne? wait and see

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tertipu boleh call mr.khoo tolong dapat balik duit kita..
      014-8388572

      Delete
  3. perhatian!!!! siapa kena tipu u boleh call mr.khoo
    0148388572
    sudah ramai orang dah dapat balik duit...
    hati-hati di jalan raya... budak pukima gores dan memang fck u

    ReplyDelete
  4. perhatian!!!! siapa kena tipu u boleh call mr.khoo
    0148388572
    sudah ramai orang dah dapat balik duit...
    hati-hati di jalan raya... budak pukima gores dan memang fck u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yang fuck n pukimak la mr khoo..penipu.jangan percaya

      Delete

bereh bohh! wi a komen se..