klik?

Wednesday, March 21, 2012

Home » POLITIK

POLITIK


Assalamualaikum sahabat semua..
(ini hanyalah sebuah luahan hati rakyat yang kerdil seperti aku)

....mmg pada mula-mula penciptaan Blog aku ini sudah diniatkan tidak mahu sebarang unsur politik menjengah laman blog ini kerna aku fikir aku tidak layak untuk bercakap atau membahas sesuatu yang aku tidak pernah mahu amik tahu, tetapi kebelakangan ini terlampau banyak persoalan yang menerjah minda sempit ini untuk berfikir. ketika melayari laman facebook untuk mengetahui khabar sahabat-sahabat seluruh malaysia kekadang terbaca status sahabat berkenaan situasi politik malaysia sekarang... ada yng menyokong dan membangkang... kadang2 buat orng yang buta politik macam aku mmg sesuai la sangat untuk menilai kedua-dua pihak sebagai org yang bertanggungjawab memilih pemimpin untuk memimpin negara yang tercinta ini untuk terus menjadi salah sebuah negara yang maju dan disegani.

....Orang-orang muda sekarang semakin matang dan advance dalam berfikir tidak lagi seperti dulu yang cuma pandai berfikir dan lulus belajar supaya mudah mendapat kerja. tetapi orang muda 'lenin' semakin hebat dalam mempertimbangkan sebuah keputusan memilih sesuatu bukan sekadar menerima sahaja tetapi menilai baik buruk sesuatu itu sebelum membuat apa-apa keputusan. walaupun begitu darah muda yang bergelora kenkadang hanya dapat menilai sesuatu yang tersurat dan bukan yang tersirat, hanya sebahagian sahaja bukan secara keseluruhannya. kebangkitan perjuangan anak muda sekarang amatlah ditakuti oleh setiap sesebuah negara kini. seperti kehebatan kebangkitan anak muda Mesir yang mampu menggulingkan president yang berkuasa selama 30 tahun... hebat orang muda kini...

....Orang-ornag MELAYU yang ramai semakin sedikit sekrg disebabkan dipisahkan menjadi beberapa group. kadang2 bila melihatkan sesama melayu kita bergadunh sesama sendiri, memburuk sesama sendiri, mengata sesama sendiri, mungkin kita masih tidak mampu untuk menyatukan bangsa melayu ini disebabkan sikap orang melayu yang sukar untuk di ubah tetapi aku percaya suatu hari nanti bagi menjaga maruah orang melayu ditanah airku ini.seperti sbuah rancangan realiti tv OIAM dimana ketika itu persembahan akhir adalah faizal tahir, alif satar dan suki.. andainya ada 1000 undi, 300 untuk faizal, 300 untuk alif dan 400 untuk suki jika walaupun undi melayu tinggi tapi tetap dimenangi oleh suki... begitula situasi kita melayu.. pasti ada pihak akan tersenyum melihat orng melayu kita berpecah.

....Pemimpin-pemimpin negara ku bertindak adillah kalian tidak kira lah dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyak, berhentilah dari terus menipu rakyak dengan agenda-agenda kalian kerana rakyak sudah semakin bijak.bagi pemimpin yang berkuasa janganlah suka menggunakan duit rakyak untuk tujuan peribadi, perhiasan diri, menunjukkan kkekuasaan dan sebagainya, fikirkanlah untuk kami rakyatmu.. janganlah berhabis duit berjuta-juta untuk kepuasan nafsu dan status diri. Fikirkanlah rakyak yang memerlukannya. sebagai pemimpin terbaik yang dipilih rakyak, pimpinlah pemimpin dibawahmu sepaya menjadi pemimpin terbaik bagi memimpin pemimpin dibawah mereka. Aku begitu malu, marah dan benci bila terbaca artikel-artikel yang memaparkan kesalahan-kesalahn pemimpin yang sebelum ini di agung-agungkan serta dicanang setiap sudut. tetapi bila berlaku sebarang musibah yang mengaitkan diri tidak pula mengaku bersalah dan kata taktik parti tertentu ingin menjatuhkannya tetapi bila mahkamah menjatuhkan hukuman pandai pula berdiam diri... cehhh puihhh.. tu yang buat hati semakin sakit

...Ulama-ulama sekarang pon macam-macam ada menjadi kebimbangan takut atas nama agama sahaja, gejala-gejala pon semakin meningkat bukan hanya perlu melihat pada politik semata-mata.. banteras perosak agama, nasihati pada yang perlu kenapa hanya menganguk dan melihat sahaja, takut... takut.., semakin banyak ulama-ulama kita difitnah jika difikirkan logik tidak mungkin seorang ustaz yang disegani mampu untuk membuat perkara yang memalukan itu jika benar semoga Allah ampunkan dosanya dan jika fitnah semata-mata nantilah pembalasannya nanti. bangunlah wahai ulama-ulamaku... tegurlah kami, selamatkan kami...

.... maafkan aku sekiranya luahan ini menunjukkan aku seorang pro ataupon pembangkang yang aku tahu aku sayangkan pemimpin UMNO dan PAS yang AMANAH dalam memimpin negaraku ini.. tetapi aku benci pada pemimpin UMNO dan PAS yang mengkhianati rakyat, menggunakan duit rakyat sesuka hati, yang haprak,yang hanya tahu bercakap dari buat, yang hanya tahu menabur janji semata-mata meraih janji.......

MAAFKAN AKU.........


...

No comments:

Post a Comment

bereh bohh! wi a komen se..