klik?

Wednesday, September 21, 2011

Tolong Lah selalu BERHATI-HATI walau dimana sahaja



Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Wednesday, September 14, 2011

manusia ini

Ada seorang gadis buta  yang membenci dirinya sendiri karena kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.  Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia  berkata akan menikahi kekasihnya hanya jika dia dapat melihat  dunia. Suatu  hari, ada seseorang yang memberikan sepasang mata kepadanya sehingga dia dapat melihat semua hal, termasuk kekasihnya. Kekasihnya bertanya,  “Sekarang kamu boleh melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?”  Gadis itu terkejut melihat bahwa kekasihnya ternyata buta. Dia  menolak untuk menikah  dengannya.
Kekasihnya  pergi dengan air mata mengalir, dan kemudian menulis sepucuk suratsingkat kepada gadis  itu, “Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya.”
Kisah  di atas memperlihatkan bagaimana  fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah.  Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan  lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih karena  telah menyertai dan menopang bahkan di saat  yang paling menyakitkan.
Huraian:
Hidup  adalah anugerah
Sebelum engkau  MENGELUH tentang suami atau isterimu – Ingatlah akan seseorang yang  MENANGIS kepada Tuhan meminta pasangan hidup.
Hari ini sebelum engkau MENGELUH tentang hidupmu – Ingatlah akan seseorang yang telah pergi kembali KERAHMATULLAH dengan begitu cepat.
Sebelum engkau MENGELUH  tentang anak-anakmu – Ingatlah akan seseorang yang begitu  MENGHARAPKAN kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.
Dan ketika engkau MENGELUH tentang pekerjaanmu – Ingatlah akan ramai lagi yang diluar INGINKAN pekerjaanmu itu..
Sebelum engkau  MENGELUH menuding dan menyalahkanorang lain – Ingatlah bahwa TIDAK ADA YANG SEMPURNA dan kita yang perlu membaiki dengan cara berhikmah
Dan ketika MENGELUH beban  hidup yang ditanggung olehmu – Pasanglah SENYUMAN DIWAJAHMU dan  berterima kasihlah pada Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia  ini.
Hidup  adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah dengan sebaik baiknya
NIKMATILAH  SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KARENA MUNGKIN ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI!

Tuesday, September 13, 2011

ehhh pisang


Hayati kisah ini:
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“"Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)




edit catatan untuk lihat cara buat gambo jdi background.



Sunday, September 11, 2011

hati-hati HIV tak sengaja



SALAM....berwaspada!!!!!

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui
jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempa t mengembalikan wang syiling........................................ .mungkin terdapat jarum
penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan
sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad.
Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos
Order di tempat lain.


Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin
kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .

kalau anda rasa ia nya x penting...x yah ssh2 4ward....
tp klu rasa ianya penting.... anda mmg jenis org yg caring laa....
n bagus bangat....:)

Tuesday, September 6, 2011

Al-Fatihah buat sahabat Nor Hasrul Basiran



Al-fatihah Buat sahabatku NOR HASRUL BASIRAN yang telah menyambut seruan Illahi pada 31 Ogos 2011 bersamaan Hari Kemerdekaan ke 54 jatuh pada hari raya kedua. Aku yang lewat mengetahui berita kemalangan sedih sebab tak sempat nak tgok wajah arwah buat kali terakhir. pagi raya ketiga bru aku perasan bayak sungguh org tpun aku aku talifon la denan tanya apehal, lepah denan bagitau aku arwah yo dah takde aku jadi terkedu jap, macam tak percaya sebab aku dekat ngn dia, bergurau senda ngn dia, main badminton same2, mcm2 aku wat ngn dia, tak sangka Allah lebih sygkan dia.. kwn2 macm kerol gasi, adi hep, cheman,mizi ali, yang sempat tgok dia kat hospital tak sangup nak amik gambar arwah takut member2 sedih. arwah terjatuh motorsikal masa kat selekoh tetapi arwah terjatuh sebelah jalan bertentangan dan kebetulan ade kereta yang melalui jalan tersebut tak sempat mengelak disebabkan keadaan tengah hujan mase tu.
Sedih bila terkenangkan arwah, kadang2 terasa arwah masih lagi berada dalam kampus. sedih bila tak sempat nk minta maaf masa ari terakhir kerja sebelum raya ari tu. tapi Allah maha kuasa, Allah maha mengetahui, Allah maha besar. hari raya keenam bru2 ni aku dlam perjalanan balik dri johor ke terengganu, aku sempat bermimpi berjumpa dengan Arwah tengah bergembira dengn member2 uitm, mase tu baju ngn seluar dia kotor ade pulak member2 kate baju ngan seluar dari kubur, arwah haya gelak. masa masing2 dah nak beredar baru aku terigat aku nak jumpa arwah, aku panggil dia, pahtu kitorang salam sempat jugk aku kate " aku mintak maaf yo klu aku ade wat silap, aku dah tak jumpa roh mun, aku cuma jumpa jasad mun je ni.. aku mintak maf bayk2" sambil aku menitis air mata, smpat jugak dalm mimpi tu kerol AD kate sempat lagi tu.. pahtu aku terkejut dri tidur tahu2 dah smpai kg dah.. entah macm mane aku rase sebak sebab Allah masih bagi aku peluang untuk mtk maaf dengan Arwah.. oleh itu aku harap sgt2 sape2 yang terbaca.. sedekahkan lah Al-Fatihah Buat sahabat aku yang disayangi ni terima kasih buat semua.. bersma-samalah kita mencari saham akhirat amin...