klik?

Tuesday, January 28, 2014

Home » Kalimah Allah

Kalimah Allah


Assalamualaikum... 
kebelakangan ini kita sering terbaca tentang penggunaan kalimah Allah, bagaimana pihak2 gereja menggunapakai kalimah suci umat islam bagi menggantikan perkataan god dalam perhimpunan mingguan mereka serta dalam akhbar mereka bagaimanapun rayuan mereka ditolak oleh pihak mahkamah. kemudian mereka berdegil dan tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka. Kemudiannya dibantah oleh umat islam di seluruh negara kerana Kalimah Allah hanya untuk umat islam tetapi terdapat para ulama mengizinkan penggunaan Allah untuk semua manusia. Jadi sebagai manusia yang punya iman yang tidak seteguh ulama-ulama yang disanjungi terkeliru dengan penjelasan dari semua ulama dan pemimpin mengenai isu penggunaan kalimah Allah ini.

oleh sebab itu kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini janganlah terlalu obses atau emosi dengan semua kontrovesi yang sedang berlaku. jangan disebabkan kita adalah penyokong kerajaan kita membenarkan semua kenyataan orang-orang kerajaan dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang pembangkang. begitu juga dengan penyokong pembangkang kita membenarkan semua kenyataan orang-orang pembangkang dan membantah dengan semua kenyataan orang-orang kerajaan semoleknya kita mengambil semua pendapat dari segala sudut serta membuat kajian.

seperti saya saya menyokong pendapat ulama-ulama kerajaan serta pemimpin dimana melarang penggunaan Kalimah ini disebabkan bimbing diseleweng dan disalahguna mengikut tafsiran yang salah.

saya juga menyokong pendapat ulama-ulama Pas dimana mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah kerana memberi ruang mereka untuk mengenali Allah sebab Allah tuhan yang satu, yang Esa, Yang Maha Di sembah oleh semua manusia.

semalam ada sahabat yang share video Danial Zainal Abidin sdalam FB beliau ( https://www.facebook.com/photo.php?v=10202232027014342 )antara satu penjelasan buat semua orang mengenai kalimah Allah apabila seorang paderi bertanya tentang kalimah Allah dan beliau menjawab dengan penuh hikmah.
antara yang saya faham dengan ucapan beliau Kalimah ini boleh digunapakai oleh orang2 bukan islam tetapi kena memahami sifat-sifat Allah yang sebenar lalu dibacakan surah Al-Ikhlas yang menyatakan 

1). Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa 
2). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu 
3). Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan 
4). Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

contohnya sepertimana yang didakwa orang-orang kristian yang Jesus itu anak tuhan sedangkan tuhan yang kita yakini hanya satu tidak diperanakkan atau beranak.

oleh itu sama2lah kita mengambil iktibar dalam mencari iman kita, janganlah kita membabi buta dalam mengambil satu tindakan dan mengharapkan pihak berwajib memberi penerangan dengan lebih jelas

semoga segala usaha kita dalam keredhaan Allah... Amin...

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..