klik?

Monday, February 10, 2014

Home » Ahli Baru Keluarga AwangLeh Dan Mek Jarah

Ahli Baru Keluarga AwangLeh Dan Mek Jarah

Alhamdulillah...
Tarikh 31 Januari 2014 dipilih bagi menyatukan 2 hati adik ambe Nurfadilah dengan pasangannya Amiri 
alhamdulillah segala persiapan berjalan dengan lancar apabila majlis akad nikah pada pukul 11 pagi bersaksikan ambe n abg ambe dan berwalikan ayahda tercinta dengan sekali lafaz dila sah bergelar isteri.

Majlis juga berjalan lancar hinggalah lauk kehabisan dan ditambah dengan lauk baru semoga ia menjadi kenangan paling manis tahun ini.hinggalah selesai dan acara membasuh puyuk hingga ke larut malam juga berjaya dilaksanakan hahahaha..

pada hari ahad pula majlis menghantar pengantin ke Kuala Krai di iringi lebih 20 buah kereta sanak saudara harap-harap keluarga pengantin tidak bersusahan.

kenangan juga dicalitkan dengan karenah nurfawa mabuk kereta hingga terpaksa berhenti banyak kali kerana muntah.. kasihan nurwafa...

Ambe ucapkan semoga adik ambe Fadilah dan Amiri bahagia bukan hanya ke anak cucu tapi hingga ke akhirat aminn

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..