klik?

Thursday, January 21, 2010

Home » Peringatan dari PDRM

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur
sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut
polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup
paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka
telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di
Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam,
cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri
sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda
dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang,
jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya
mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam
rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba ,
991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam
handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia
akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi
makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2
anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti
surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear &
stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat
membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya
dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual)
dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat
beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

1 comment:

  1. Casinos in the UK - How to find good games - GrizzGo
    So, what do we mean by “casinos in the worrione UK”? 벳 매니아 to find a casino and live casino games on 출장마사지 a mobile 생활 바카라 phone device in 슈어 맨 2021.

    ReplyDelete

bereh bohh! wi a komen se..